Bekas Manik Dan Labuci Murah

Bekas manik dan labuci murah! Anda wajib beli untuk penjagaan manik dan labuci yang lebih kemas! Masa dulu, memang tidak minat manik dan labuci. Sehinggalah ruby bertunang dan tarikh nikah dipersetujui. Jadi, ruby nak DIY sendiri la veil nikah dan sanding. Hahahaha.

Itu cerita tahun 2012. Sekarang bila buka balik bekas manik dan labuci yang ruby simpan dari tahun 2012. Rasa macam sayang sangat manik dan labuci yang ada ni. Kenapa la tidak disimpan elok-elok. Google bekas simpanan dan rata-rata harga agak mahal. Tak tahu kenapa mahal. Sedangkan sama je kiraan ruang bekas tu dengan yang ruby beli tadi. Hehehe.

Ruby cari bekas simpanan manik dan labuci di Mr D.I.Y dan Daiso. Tapi lebih suka yang di Daiso ni. Hahaha. Sebab malas nak pusing lama-lama cari bekas. Dekat Daiso, masuk je kedai terus nampak. Hahaha. Jadi, terus beli la. RM 5 jer.

image

Kiri bekas manik dan labuci dari Daiso dan kanan bekas manik dan labuci ruby. Pandai kan simpan semua manik, labuci, jarum, kain bunga lace dan benang dalam satu bekas. Hahaha. Ni dah jenuh nak asingkan satu persatu. Nasib baik ada 3 jenis je manik.

image

image

Nak asingkan manik pun ada caranya. Ruby lebih suka ikut cara lama. Goyang-goyang bekas macam orang dulu-dulu asingkan beras tu. Kemudian ambil lidi dan tolak manik ke dalam lubang bekas Daiso pelan-pelan.

image

Dah siap pun. Hehehe. Dari jam 10 malam ruby mula. Selesai jam 11.30 malam. Gigih tak? Lain kali jangan campak-campak je barang-barang kraf ni. Lambat laun akan guna balik. Kan? Hehehe.

Di Daiso macam-macam bekas ada. Selamat membeli-belah!

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

3 thoughts on “Bekas Manik Dan Labuci Murah”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.