Yakin Atau Tidak Dengan Halal JAKIM

Sekarang ni banyak betul isu melibatkan kredibiliti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jadi yakin atau tidak dengan halal JAKIM? Ruby rasa sangat sedih dan hampa kerana rata-rata orang ISLAM sendiri yang banyak mempertikaikan kredibiliti JAKIM. Dari kecil sampai la sekarang, logo Halal JAKIM yang ruby sekeluarga perhatikan jika ingin beli makanan, beli minuman, makan di restoran di pasaraya, makanan kesihatan dan apa sahaja barang keperluan yang ruby ragui. Mesti tengok logo halal. Ruby dan rakan-rakan blogger telah ke JAKIM untuk mendengar sendiri prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan bertanya sendiri dengan JAKIM berkenaan isu-isu yang sedang berlaku di Malaysia.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) adalah pihak berkuasa yang berwibawa memberi pengesahan HALAL terhadapa pengeluar, pengilang, pengedar produk makanan/minuman, premis makanan, rumah sembelihan dan logistik. Oleh itu, hanya pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sahaja yang layak mempamerkan logo HALAL Malaysia.

Makanan yang dikategorikan HALAL adalah

  1. Tidak mengandungi apa-apa bahagian binatang yang orang Islam dilarang memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak dan Fatwa.
  2. Tidak mengandungi benda-benda najis mengikut Hukum Syarak dan Fatwa.
  3. Tidak mengandungi apa-apa bahagian atau anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak dan Fatwa.
  4. Tidak beracun atau memudaratkan kesihatan.
  5. Tidak disediakan, diproses, atau dikilangkan menggunakan peralatan yang dicemari najis mengikut Hukum Syarak dan Fatwa.
  6. Tidak bersentuhan, bercampur atau berdekatan dengan binatang yang dilarang dimakan atau najis semasa penyediaan, pemprosesan atau peyimpanan.

6 Ramuan Kritikal dalam makanan yang anda perlu tahu sebagai pengguna Islam adalah Lemak & Minyak, Pengemulsi, Penstabil, Enzim, Glycerin dan Alkohol! JAKIM mengeluarkan Sijil Halal Malaysia kepada produk tenusu, farmaseutikal, produk kecantikan, produk ubat-ubatan. Jadi, anda perlu tahu bahawa JAKIM bukan hanya menyediakan Sijil Halal Malaysia kepada produk makanan sahaja ya. Mulai dari hari ini, Ruby juga akan perhatikan logo Halal JAKIM dalam mencari apa sahaja produk untuk digunakan sekeluarga.

Logo HALAL JAKIM

JAKIM Halal Logo

  • Bintang berbucu lapan ditengah-tengah bulatan
  • Perkatan Arab“????” ditengah-tengah bintang
  • Diikuti tulisan Rumi “HALAL”
  • Bulatan logo tertulis perkataan Malaysia dalam perkataan Arab ???????
  • Dua bintang kecil lima di letakkan bagi memisahkan tulisan Rumi dan perkataan Arab.

Jadi, anda sendiri lihat betapa tegasnya prosedur JAKIM dalam memberi Sijil HALAL. Tiap prosedur yang dijalankan mengikuti beberapa langkah penting dan dianalisis dan disiasat oleh jabatan yang berlainan dan pekerja JAKIM yang berlainan juga. Bukannya 1 hari boleh selesai semua laporan. Ada juga situasi permohonan sijil halal yang mempunyai keraguan, sudah semestinya laporan permohonan akan diulang sekali lagi. Pergi kilang, temuramah pekerja, lihat bahan-bahan yang digunakan, ambil sampel untuk ujian makmal di Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI). Banyak perkara perlu dititikberatkan bagi membantu orang ISLAM.

Isu yang paling terkini yang memberi impak besar kepada JAKIM adalah status HALAL coklat. Kebanyakan dari kita akan memborong coklat di tempat bebas cukai seperti Langkawi dan Lapangan Terbang kan? Ada coklat yang tidak langsung mempunyai logo Halal JAKIM. Logo halal dari negara lain juga tiada. Tetapi pengguna masih membeli kerana percaya dalam coklat berjenama itu hanya mengandungi serbuk koko dan susu sahaja! Kita sebagai pengguna harus bijak, walau dari mana coklat itu dan dimakan oleh selebriti luar negara sekali pun. Kita perlu tahu adakah ia HALAL atau tidak.

Coklat Cadbury juga tidak lari dari tempias status Halal selepas isu DNA Babi diperbesarkan dan ia hanyalah fitnah semata-mata. Astaghfirullahalazim mengucap panjang ruby semasa berita itu tersebar. Ruby adalah peminat setia Cadbury, bukan sebab ia murah! Tetapi memang sedap dan suka coklat “dairy milk” macam tu. Ruby makan coklat lain pun tidak rasa senikmat makan Cadbury. Bila berita itu tersebar, JAKIM dengan segera menarik SEMENTARA status Halal Cadbury bagi menjalankan siasatan dan ujian makmal.

Semua produk keluaran Cadbury di tarik SEMENTARA status Halal! Ditarik sementara tidak bermakna ia jatuh HARAM dan DIBATALKAN terus status Halal. Perkara begini kita perlu cuci minda kita agar tidak memburukkan keadaan. Cadbury sudah Halal, tetapi disebabkan desas-desus berikutan kes sebelum ni mengakibatkan anda nampak haiwan itu semasa nampak Cadbury, itu sudah jatuh was-was dan elakkan syubhah. Cari coklat lain untuk dimakan ya. Tetapi, jika anda tidak mahu makan, janganlah provok pengguna lain. Halal dari JAKIM yang ruby yakin. Jangan kerana anda, kredibiliti JAKIM juga turut dipersoalkan.

Lagi satu, negara Malaysia tidak mempunyai Akta HALAL. Kerana kita mempunyai masyrakat berbilang kaum dan pelbagai agama. Jadi, jika Malaysia tetapkan Akta HALAL ini mungkin jenama coklat yang anda makan tiada logo Halal tu tidak akan ada di Malaysia! Atau alkohol juga tiada. Mungkin restoran sushi yang anda suka pun tiada.

Blogger Di Bahagian Hab Halal JAKIM

Semoga kita semua lebih terbuka untuk mencari ilmu dan jangan percaya berita-berita dari media sosial. Ini pandangan Ruby kerana sedih dengan masyarakat kita.

xoxo!

wpid-wp-1416146634074.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Yakin Atau Tidak Dengan Halal JAKIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.