Gaya Travel Turns 10 Adam Turns 1

Artikel hari ini berkenaan Gaya Travel Turns 10 Adam Turns 1 yang akan super duper panjang penulisan ruby. Tapi tidak la sampai 1000 patah perkataan. Hahahaha. Dengan Gaya Travel, banyak memori pelancongan tercipta. Awal pengenalan dengan Gaya Travel adalah semasa ruby bekerja di Tourism Selangor Sdn Bhd. Tiap bulan pasti nampak En Nuar ke pejabat akaun untuk bagi invoice dan kemudian beri majalah kepada kami. Hehehehe. Cara En Nuar berkenalan dengan Ruby sangat la sempoi, dia tanya mana Renuga? Renuga tu rakan sepejabat, elok pula masa tu kawan ruby tu cuti sakit.

Kemudian bila ada Kembara Kraf Selangor, ruby mewakili jabatan Marketing & Events membuat liputan social media. Pertama kali bersama Gaya Travel team. Jumpa Adam, Ed, Tuan Haji Sham, En Juhan, Kak Intan dan En Nuar. Ada kenangan yang ruby ingat sangat bila makan di Kuala Selangor, Ed Junaidi tertinggal di restoran kerana sibuk memerut. Hahahaha. Semua berhenti di stesen minyak dan menanti Ed Junaidi tiba di stesen minyak. Beliau di hantar oleh pengurus restoran. Hehe.

Lepas tu bila ruby dah berhenti kerja dan jadi blogger sepenuh masa terus lost contact dengan mereka semua. Till one time ketemu lagi di Iftar Ramadhan dan kami bertukar-tukar nombor telefon. Sekarang Gaya Travel dah 10 tahun. Cepat betul masa berlalu. Sampai kan ruby dah ada anak seorang. Kini Adam Solihin ada ramai Godfather dari team Gaya Travel. Syukur Alhamdulillah hubungan siratulrahim ini berterusan. Sebak pula tetiba. Hahahahaha.

Ruby plan nak sambut hari lahir Adam dengan semua papa daddy abah walid abi dan semua bapa Adam ni. Tidak sangka pula tahun ini adalah tahun bersejarah Gaya Travel juga. Gaya Travel turns 10 dan Adam turns 1. Lokasi tempat kami gathering adalah di Rooftop Bagasta Kuala Lumpur. Memang lokasi yang best dan happening!

Gaya-Travel-Turns-10-Bagasta-13 Gaya-Travel-Turns-10-Bagasta-11 Gaya-Travel-Turns-10-Bagasta-12 Gaya-Travel-Turns-10-Bagasta-10 Gaya-Travel-Turns-10-Bagasta-9
Gaya-Travel-Turns-10-Bagasta-6 Gaya-Travel-Turns-10-Bagasta-14 Gaya-Travel-Turns-10-Bagasta-3

Gaya-Travel-Turns-10-Bagasta-1

Cantikkan permandangan dari atas Bagasta ni. Cuaca elok dan langit terang. Nampak jelas Menara Berkembar Petronas. Persiapan kami di Bagasta sangat singkat masanya! Dalam masa seminggu kami berhubung melalui whatsapp. Hehehe. Check lokasi, Bagasta KL jadi pilihan kami. Ruby siap menginap semalaman di sana. Nanti ruby review hotel Bagasta KL ya. Untuk persiapan lain seperti dekorasi dan hiasan dalaman, serahkan kepada Tuan Haji Sham dan Kak Marini. Superb mereka bertungkus lumus siapkan semua ni. Jamuan makanan pula kita buat stail pot luck. Tetapi mak ruby sediakan menu seperti Laksa, Mee Kari, Nasi Goreng, Ayam Goreng, Kuih Karipap, Baked Potato, Cream Puff, Air Teh Tarik dan Sirap. Hehehehe.

Nak tahu apa persiapan kami lakukan? Kami memborong segala keperluan hiasan, pinggan, mangkuk, balang, alas meja di IKEA! Hehehehehe.

Gaya-Travel-Turns-10-Bagasta-23 Gaya-Travel-Turns-10-Bagasta-22 Gaya-Travel-Turns-10-Bagasta-21 Gaya-Travel-Turns-10-Bagasta-20

Terima kasih Gaya Travel kerana sudi menjadi sebahagian hidup ruby sekeluarga. Semoga terus sukses dan berjaya dunia dan akhirat.

Gaya-Travel-Turns-10-Bagasta-2

www.facebook.com/gayatravel

www.instagram.com/gayatravel

www.gayatravel.com.my

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

5 thoughts on “Gaya Travel Turns 10 Adam Turns 1

    Amy

    (July 12, 2015 - 2:39 am)

    Baru nak berjinak-jinak memblog terjumpa blog ruby. Interesting. Dari satu entri ke satu entri. I had a good read ??
    Amy´s last blog post ..Birthday lunch at Majestic Kuala LumpurMy Profile

    Dr Fattah

    (January 27, 2015 - 7:17 pm)

    seronok dapat tengok anak membesar di depan mata.
    Dr Fattah´s last blog post ..Pengenalan Latihan Separa Perubatan Gred U29My Profile

      Ruby

      (January 30, 2015 - 2:16 am)

      Alhamdulillah, walau penat dan sakit-sakit badan. Manisnya adalah dapat melihat anak membesar. Kadang-kadang terlupa dia makin membesar dan masa berlalu macam tu je. Hurmm. Sekarang dah mula nak berjalan. Cepatnya masa berlalu. 🙂

    akubiomed

    (January 26, 2015 - 11:36 pm)

    2 sambutan dalam satu. Beruntung Adam. 😉
    akubiomed´s last blog post ..Projek restore basikal BMX anakMy Profile

      Ruby

      (January 30, 2015 - 2:24 am)

      Alhamdulillah. Hehehehe. Masih ada yang sayang. Wah giteww.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.