Empire City Damansara Perdana, Pusat Gaya Hidup Terkini

Empire City Damansara Perdana, Pusat Gaya Hidup dan Hiburan Terkini. Kawasan 30 ekar ini meliputi pembangunan bercampur di Damansara Perdana. Anda bakal menyaksikan kemegahan lokasi eksklusif ini pada 23 Jan 2015. Sesuatu yang menarik bakal membuatkan anda teruja!  Terletak di tempat yang sentiasa menjadi perhatian pengunjung, selepas Mutiara Damansara menjadi tempat wajib ruby menghabiskan masa dengan membeli-belah dan lokasi event blogger paling kerap. Pastinya Empire City Damansara Perdana akan menjadi top list seterusnya!

“Empire City merupakan satu projek yang besar kepada kita dan juga bagi seluruh Lembah Klang. 2.5 juta kaki persegi ruang runcit boleh disewa, 8 menara korporat dan suite pejabat, 3 hotel antarabangsa bertaraf 5 bintang,  5+ bintang dan sebuah hotel yang bertemakan pawagam dibina sekitar 5 tiang yang berada di teras Empire City. Empire City mempunyai 5 objektif iaitu “Design, Art, Music, Performance and Culture“. Di Empire City juga mempunyai gelanggang luncur ais bersaiz Olimpik dan Asian Food Street untuk anda yang ingin menikmati pelbagai citarasa Asia “,kata Mark Farquhar, Pengarah Leasing untuk Empire City.

Ruby tertarik dengan konsep Empire City yang akan mengadakan Party Of The Century sebagai perasmian kota mewah ini. Penghibur dan selebriti terkenal Paris Hilton, 2AM, Taboo dari Black Eye Peas, dan penyanyi tempo Mark Vincent, akan memeriahkan suasana antarabangsa. Malah tetamu kehormat dan pemilik perniagaan yang terbang dari seluruh dunia. Tema majlis pada 23 Januari 2015 adalah’Glamourous 20’s’!

Empire-City-Party-Of-The-Century-My-1 Empire-City-Party-Of-The-Century-My-5 Empire-City-Party-Of-The-Century-My-3 Empire-City-Party-Of-The-Century-My-4

Kita sedia maklum zaman 20-an sangat terkenal dengan fesyen dan gaya hidup yang megah. Jika anda lihat pakaian, tas tangan, mekap, aksesori dan kasut pada zaman tersebut, pasti anda teruja untuk menggayakannya pada tahun 2015! Ruby juga teruja kerana labuci yang digayakan pada zaman itu sangat meriah. Rantai mutiara wajib dipakai oleh wanita, hiasan kepala yang menggunakan bulu burung kasawari sangat sinonim ketika itu.

sequin

Tengok zaman 20-an punya labuci? Wow! Macam mana la boleh jahit satu dress penuh dengan labuci macam ni. Tak berterabur pula kepingan labuci tu. Hehehehe.

Empire City Party Of The Century

Ruby sangat teruja untuk ke Party Of The Century kerana teringin nak bergaya 1920’s. Pakaian suami dah selesai dengan tuxedo, kemeja, suspender, kasut, stokin, bow tie, handkerchief dan  set rambut kacak bergaya. Hahahaha. Yang ruby punya? Hurmmmmm. Masih sedang mencari. Sebab ruby kena cari long dress muslimah, headband, aksesori rantai dan gelang, tas tangan dan cara mekap zaman tersebut pun ruby tengah cuba. Hahahaha.

www.partyofthecentury.my

www.facebook.com/partyofthecenturymy

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

8 thoughts on “Empire City Damansara Perdana, Pusat Gaya Hidup Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.