Fesyen Zaman 1920’s Great Gatsby

Fesyen Zaman 1920’s Great Gatsby? Sejak dapat jemputan Party Of The Century dua minggu yang lalu. Selama dua minggu ruby buat research berkenaan fesyen zaman 1920’s atau lebih mesra dengan fesyen Great Gatsby. Bila melihat fesyen mereka, ruby terkejut dengan jenis-jenis labuci yang mereka gunakan. Sepanjang ruby hidup, ruby ingatkan orang Malaysia je yang tahu bab labuci dan manik ni. Wakakakakaka.

image

image

image

image

Bila google dan nak cari supplier labuci @ sequins dan manik @ beads. Semuanya dari China! Fesyen dari Amerika. Hahaha. Kalau nak tahu fesyen designer yang famous dan glamour dengan koleksi labuci ni adalah Farah Khan. Memang dia masih menekalkan fesyen lip lap lip lap macam 1920’s. Tapi harga? Wuwuwuwuwu tak mampu nak beli. Hanya mampu tengok. Sebab kegigihan dia memang tidak dinafikanlah.

image

Jika ingin jimat, sewa aje pakaian 1920’s dari kedai pakaian kostum tu. Mereka ada baju yang sama masa zaman 1920’s tu. Flappers dress, headbands, kasut, aksesori, bulu-bulu tu dan banyak lagi. Sewa bawah RM 150 sahaja. Murah kan?

image

Paling ruby suka adalah pada zaman 1920’s fesyen Great Gatsby ni wajib ada rantai pearl! Apa sahaja mesti dari mutiara. Panjang dan menarik. Nampak simple, tetapi bila digayakan memang ternyata cantik.

Apabila anda menggayakan tema Great Gatsby anda wajib ada, flappers dress, flappers headbands bulu tu, rantai pearl, kasut lama setinggi 1 inch tu, sarung tangan, bulu-bulu gantung di lengan, gelang tangan. Semuanya harus glamour!

Dapatkan aksesori fesyen 1920’s Great Gatsby di H&M, Forever 21, Lovisa, Diva. 4 kedai ni ruby cari aksesori. Mana yang berkenan kita grab. Hehehe.

Manakala untuk fesyen lelaki, ia sangat mudah. Hanya tuxedo sudah memadai. Pakai tuxedo lengkap dengan vest dan bow tie. Sudah menampakkan kekacakan seseorang lelaki. Jangan lupa set rambut agar kelihatan segar.

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 thoughts on “Fesyen Zaman 1920’s Great Gatsby

    sumrah

    (October 5, 2015 - 8:40 am)

    hai kak ruby! kedai sewa baju tu katmane eh

      Ruby

      (October 6, 2015 - 12:10 pm)

      Dekat Time Square. Tak ingat nama kedai tu apa. Kedai tu jual banyak baju dress.

    akubiomed

    (January 25, 2015 - 10:13 pm)

    Perlu buat kajian. Lebih mudah boleh Google search maklumat.
    akubiomed´s last blog post ..Cepat anakku Aslah membesarMy Profile

      Ruby

      (January 30, 2015 - 2:35 am)

      Tiba-tiba ruby dah minat fesyen lepas buat kajian. ahahahahaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.