Pupuk Imaginasi Kreatif Adam Dengan LEGO

Bila anak mula membesar. Memang banyak perkara ibu bapa laburkan. Pakaian? Makanan? Keperluan? Permainan? Ya permainan juga dalam senarai. Sebab jika tiada permainan ni. Maka mak tengok muka anak. Anak tengok muka mak. Kalau nak harapkan rancangan televisyen pun tidak boleh juga. Kerana lagi la kena pantau. Jadi ruby cuba-cuba pupuk imaginasi kreatif Adam dengan LEGO.

image

Ruby pada mulanya tidak rasa ini adalah waktu yang sesuai untuk beli permainan LEGO Duplo tu. Tetapi masa sesi bersama Doktor Paedratic Hospital Selayang yang menjadi permulaan pasal LEGO ni. Doktor nak tengok perkembangan bayi. Interaksi dia dengan warna. Cara dia pegang objek. Adakah dia akan menggunakan kedua-dia tangan dia untuk pegang LEGO. Semua tu diambil kira untuk perkembangan otak, refleks dan pergerakan Adam.

Maka jom lah ke The Curve. Disana ada kedai LEGO. Besarrrr! Hahahaha.

Ruby ambil LEGO Duplo warna hijau. Harga RM 200++. Kenapa pilih yang itu? Sebab ia boleh buat pelbagai aktiviti dan sesuai untuk Adam. Hahaha. Mak dia yang main LEGO nanti.

image

Bila Adam main LEGO ni nampak dah perangai dia. Jenis yang protective dan jaga barang dia. No body can touch mainan dia selain mak dia. Ayah pon tak boleh usik. Kemudian dia cepat belajar. Dia perhati ruby cipta istana guna LEGO. Kemudian dia robohkan dan dia buat lain. Cuma susunan warna LEGO je dia suka hati nak warna lain.

Paling Adam suka pegang adalah LEGO yang bentuk bulat. Biasanya kita guna untuk bumbung istana tu. Yang itu dia rajin kokak. Hehehe.

Jadi, jika ingin pupuk imaginasi dan kreativiti anak-anak. Gunalah LEGO! Ruby kecik-kecik dulu pun main LEGO. Cuma entah kemana hilang. Kalau tak, akan ku turunkan kepada Adam semua blok LEGO tu. Hahahaha.

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3.

4 thoughts on “Pupuk Imaginasi Kreatif Adam Dengan LEGO”

  1. Akiff takda lego pun… baru2 ni ms kat Legoland Resort ada diorang sedikan lego dlm bilik utk main… tp die x main sgt… die tetap nak mainan cars… tp rs mcm nak bli gak la lego utk perkembangan otak die… ade jer kan lego yg konsep transport bagai…

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.