Sesi Media Bersama YBhg Tan Sri Khalid Bin Ramli CEO LADA

Sesi Media bersama YBhg Tan Sri Khalid Bin Ramli CEO LADA selama 30 minit ini sangat kami hargai. Rancangan pada masa akan datang Pulau Langkawi sering menjadi persoalan pihak media kerana kami ternanti-nanti apa perkembangan terkini Pulau Langkawi. Dari segi tempat menarik, pembangunan dan aktiviti terkini, semuanya kami ingin tahun. Jadi sesi media bersama Tan Sri Khalid Ramli memang satu penghargaan kepada kami media yang berada di Kuala Lumpur.

Key Performance Indicator (KPI) kehadiran pelancong ke Pulau Langkawi semakin hari semakin ramai. Tiap tahun angka bertambah. 2010 – 2.43 Juta, 2011 – 2.78 Juta, 2012 – 3.06 Juta, 2013 – 3.41 Juta, 2014 – ?? Pastinya tahun ini dan tahun akan datang makin ramai pelancong dalam dan luar negara ke Pulau Langkawi.

Manakala aktiviti yang ditawarkan di Pulau Langkawi turut menambah program “East Asia Bird Fair Langkawi” bagi jurugambar yang suka mengambil gambar burung tidur di sarang, makan dan terbang. Ini adalah tahun pertama Pulau Langkawi menyertai dan 12 negara telah terlibat. 230 spesis burung dan 560 spesis rama-rama di Pulau Langkawi.

Kejatuhan nilai ringgit telah menarik ramai pelancong ke Pulau Langkawi dan kebanyakan adalah dari negara Eropah dan China. Transformasi Pulau Langkawi juga telah dirancang untuk menambah aktiviti pelancongan. Semua progam ini perlu perlu plan stratergik,  sokongan pentadbiran dan badan-badan lain.

Acara terdekat adalah Extreme Sport yang akan berlangsung pada Disember 2014. Kalendar acara 2015 juga turut senaraikan semua penyertaan LADA dan lokasi pilihan di Pulau Langkawi. Laksa Karnival, Year of Festival 2015 dari Tourism Malaysia, ASEAN, Mangrove Tourism, LIMA, ASEAN Summit

Banyak tempat menarik sedang dinaik taraf, antaranya adalah Langkawi Cable Car & Sky Bridge. 2015 ia bakal dibuka dan pastinya pengunjung tidak sabar untuk ke sana kerana lantai yang direka adalah “transparent”. Anda boleh lihat kehijauan alam bagai diatas angin. Wah gitu.. hahaha. Kos penambaikan bukan sahaja di sky bridge tetapi di tempat berehat di puncak juga di ubah suai. Best kan?

Sektor Pekerjaan pada tahun ini telah dipenuhi dengan 5818 pekerja dan dijangka pada 2015, lagi 4200 peluang pekerjaan akan ditawarkan. 40,000 keseluruhan pekerja di Pulau Langkawi. Ruby sendiri rasa selamat di Pulau Langkawi kerana kes jenayah tiada. Kedai 24 jam disini juga rilek je berniaga. Bagus!

Banyak penambahan pesawat telah diberi oleh Air Asia, Malindo Air dan lain-lain. Ini bermakna permintaan ke Langkawi semakin hari semakin banyak. Tambahan pula promosi penerbangan yang semakin rancak. Langkawi adalah destinasi wajib bagi kita semua kan?

Banyak lagi soalan-soalan dari media lain tentang bajet yang dikeluarkan oleh LADA dan isu-isu berbangkit. Apa yang penting ruby lagi suka kongsikan dengan anda semua bahawa Pulau Langkawi banyak aktiviti dan tempat menarik sedang beratur siap sedia untuk memberi keseronokan percutian anda semua!

image

Hahaha dapat bergambar dengan Tan Sri Khalid Ramli, CEO LADA! Sporting habis. Hehehe.  wpid-20141206_221757-1.jpg

Bersama En Nuar (Gaya Travel) dan Puan Nana (LADA)

Terima Kasih LADA untuk layanan istimewa sepanjang 3 hari 2 malam.

Selamat Bercuti!

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge