Tahniah Kepada Pemenang Langkawi Tourism Awards 2014

Pada 5 Disember 2014 telah berlangsungnya Langkawi Tourism Awards (LITA) 2014 di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC). Lokasi yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Ruby menyertai rombongan media dari Gaya Travel Magazine dan jemputan dari pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Selama 3 hari 2 malam di Langkawi Ruby dapat terokai keindahan membeli-belah di Langkawi. Bab membeli-belah di Langkawi nanti Ruby cerita di blog post seterusnya k! Sekarang Ruby ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang Langkawi Tourism Awards 2014 kerana pencapaian mereka ini sangat membuka mata Ruby. Kerana di Kuala Lumpur, persaingan tidak lah begitu sengit macam di Langkawi.

Kita sedia maklum Langkawi adalah pusat pelancongan terulung di Malaysia. Nak berbulan madu kos rendah? Ke Langkawi. Nak beli barang-barang untuk buka restoran? Borong di Langkawi. Nak beli barang persiapan raya? Ke Langkawi juga! Nak coklat murah? Jom ke Langkawi! Nak beli barang bebas cukai?? Langkawi laaaaaa. Senang kan? Semua ada! Ni semua pengalaman Ruby la sebab satu keluarga memang akan ke Langkawi setiap tahun. Hahahaha. Tapi kalau dengan media trip lagi la best kan, cuci mata sambil buat keje. Weehuu.

Langkawi Tourism Awards (LITA) 2014 adalah anugerah meraikan penggiat industri pelancongan Langkawi. Sebanyak 17 kategori dengan 5 fokus utama dipertandingkan iaitu Kategori Kemudahan & Keselesaan Hotel yang merangkumi Best 5 Star, 4 Star, 3 Star. Kemudian untuk Kategori Restoran pula merangkumi 2 aspek iaitu Best Restoran dan Best F&B Outlet. Bagi Kategori Geopark, 3 aspek akan dinilai iaitu Best Geopark Community, Best Geopark Experience dan Best Geopark Practices. Kategori Produk juga diambil kira seperti Best Hotel Based Spa, Best Tourism Attraction, Best Homestay dan Best Duty Free Business. Untuk Kategori Perkhidmatan pula merangkumi Best Tourist Guide, Best Boat Operator, Best Tour Operator, Best Taxi Driver dan Best Iconic Event. Anugerah istimewa iaitu “Outstanding Community Leader juga dipertandingkan untuk menghargai jasa individu yang bergiat aktif serta komited dalam semua program yang dianjurkan di Langkawi.

image

image

image

image

image

image

Kejayaan Langkawi pada hari ini adalah disebabkan oleh komuniti yang cemerlang” – YBhg. Tan Sri Khalid Bin Ramli; CEO Langkawi Developement Authority (LADA)

image

“Adalah harapan saya Anugerah Pelancongan Langkawi ini seharusnya dilihat sebagai satu anugerah berprestij yang perlu diadakan setiap tahun bagi memastikan produk-produk pelancongan sentiasa berada pada kelas pertama dan terus bersaing untuk menjadi yang terbaik” – YB Dato’ Seri Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah ; Menteri Kewangan Kedua Malaysia.

image

 

Pemenang Langkawi Tourism Award 2014

1. Best 5 Star – Four Seasons Resort Langkawi
2. Best 4 Star – Casa Del Mar Langkawi
3. Best 3 Star – The Frangipani Resort & Spa
4. Best Restaurant – Fish Farm Langkawi
5. Best F&B Outlet – The Gulai House, The Datai
6. Best Geopark Practices – The Frangipani Resort & Spa
7. Best Geopark Experience – Four Seasons Resort Langkawi
8. Best Geopark Community – KPSP Kilim
9. Best Boat Operator – Naam Cruise Sdn. Bhd.
10. Best Tourist Guide – En. Irshad Mobarak
11. Best Tour Operator – Gerteknik Travel & Tour Sdn. Bhd.
12. Best Taxi Driver – En. Feisazudin Bin Abdul Hadi
13. Best Iconic Event – Royal Langkawi International Regatta 2013
14. Best Hotel Based Spa – V Integrated Wellness & Botanical Spa, The Andaman
15. Best Tourism Attraction – Langkawi Skycab
16. Best Duty Free Business – Skymall Duty Free Langkawi International Airport
17. Best Homestay – Pn. Aisyah Binti Ismail / Perumahan Keda, Langkawi
18. Outstanding Community Leader – Hj. Maton Bin Mahmud

Tahniah kepada semua pemenang!

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

P/S : Media Familiarization Trip Sempena Langkawi Tourism Awards (LITA) diterbangkan oleh LADA & Gaya Travel Magazine. Artikel ini dikemaskini menggunakan Sony Xperia Z3.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Tahniah Kepada Pemenang Langkawi Tourism Awards 2014

    setya

    (December 10, 2014 - 1:36 pm)

    Selamat, sungguh senangnya. semoga sukses selalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.