AK Food Adventure di Avenue K Shopping Mall

Hahahaha, apa-apa pun ketawa dulu. Sebab ruby lambat sangat kemaskini blogpost berkenaan AK Food Adventure di Avenue K Shopping Mall yang berlansung pada 29 November 2014. Tahun lepas! Hahaha. Bukannya tak nak update tapi busy sangat dengan kerja. Jadi, tahniah kepada pemenang best blog post ya. Ruby kalah tanpa bertanding. Memalukan! Azam tahun 2015 ruby nak on time tulis blog post. Akibat pending, ha sampai berbulan-bulan terus pending. Tak bagus kan? Jadi, walaupun lambat publish. Ruby akan pastikan pembaca ruby akan meleleh air liur melihat gambar AK Food Adventure. Hehehe.

Sekitar jam 9 pagi ruby dah keluar rumah menaiki Kelana Jaya Line dan berhenti di stesen KLCC. Uniknya Avenue K ni adalah ia mudah untuk kita. Lokasi di tengah bandaraya Kuala Lumpur! Jika bawa kenderaan, parking RM 5 sekali masuk je! Jimat!

AvenueK-Kuala-Lumpur

Jadi, sangat mudah dan selesa kan? Tambahan pula untuk penggemar H&M, Sephora, Uniqlo dan butik lain, Avenue K adalah lokasi yang sesuai untuk anda membeli-belah.

AvenueK-Food-Adventure-Kuala-Lumpur-1 AvenueK-Food-Adventure-Kuala-Lumpur-2 AvenueK-Food-Adventure-Kuala-Lumpur-3 AvenueK-Food-Adventure-Kuala-Lumpur-4

Ruby tiba di tingkat 3, Spanish Steps jam 10 pagi. Daftar diri dan ambil passport kemudian mulakan makan besar! Azam memang nak selesaikan semua 17 Restoran Halal! Akhirnya ruby berjaya juga! Jam 11 pagi mula dan habis jam 8 malam. Kembong perut!

Wondermama-X-AvenueK-Kuala-Lumpur-9 Wondermama-X-AvenueK-Kuala-Lumpur-3 Wondermama-X-AvenueK-Kuala-Lumpur-5 Wondermama-X-AvenueK-Kuala-Lumpur-1

1. Wondermama X

Level G-8C , Avenue K Shopping Mall, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Di Wondermama X ni ruby suka dengan hidangan dalam saiz besar. Puas hati makan di sini.

Johnny-Rockets-AvenueK-Kuala-Lumpur-5 Johnny-Rockets-AvenueK-Kuala-Lumpur-2 Johnny-Rockets-AvenueK-Kuala-Lumpur-3 Johnny-Rockets-AvenueK-Kuala-Lumpur-6

2. Johnny Rockets

Level G-8A , Avenue K Shopping Mall, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Johnny Rockets ni semua orang tahu ia kedai burger berkonsepkan stail zaman dulu dan uniknya di sini hidangan saiz besar. Kemudian pekerja di sini akan menari apabila anda mohon. Seronok dan happy makan di sini. Hiburan semasa makan, takda la bosan kan.

Sushi-Box-AvenueK-Kuala-Lumpur-2 Sushi-Box-AvenueK-Kuala-Lumpur-3

3. Sushi Box

Level C-6 , Avenue K Shopping Mall, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Ruby ambil Tuna Sushi. Sangat sedap dan tak rugi untuk cuba lagi.

Espressolab-AvenueK-Kuala-Lumpur-2

4. EspressoLab

Level C-13 , Avenue K Shopping Mall, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Di sini Ruby minum segelas black coffee. Segar mata!

Ah-Cheng-Laksa-AvenueK-Kuala-Lumpur-3

5. Ah Cheng Laksa

Level C-10 , Avenue K Shopping Mall, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Ruby memang mengidam laksa dan bila dapat je ke Ah Cheng Laksa rasa nak menangis bila dapat realisasikan tekak mengidam ni. Hahahahaha. Kuah laksa sedap, lepas tu guna laksa basah. Lagi laaaaa perghhhhh…

Samba-AvenueK-Kuala-Lumpur-2

6. Samba Brazilian Steakhouse

Level 3-3 , Avenue K Shopping Mall, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Masa ni ruby dah penuh perut, dah tak larat nak makan. Tapi di Samba Restaurant, ada hidangan buffet!!!!!! Huwaaaa. Makan lagi!

Ayers-Rock-Butcher-&-Grill-AvenueK-Kuala-Lumpur-1

7. Ayers Rock Butcher & Grill

Level 3-15 , Avenue K Shopping Mall, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Ayer Rock bagi kami makan daging batang pinang, lembut betul dan cicah dengan mayonaise! Argggghh best best!

Kemudian pada jam 4 petang kami ke Ground Floor Atrium untuk Santa’s Party dan Xmas Bazaar. Ada persembahan nyanyian dan tarian. Ramai pengunjung terhibur.

AvenueK-Food-Adventure-Kuala-Lumpur-8 AvenueK-Food-Adventure-Kuala-Lumpur-11 AvenueK-Food-Adventure-Kuala-Lumpur-13 AvenueK-Food-Adventure-Kuala-Lumpur-12

Selesai menonton persembahan, perut berkeroncong dan jom makan lagi. Hahahaha. Kedai seterusnya…

WonderKafe & Bar

8. WonderKafe & Bar

Level G-8C , Avenue K Shopping Mall, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Jam menunjukkan pukul 5 petang, jadi sesuai sangat la ke WonderKafe ni. Minum air panas dan makan finger food. Kongsi-kongsi. Sedap!

Warisan-Kafe-AvenueK-Kuala-Lumpur-2 Warisan-Kafe-AvenueK-Kuala-Lumpur-1

9. Warisan Kafe

Level SAC-C-1, Avenue K Shopping Mall, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Di Warisan Cafe mereka menawarkan Nasi Kukus Ayam Berempah, perut dah penuh sangat ni. Nak je minta tapau. Tapi tak suka la tapau makanan yang dah di usik. Jadi ruby makan dan hadam sehadam hadamnyaaaaaaa. Hehehe.

Tokyo-Pastry-AvenueK-Kuala-Lumpur-5 Tokyo-Pastry-AvenueK-Kuala-Lumpur-8 Tokyo-Pastry-AvenueK-Kuala-Lumpur-6 Tokyo-Pastry-AvenueK-Kuala-Lumpur-4

10. Tokyo Pastry

Level M-20, Avenue K Shopping Mall, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Ahhh dessert, di sini menyediakan pelbagai dessert dari kek sampai la pastries yang lain. Ruby ambil Fruit Tart. Yummmy! Tokyo Pastries tapaukan untuk ruby!

Upbeat-AvenueK-Kuala-Lumpur-5 Upbeat-AvenueK-Kuala-Lumpur-6 Upbeat-AvenueK-Kuala-Lumpur-2

11. UPBEAT

Level 2-2, Avenue K Shopping Mall, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Dah makan macam-macam tiba masanya kita detox! Haaaa. Dapat pula minuman dari yogurt dan magga, rasakan perut anda di blender. Hahahah.

Delifrance

 12. Delifrance

  Level 2-17B, Avenue K Shopping Mall, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Delifrance tapaukan sandwich, pastries dan siap bagi baucar! Best betul!

Krispy-Kreme-AvenueK-Kuala-Lumpur-1

13. Krispy Kreme

Level C-5, Avenue K Shopping Mall, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Di sini kami tapau Krispy Kreme Original Flavour. Pertama kali cuba! Lembut tak terkata donut di sini. Huih kalau bagi baby Adam mesti dia suka.

Ketika ini jam menunjukkan telah pukul 7 malam. Hahahahaha. Jadi Ben, Uzu, Yanty, Faizal, Kak Sue dan Kak Nani pulang ke rumah. Tinggallah Ruby dan Fatin makan lagi sampai selesai semua tugasan. Hahaha.

AvenueK-Food-Adventure-Kuala-Lumpur-9

Ruby, Fatin, Uzu
Presto Bakery & Cafe

14. Presto Bakery & Cafe

Level C-9, Avenue K Shopping Mall, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Scone dari Pesto Bakery. Hehehe. Comel betul dapat Scone. Sedap pula tu.

Maison-Dlights-Chocolatier-AvenueK-Kuala-Lumpur-1 Maison-Dlights-Chocolatier-AvenueK-Kuala-Lumpur-3 Maison-Dlights-Chocolatier-AvenueK-Kuala-Lumpur-7

15. Maison Dlights Chocolatier

Level C, Push Cart Kiosk, Avenue K Shopping Mall, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Maison Dlights Chocolatier menyediakan pelbagai jenis chocolate! Ada coklat putih, dark chocolate, dairy milk chocolate. Hurmm. Lepas tu banyak pula chocolate yang mereka hias sebagai cenderahati. Sesuai untuk apa-apa acara keraian. Ruby ambil dairy milk yang bentuk love tu. So sweet kannn. Love love gitu.

SImplyD-AvenueK-Kuala-Lumpur-2 SImplyD-AvenueK-Kuala-Lumpur-10 SImplyD-AvenueK-Kuala-Lumpur-11 SImplyD-AvenueK-Kuala-Lumpur-8 SImplyD-AvenueK-Kuala-Lumpur-7 SImplyD-AvenueK-Kuala-Lumpur-12 SImplyD-AvenueK-Kuala-Lumpur-13 SImplyD-AvenueK-Kuala-Lumpur-1

16. SimplyD

Level C-16A, Avenue K Shopping Mall, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Ruby rasa, di SimplyD ni yang buat ruby rasa bersyukur sangat join AK Food Adventure sebab ruby dapat jumpa kawan sekolah rendah ruby. Darjah 4 masa umur 10 tahun dan kini jumpa balik pada penghujung 2014 dan kami dah 27 tahun. Bayangkan berapa tahun tak jumpa? 17 tahun! Nak menangis juga la kan. Tapi, tahan tahan air mata ni. Wuwuwuwwuu.

Okay berbalik kepada SimplyD, ruby suka layanan Hafiz ni. Dia terangkan dari A sampai Z apa yang ada di simplyD. Sebab kan dia lah ruby jadi ketagih dengan simplyD. Dua cawangan ruby dah pergi, satu AvenueK dan satu lagi The Curve. RM 30.00 anda boleh dapat air, skewer, kek dan makanan asas seperti kuew teow thailand tu. Dalam kuew teow ada ayam dan udang segar lagi! Arggghhh. Best!

Noodle-Shack-AvenueK-Kuala-Lumpur-5 Noodle-Shack-AvenueK-Kuala-Lumpur-3 Noodle-Shack-AvenueK-Kuala-Lumpur-2 Noodle-Shack-AvenueK-Kuala-Lumpur-1

 17. Noodle Shack

Level UC-6, Avenue K Shopping Mall, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Noodle Shack di akhir pencarian harta karun. Lega betul perut bila dapat sup ni. Sebab perut dah penuh, tak dapat nak hirup semangkuk sup dari Noodle Shack. Ruby makan isi je. Hahaha.

AvenueK-Food-Adventure-Kuala-Lumpur-7 AvenueK-Food-Adventure-Kuala-Lumpur-6

Terima kasih Avenue K kerana sudi menjemput blogger. Bila dah buat aktiviti begini, baru la ruby tahu selok belok Avenue K Shopping Mall, Ruby ada nampak H&M, Uniqlo, Sephora, Daiso dan Kedai Ibu dan Anak. Hehehe.

Avenue K Shopping Mall
156 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Waktu beroperasi : 10.00 am – 10.00 pm

www.facebook.com/AvenueKMY

instagram.com/avenuekmy

www.avenuek.com.my

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

8 thoughts on “AK Food Adventure di Avenue K Shopping Mall

    Nadia johari

    (January 9, 2015 - 1:34 am)

    Melantak..tahun baru diet erk..hehehe
    Nadia johari´s last blog post ..SEBAB NI RUPANYA MEE KETAM KL KERAMAT TUTUPMy Profile

      Ruby

      (January 30, 2015 - 3:28 am)

      hahahahahahaha!!! takda maknanya diet!

    Mohd Rasul

    (January 8, 2015 - 1:55 am)

    fuh… kecur air liur tgk macam2 makanan ada. nasib baik keyang lagi kalau tak, tak pasal2 cari makanan lewat malam camni
    Mohd Rasul´s last blog post ..Pakej Umrah 2015 Bersama Raudhah Travel Sdn BhdMy Profile

      Ruby

      (January 30, 2015 - 3:29 am)

      menggugat nafsu makan kan. Kalau diet?? hancurrr. nasib baik tak diet. Jom kita gi food hunt acul

    Rawlins GLAM

    (January 6, 2015 - 4:22 pm)

    Terus kecur liur nak cari juadah berbuka nie
    Rawlins GLAM´s last blog post ..Saya Nak KurusMy Profile

      Ruby

      (January 30, 2015 - 3:32 am)

      Awas jika berpuasa sila makan berbuka di restoran dan jangan baca blog. baca blog lepas berbuka. ekekekeekekee 😛

    akubiomed

    (January 6, 2015 - 1:54 pm)

    Macam-macam menu disediakan. Mahu hancus diet. 🙂

      Ruby

      (January 30, 2015 - 1:51 am)

      Kalau join food hunt memang tidak boleh diet. Wajib makan. Pecah perut makan satu persatu hidangan. 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.