Tips Kejutan Ulangtahun Perkahwinan

      2 Comments on Tips Kejutan Ulangtahun Perkahwinan

Salam semua, maaf lama betul tak menulis. Bagi ruby 2 minggu tidak menulis memang lama woo. Sebab lama tak menulis sebab hard disk problem. Gambar percutian semua dalam tu. Nasib baik dah okay dah hard disk tu. Masalahnya hard disk takleh masuk kat macbook. Tapi kat windows dia boleh pula. Extra kerja la nampaknya nak kena transfer ke hard disk baru. Okay berbalik kepada tajuk tips kejutan ulangtahun perkahwinan tu. Ehemm. Hehehe. Sebenarnya memang ruby suka buat orang gembira dengan kejutan-kejutan ni. Cuma untuk ulangtahun perkahwinan ni tahun ke dua. Jadi dah faham sangat respon suamiku. Mesti dia just say “terima kasih” je. Hahahaha!

20141110_210654

Jadi, ruby plan baik punya kali ini. Memang susah nak simpan rahsia sebab dia suami kan. Selalu bercerita perkara suka duka dan apa-apa isu mesti refer suami. Nak jadikan plan kejutan ni berjaya, kena lah ada buku khas! Buku ini adalah buku yang suami sering nampak kita guna. Tetapi di dalam buku itu ada muka surat khas kita punya rancangan. Hahaha.

Hotel? Videographer? Concept? Idea? Makanan? Semua kita curahkan dalam buku itu. Hahaha. Tapi bagaimana nak bagi plan ni menjadi dan tidak terlalu suspicious?

Ruby plan dalam masa 1 bulan. 1 bulan duk survey harga, tanya-tanya kawan. Lepas tu google idea. Dalam masa yang sama bertanya kat suami, apa dia nak sekarang ni? Nak bagi hadiah yang dia nak la kan. Takkan nak bagi hadiah yang kita suka pula kan? Hahaha.

Bahagian nak buat kejutan, ruby kebanyakan buat biasa-biasa aja depan suami. Waktu suami pergi kerja semua plan berjalan lah. buat call, follow up sana sini. Bila dia balik kerja, semua plan tu simpan rapi sesiap. Hehehe.

2 minggu sebelum hari kejadian, dah set jadual suami bahawa ada “FOOD REVIEW di NOVOTEL HOTEL KUALA LUMPUR” Hahahahaha! So tak suspicious kan sebab dia dah biasa job blogger ruby. Rancangan baik punya dengan Hotel Management. Bilik ada bunga ros, candle light dinner bertiga, ada hiasan bunga, makanan romantik. Videographer ada dan kamera tersembunyi juga ada. Hahahaha!

Jadi tips untuk plan ulangtahun perkahwinan adalah jadi diri anda sendiri dari terkantoi!! Zaman nak buat-buat lupa tarikh dah takda dah. Pasti ingat punya. Maybe sebab ulangtahun ke 2 masih segar lagi tarikh tu. Cuba 20 tahun akan datang? Ada kejutan atau masing-masing sibuk?

Nantikan cerita seterusnya k.

xoxo!

wpid-wp-1416146634074.png

2 comments on “Tips Kejutan Ulangtahun Perkahwinan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge