Hidangan Tembikar Bulgogi Brothers e@Curve

Jom cuba hidangan tembikar Bulgogi Brothers e@Curve. Makanan dari negara Korea sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Rasa dan isi kandungan makanan Korea ini juga tidak terlalu asing kerana kebanyakan seperti stimbot, sayuran dan daging. Cuma hidangan makanan Korea ini sering dihidang kemas dan cantik. Bila ingin makan baru mereka gaul kesemuanya sekali dalam periuk yang besar dan kongsi seisi keluarga. Wah ruby tahu tradisi ini? Yelaaa ruby rajin tengok drama bersiri dari negara Korea. Cantik dan handsome, siapa yang tidak suka tengok kan? Begitu juga makanan. Hehehe.

Kali ini Bulgogi Brothers telah mengadakan promosi “Korean Hot Pot Feast For 2” yang memberi anda hidangan yang sesuai untuk anda yang tidak makan banyak tetapi suka makan makanan Korea! Kuantiti satu periuk tembikar ini sangat banyak! Serius sangat banyak dan harga amat berpatutan! Ruby paling suka Spicy Seafood Hot Pot!!! Usap perut kekenyangan! Hehehe.

BEEF AND KIMCHI HOT POT – RM 39.90

Hidangan-Tembikar-Bulgogi-Brothers-eCurve-4

Hidangan periuk panas Korea yang paling terkenal adalah kimchi. Dihidangkan bersama daging dan sayur-sayuran, hidangan ini dimasak bersama sup masam kimchi yang akan memberi anda pelbagai rasa.

Hidangan-Tembikar-Bulgogi-Brothers-eCurve-13

BEEF AND MUSHROOM HOT POT – RM 39.90

Hidangan-Tembikar-Bulgogi-Brothers-eCurve-12

Hidangan periuk panas ini terdiri daging lembu dan cendawan. Menggabungkan dengan keenakan kek beras dan sayur-sayuran segar. Pada musim bunga, hidangan ini menjadi kegemaran mereka di Korea. Ketika itu banyak sayuran segar mudah di dapati.

SPICY CHICKEN HAM AND SAUSAGE HOT POT – RM 39.90

Hidangan-Tembikar-Bulgogi-Brothers-eCurve-8

Hidangan tembikar Spicy Chicken Ham dan Sosej ini ibarat perkahwinan campur diantara Amerika dan Korea. Hidangan ini terdiri daripada ham ayam, cili api dan sosej, ditambah pula dengan kek beras, taugeh, cendawan dan sayur-sayuran.

SPICY SEAFOOD HOT POT – RM 52.90

Hidangan-Tembikar-Bulgogi-Brothers-eCurve-1

Yang tidak boleh dilepaskan! Jika anda penggemar makanan laut, hidangan periuk panas ini wajib anda cuba! Hidangan ini segar dengan makanan laut seperti ketam, udang, kupang, sotong, dan sayur-sayuran dimasak bersama sup pedas.

Hidangan-Tembikar-Bulgogi-Brothers-eCurve-5
Hidangan-Tembikar-Bulgogi-Brothers-eCurve-9

Hidangan-Tembikar-Bulgogi-Brothers-eCurve-7

Hidangan ini boleh dimakan bersama Nasi Korea, Mi Ramyeon dan Mi Udong yang bernilai RM 3.50 setiap satu pinggan.

Bulgogi Brothers adalah restoran makanan kasual Korea paling terkenal dengan bulgogi lazat. Ia diuruskan oleh ET & Zeus Co, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Intae Jung dan Chaiwoo Yi. Restoran pertama Bulgogi Brothers dibuka adalah di Gang-Nam, selatan Seoul, Korea pada tahun 2006 *sebelum lagu Gangnam Style menjadi popular! Hahaha.

Sejak itu, restoran Korea ini telah memperoleh status pujian dengan lebih 40 cawangan di Korea Selatan termasuk satu di Kanada dan empat di Filipina. Bulgogi Brothers memenangi Best Korean Restaurant 2012 di Korean National Brands Award.

about_bulgogi_facts

www.facebook.com/BulgogiBrosMy

www.bulgogibros.com.my

#?BulgogiBrosMY?

eCurve, Mutiara DamansaraG-03A,

Ground Floor, No. 2A Jalan PJU 7/3

Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya

03-7722 3633

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Hidangan Tembikar Bulgogi Brothers e@Curve

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.