Revolusi Blog Ruby.My

      2 Comments on Revolusi Blog Ruby.My

Bercerita berkenaan revolusi. Anda pun patut buat perkara ini. Revolusi adalah perubahan. Perubahan dari masa lalu ke masa hadapan. Apa perancangan dan apa yang ingin diperbetulkan perlu difikirkan sekarang. Untuk kehidupan yang lebih teratur dab bermakna. Takkan nak ulang kesilapan yang sama dan tidak berubah? Jadi, inilah revolusi blog ruby.my

image

image

Ruby dah berblog dari zaman sekolah. Tahun 2004 masa tu lepas habis SPM. Banyak juga blog url ruby guna masa zaman sekolah tapi tu tak payah cerita la kan. Penulisan kelaut, emosi tak stabil, gambar entah apa-apa. Tu semua ruby dah delete masa tahun 2008. Bila 2008 buka url baru. Tercari-cari identiti. Tulis blog pun ikut suka hati. Tak bagi apa-apa benefit dekat google pun. Hahahaha.

Menulis untuk suka-suka dan bila iklan dan advertorial masuk. Baru lah belajar macam mana nak menulis betul-betul. Kalau dulu menulis untuk 80 patah perkataan. Sekarang 1 blog post 250 – 300 patah perkataan. Dulu pun ada juga menulis sampai 2000 patah perkataan. Entah apa yang ruby merepek tah.

Ruby dah revamp blog ni. Template baru dan harap-harap ringan lah kan. Sejak transfer dari blogspot. Ruby tak pernah kemaskini blogpost yang lama-lama tu. Dah dua hari ruby tengok balik entry lama tu rasa nak muntah je baca. Menggedik betul blog pasal konsert, selebriti, food review dan etc etc. Semuanya entry yang tidak membina kerana.. Pergi makan dan blog gambar dua tiga tepek dan caption sangat sedap. Tu jer? Ya Allah memang kena revolusi habis-habisan lah blog ni. Wakakaka.

image

Ruby malu dengan penulisan sebelum ni. Malu dengan anda semua. Maafkan ruby ya. InsyaAllah selepas operasi memadamkan entry yang tidak bermanfaat dan dibawah 200 patah perkataab semuanya akan kemas kembali. Walaupun blog ayat ringkas tapi komen berlambak dari pembaca. Sebab simple. Tapi SEO camana? Ruby guna wordpress. Alang-alang dah menulis, biar le sekengkap yang mungkin kan?

Contoh ulasan makanan. Gambar, nama makanan, harga, alamat kedai dan butiran untuk dihubungi wajib ada.

Ruby ingin jadi blogger yang tidak cakap kosong. Semoga lepas ni pengisian blog lebih bermanfaat untuk anda semua.

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 comments on “Revolusi Blog Ruby.My

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge