Ais Krim Korea Jipangi Kini Di Sunway Pyramid

Siapa yang suka travel ke Korea, pasti pernah cuba ais krim Jipangi ni. Ia berasal dari negara Korea. Kalau jalan-jalan di sekitar Seoul, mesti ada kedia ais krim berbentik J ini dijual oleh penduduk tempatan. Jipangi adalah ais krim berbentuk tongkat sebenarnya. Nama Jipangi juga bermaksud tongkat. Kon ais krim berbentuk J ini adalah dari tepung jagung. Jika anda ke Filipina juga ada ais krim Jipangi ni. World wide terkenal dan sudah memasuki pasaran antarabangsa. Bagus kan?

image

Ruby berkesempatan makan lagi ais krim Jipangi tanpa perlu ke Korea atau Filipina! Yeehaaa! Seronok dan excited sangat. Walaupun ramai pelik dengan rupa bentuk ais krim ni. Lagi bertambah pelik bila kita nak makan ais krim ni. Hahahaha. Orang sekeliling Sunway Pyramid tengok kami dengan gaya ewwwwww lucahnya makan ais krim macam tu. Hahahaha.

image

Tapi mereka patut tahu info berkenaan makanan tu dan baru mereka tahu kan? Jadi, tidak mengapalah. Nanti mereka dah baca blog ruby, mereka mesti suka ais krim Jipangi.

image

Ais krim Jipangi ni kon dia panjang, jadi cara nak masukkan ais krim menggunakan tiub kecil. Anda boleh campur dua perisa ais krim. Pada hari perasmian Jipangi Sunway Pyramid, ruby dah makan dua kon ais krim Jipangi. Satu perisa Banana + Strawberry dan satu lagi perisa Vanilla + Chocolate. Paling sedap Banana + Strawberry!!!!

Harga Ais Krim Jipangi adalah seperti berikut :

Perisa Coklat (Full) – RM 7
Perisa Vanilla (Full) – RM 7
Perisa Coklat + Vanilla (Mix) – RM 9

Jipangi terletak di LG, Sunway Pyramid. Outlet ini terletak dihadapan kedai Gintell. Hehehe.

https://m.facebook.com/jipangi.my

Selamat mencuba!

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

5 thoughts on “Ais Krim Korea Jipangi Kini Di Sunway Pyramid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.