GROUPON Melancarkan ‘MY KL By Lisa Surihani’

Lisa Surihani, siapa yang tidak kenal? Ruby dari sekolah rendah memang nampak muka akak ni je dekat iklan majalah. Iklan Lip Ice paling ruby ingat sampai sekarang. Cantik Lisa Surihani ni, aura dia memang tersendiri. Malah bila ruby tahu umur dia jauh lebih muda dan memiliki wajah cantik mulus gebu. Pastinya beliau memiliki ramai peminat di seluruh Malaysia. Kini GROUPON Melancarkan ‘MY KL By Lisa Surihani’! Siapa suka dapatkan kupon dan baucar dari Groupon? Jom cuci mata dengan pilihan Lisa Surihani.

Groupon telah melancarkan koleksi tawaran yang terdiri daripada tempat kegemaran Lisa di sekitar Kuala Lumpur. Hanya ditawarkan oleh Groupon selama sebulan sahaja, “My KL by Lisa Surihani” memperkenalkan tawaran tempat-tempat makan dan rekreasi yang dipilih oleh Lisa.

GROUPON Melancarkan ‘MY KL By Lisa Surihani'

“Koleksi Groupon ini terdiri dari tempat-tempat yang terbaik di KL bagi Lisa,” kata Lisa Surihani.

“Inilah unsur-unsur bandar yang menjadikannya ‘My KL’, dan ia membolehkan Lisa berkongsikan pengalaman Lisa yang menarik dengan peminat Lisa.”

Antara tempat-tempat yang dipilih Lisa:

GROUPON Melancarkan ‘MY KL By Lisa Surihani'

Societe Fancaise de Cosmetiques (Sothys) – dengan 47 cawangan di seluruh Malaysia, pemenang anugerah jenama Perancis ini yang pernah memenangi anugerah-anugerah adalah pakar dalam penjagaan kulit yang tidak invasif dan mengunaakan bahan-bahan yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.

Melur and Thyme – menyajikan hidangan Barat dan tempatan di KLCC dan KLIA2, reka bentuk dalaman unik Melur and Thyme telah melayakkan restoran ini memenangi anugerah “Top 10 in Restaurant Design” 2013 daripada majalah iN Publishers.

Jumpstreet Trampoline Park – Jumpstreet baru sahaja dilancarkan pada tahun 2014, dan ia menawarkan sesuatu yang alternatif bagi peminat kecergasan di Malaysia. Terletak di Seksyen 13, PJ, dengan 9,000 kaki persegi, pelanggan boleh melompat atau bermain dodge-ball atau bola keranjang mengunakan trampoline.

House Gtower – terletak di GTower Hotel, House merupakan restoran makanan Barat-Asia yang menawarkan masakan unik seperti pizza ayam satay dan kuay teow daging bersama bar jus dan ruang winepost di tingkat bawah.

Sunway Lagoon – menawarkan lebih daripada 80 permainan tema termasuk pantai surfing berpasir buatan manusia yang terbesar di dunia, zoo interaktif yang pertama di Malaysia, Lynton V Harris ‘Scream Park’, Waterplexx 5D dan slaid Vuvuzela.

“Daripada mulanya, usaha Groupon adalah untuk menawarkan tawaran tempatan yang terbaik, jadi peluang untuk bekerja dengan Lisa untuk mempamerkan tempat kegemaran Lisa adalah satu langkah yang bagus,” kata Rafiq Razali, pengurus besar negara Malaysia di Groupon Malaysia.

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.