Malaysia Best Blog 2015

      37 Comments on Malaysia Best Blog 2015

Awal-awal tahun dah ada carta Malaysia Best Blog 2015! Awal betul ruby dah mengharapkan para blogger yang ruby pilih dibawah ini akan tetap menggungguli carta Malaysia Best Blog bagi tahun 2015 ya! Walaupun ini adalah contest dari OhDuit! Tetapi ruby menyahut cabaran kak Akma Omar untuk cuba join contest SEO bagi mengetahui sendiri apa yang ruby boleh belajar dan tambah lagi ilmu untuk mantapkan lagi blog Ruby.MY. InsyaAllah. Senarai Malaysia Best Blog 2015 dari Ruby adalah blog yang ruby kerap baca. Kadang-kadang bukan nak baca sangat blog, tetapi bila blogger kerap kemaskini blog dan secara automatik blog list akan paparkan cerita baru dari bloger tersebut. Dari satu artikel, ruby akan lompat ke artikel sebelumnya untuk dibaca. Hehehe.

Carta ini tiada tangga, tetapi inilah senarai Malaysia Best Blog 2015. Sebab ruby hari-hari sekodeng blog mereka.

Dapur Tanpa Sempadan...

Mat Gebu – www.tiffinbiru.com

Ruby mengikuti blog Che Mat Gebu dari tahun 2008 kalau tidak silap. Memang boleh dikategorikan ruby adalah pembaca setia blog beliau. Walaupun tidak mengetahui identiti sebenar Che Mat, tetapi itulah yang uniknya Che Mat. Hanya Tiffin Biru menjadi pengantara. Sejak bersama #KelabBloggerBenAshaari ruby berkesempatan untuk berjumpa dan berkenalan dengan Che Mat. Alhamdulillah! 2014 yang lalu ruby dapat jumpa dia. Hahaha. Admire dengan cara beliau, gigih memasak, menyediakan resepi dan ambil gambar makanan yang sangat cantik kualitinya! Blog Che Mat juga mudah untuk ruby belajar cara memasak sesuatu menu. Sukatan yang digunakan juga mudah difahami. Hehehe.

BEN ASHAARI

Ben Ashaari – www.benashaari.com

Ben Ashaari pada awal dulu ruby tidak berapa berkenan baca blog beliau sebab asyik tunjuk berkenaan fitness. Ruby tidak minat bersenam, so memang tidak baca blog begini! Until Qhaliff muncul. Masa tu baru ikuti perkembangan anak-anak beliau sehinggalah Zahra yang comel tu. Penulisan Ben Ashaari mudah dihadam dan santai nak mampos. Tiap jam ada je cerita! Oleh kerana itu lah yang membuatkan ramai blogger rasa tidak susah untuk menulis blog konsisten dan terbitkan sehari 20 artikel? Hahaha. Itu Ben Ashaari je mampu. Ruby setakat 7 pun dah semput. Dengan Adam meragam lagi, kerja lagi. Pengsan!

 

Namee Roslan

Namee Roslan – www.nameeroslan.blogspot.com

Ruby suka baca blog Namee berkaitan resepi yang dia buat. Semuanya senang gila! Campak-campak dah siap kek. Campak-campak dah siap dessert. Lepas tu kalau advertorial dia, memang tidak nampak macam iklan. Namee ni penuh dengan idea dan cara dia bercerita pun seronok nak baca. Selain rupa yang menarik, namee juga rajin melayan follower beliau di facebook. Mesti tiap komen dia akan reply.

Sunshine Kelly

Kelly Chin – www.sunshinekelly.com

Kelly adalah lifestyle blogger yang ruby admire sebab dia cepat gila update blog dia. Ruby ni baru balik dari event pun tidak terus update. Hari kedua masuk gambar dalam laptop, hari ketiga process, hari keempat buat draft dan hari kelima publish. Tapi untuk kelly, mana aje dia berada. Dia akan kemaskini blog dia segera! Dia memberi inspirasi kepada ruby agar jangan malas!

{Azrin} AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning

Akubiomed – www.akubiomed.com

Selain pengomen tegar di blog ruby.my. Ruby juga suka baca penulisan blog Akubiomed. Kejap-kejap dia buat resepi, kejap-kejap dia akan tulis berkenaan DIY. Kemudian semua gambar apa sahaja beliau paparkan cantik-cantik belaka! Memang ada skill! Isi kandungan penulisan blog akubiomed juga mudah difahami dan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.

Isaactan.net   Events • Food • Tech • Travel

Isaac.Net – www.isaactan.net

Isaac adalah blogger yang rajin belajar tentang SEO dan Alexa. Dikenali dengan blogger yang baik dan sering kongsikan apa sahaja ilmu dan event yang ada di sekitar lembah klang. Isaac tidak terikat dengan apa-apa perasaan seperti kedekut ke apa ke. Beliau memang akan berkongsi apa sahaja. Sama ada di blog atau di social media. Malah jika beliau tidak dapat hadir ke event pun pasti dia ada hantar wakil. Nampak tak effort yang diberikan demi meneruskan content blog terus update?

Big Boys Oven

Sidney Kan – www.bigboysoven.com

Sidney Kan, beliau amat rajin memasak dan review makanan! Setiap hari ada sahaja lokasi terkini promosi makanan di hotel-hotel akan beliau kemaskini. Gigih betul!

Akma Omar — Lifestyle Blogging, Business, Travel   Opinion Blog

Akma Omar – www.akmaomar.com

Ini cikgu ruby, cikgu akma omar. Hahahaha. Ruby suka rekemen kak akma omar sebab dia flexible untuk buat apa sahaja. Kadang baca blog beliau, seoronok tengok artikel percutian beliau. Sedangkan blog beliau berkenaan perniagaan. Tetapi disebabkan SEO blog beliau mantap, client dari oversea lebih memandang beliau dari client yang ada di Malaysia. Mungkin nak kena blogger intro beliau baru agensi di Malaysia menyedari yang beliau boleh blog berkenaan produk dan berada di carta no 1 google. Belum cuba belum tahu kan?

Oh! Duit

Oh Duit! – OhDuit.Com

Oh Duit adalah blog yang menganjurkan contest SEO ni. Hehehehe. Pertama kali masuk blog oh duit dah rasa macam gentar nak join contest ni. Tapi setelah godek-godek blog beliau. Banyak ilmu yang dikongsikan! Terima kasih!

Bubblynotes

Farah Waheda – www.bubblynotes.com

Farah Waheda ni blogger yang menulis berkenaan apa sahaja. Apa yang dia rasa, dia nampak. Semua dia tulis. Asalkan ada masa mesti ada je cerita yang beliau tulis. Hanya menggunakan Tab sahaja untuk kemaskini blog! Gigih dan rajin kan? Wajib contohi kerajinan beliau! Penulisan blog beliau santai dan campur-campur bahasa melayu dan inggeris.

Hafiz Rahim - Lifestyle Blogger

Hafiz Rahim – www.hafizrahim.com

Hafiz adalah blogger SEO bagi pandangan ruby. Beliau akan memilih artikel yang memberi manfaat kepada pembaca. Jarang sangat nak nampak artikel beliau berkenaan makanan yang dia makan? Perkembangan kerjaya? Hehehe. Walau apa pun, sekali dia menulis memang padat la artikel blogpost tu.

Ceritera FatinBella

Fatin Bella – www.fatinbella.com

Fatin Bella ni blogger muda mudi student lagi. Cara penulisan beliau santai dan ringkas. Boleh lihat perubahan penulisan beliau dari hari ke hari. Banyak improvement dari Blog Fatin ni. Kebanyakan artikel lebih kepada apa yang beliau lakukan. Seperti menonton movie, pergi shopping dan lain-lain.

EmasPutih

Kisah Emas Putih – www.kisahemasputih.com

Blog Uzu ni penuh dengan informasi. Rajin betul dia kemaskini blog malah kalau boleh selepas event dah terus dia publish blog post. Sangat pantas dan inilah kebanyakan agensi suka. Dalam masa yang sama dia menjana trafik dan follower beliau tidak ketinggalan dengan cerita baru!

Kisah Tatie

Izati Hazrul – www.kisahtatie.com

Kisah Tatie adalah blog travel yang ruby suka baca, ditulis dalam bahasa melayu dan santai. Pengalaman semasa travel akan dia tulis berperingkat mengikut lokasi dimana beliau travel. Jika ke luar negara, anda akan nampak blogpost ada beberapa siri. Cerita berkenaan travel memang banyak, tetapi untuk cerita sehabis mungkin dari touch down hingga balik Malaysia siapa yang boleh habiskan dalam masa yang singkat? Hahahaha.

VERNONCHAN.COM   Technology. Gadgets. Gaming. Lifestyle.

Vernon – www.vernonchan.com

Ini adalah blog teknologi yang ruby selalu terjah, Vernon ni ruby tidak tahu la dia ada bateri berapa banyak dalam diri dia. Memang cepat gila kemaskini blog! Even pergi perasmian produk di luar negara, mesti dia dah kemaskini blog dengan pantas. Siap dengan edit gambar lagi! Adui! Ini lah kegigihan yang ruby suka dalam menulis blog.

Sebagai blogger, ruby admire dengan sikap rajin blogger. Demi menjaga keseimbangan populariti, trafik dan tangga google. Disiplin dan rajin itu penting! Tiada alasan dalam dunia ni orang nak dengar. Even anda sakit MC pun orang tak nak tahu. Teruskan menulis!

“Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.”

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

37 comments on “Malaysia Best Blog 2015

    1. Ruby Post author

      Terima kasih. Ramai blogger di Malaysia ni. Cuma bila makin meningkat usia, makin lain bahan bacaan yang kita suka. Setiap tahun pemilihan blog yang ruby suka baca mesti lain-lain. Hahahaha. All the best to you too. 🙂

      Reply
  1. azni

    terbaeklah… kita baru nak berjinak jinak berblog dengan lebih structured. ur list ni byk membantu saya lebih paham camner nak jadi blogger gigih utk org yg bekerja nih.. hahahah..
    tq again

    Reply
    1. Ruby Post author

      Hehehehe Azni, cuba kerapkan menulis. Kalau boleh schedule post agar tiap hari ada publish cerita. Hehehe. InsyaAllah akan lebih faham bila kita amalkan. Lambat laun, manisnya berblog pasti ada. 🙂

      Reply
    1. Ruby Post author

      Ruby pertama kali cuba. Tak berani tengok kedudukan sebab tak reti pasal SEO ni. Jika berjaya, at least saya tahu kemampuan blog ruby.my. Terima kasih ahmad untuk makluman tersebut. Segan pula rasanya. 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.