Kelebihan Kad Sunway Pals

Baru-baru ni ruby ke Sunway Pyramid untuk ambil tuxedo di Padini. Jalan-jalan nak ke mesin ATM sebelum ke Padini tu, ada promoter Sunway Pals panggil ruby. Ruby pun dengar penerangan dan apa kelebihan yang ruby dapat. Paling best kelebihan kad sunway pals ini adalah tidak perlu renew! Seumur hidup gunalah kad itu. Best kan?

image

Kad Sunway Pals ini boleh digunakan sebagai kad debit semasa di Sunway Pyramid. Anda hanya perlu top up aje. Tapi disebabkan ruby ada kad debit bank, ruby lebih suka direct guna dari bank aje. Jadi kad Sunway Pals ni ruby nak guna sebagai kad debit untuk parking dan dapatkan mata ganjaran semasa membeli belah dan dapat hadiah masa bulan hari lahir ruby je.

Bagusnya membeli -belah di Sunway Pyramid adalah parking yang banyak dan murah! Kebiasaannya ruby di Sunway mesti harga parking RM 1 sahaja. Hehehe. Jadi dengan ada kad Sunway Pals, ruby tak perlu nak bayar di mesin autopay. Terus touch kad Sunway Pals sahaja.

image

Dimana anda boleh tambah nilai kad Sunway Pals? Anda boleh tambah nilai di mesin autopay di parking atau di kaunter Sunway Pals tingkat G berhadapan ESPRIT dan Ice Scating Ring tu.

Selain itu anda boleh muat turun aplikasi Sunway Pals di Google Play Store untuk ketahui butiran mata ganjaran anda dan promosi yang sedang berlangsung. Selain itu anda juga boleh rujuk kelebihan yang ditawarkan oleh Sunway Pals.

image
image
image
image
image

image

Dapatkan kad Sunway Pals untuk keselesaan anda beriadah di Sunway! Seperti yang anda sedia maklum Sunway banyak sangat kelebihan, dari pusat membeli belah, property, resort & spa, sunway lagoon, taman tema dan macam-macam lagi. Jadi, why not untuk daftar secara PERCUMA untuk dapatkan kad Sunway Pals ni. Pendaftaran seumur hidup PERCUMA tanpa perlu perbaharui kad tersebut. Ruby dah milikinya, anda bila lagi?

www.sunway.com.my/sunwaypals/

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Kelebihan Kad Sunway Pals

    farida

    (August 7, 2015 - 3:47 pm)

    sis…lepas baca blog sis,sy terus daftar jd ahli sunway pals card..skrg mslhnya,sy tinggal dia utara,mcm mna sy nk dptkn benefit beli belah n so on sbb sy xada kad pals tu..sy dah download mobile app subway pals..tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.