Memasak Bersama Fonterra Foodservice

      1 Comment on Memasak Bersama Fonterra Foodservice

Pada hari rabu yang lalu telah diadakan sesi memasak bersama Fonterra Foodservice. Chef yang menjadi guru kepada kami semua adalah Chef Firuz dan Chef Alex. Sebanyak 4 resepi kami buat menggunakan produk Fonterra Foodservice. Hehehehe. Anda tau apa itu Fonterra Foodservice? Pernah membeli produk-produk syarikat tersebut? Mungkin nama ini asing bagi anda, bagaimana pula dengan Susu Anlene? Anmum Materna? Anmum Essential? Anmum Lacta? Fernleaf? Solivite? Calciyum? dan Chesdale? Semua produk ini adalah produk keluaran Fonterra Foodservice. Sangat terkenal dan wajib ada salah satu produk di rumah kan?

Memasak Bersama Fonterra Foodservice

Ketika kecil minum Solivite dan makan Calciyum. Kemudian sarapan pagi sebelum ke sekolah dengan Chesdale. Bila besar minum Fernleaf. Umur dah 25 tahun dah mula minum Anlene. Kemudian bila dah berkahwin dan hamil minum Anmum kan?? Boleh dikatakan kita membesar dengan produk tenusu Fonterra Foodservice. Hehehe.

Memasak Bersama Fonterra Foodservice

Chef Alexander adalah Hot Cooking Advisory Cheft bagi Fonterra Brands Malaysia.  Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 2008 di beberapa buah hotel 5-bintang ini, selepas menamatkan latihan di Perancis. Semasa pengajian di peringkat tinggi dalam seni masakan, Chef Alexander mencapai banyak pingat emas. Beliau sering dijemput untuk mengadili di acara-acara dan pertandingan masakan di seluruh institusi masakan di Malaysia.

Memasak Bersama Fonterra Foodservice

Chef Firuz adalah Hot Cooking Advisory Cheft bagi Fonterra Brands Malaysia. Beliau adalah memberi tumpuan kepada membangunkan resipi inovatif dan menarik bagi perkhidmatan makanan pelanggan. Sebahagian daripada ini termasuk berkongsi manfaat dan kelebihan utama menggunakan tenusu, terutamanya produk Anchor dalam perniagaan mereka.

Beliau menyediakan perkhidmatan makanan untuk pelanggan Fonterra di seluruh Malaysia dan Brunei. Diantaranya adalah demonstrasi masakan mempamerkan pelbagai jenis masakan seperti terkemuka Barat, Itali, Fusion dan Masakan Tempatan Malaysia.

Jom kita mulakan resepi pertama. Ruby suka Avocado & Mango Smoothie. Cara membuatnya senang sahaja. Blender semua sekali. Hahahaha.

Memasak Bersama Fonterra Foodservice Memasak Bersama Fonterra Foodservice

Avocado yang sudah masak ranum dipotong kecil 1nos (medium size)

Mango segar 180gm

Ais satu gelas penuh

Susu Segar Anchor 80ml

Anlene Creamy Powder 35gm (3tbsp)

Extra Mango & Avocado Slices untuk hiasan

Madu 80gm

Selain smootie di atas, anda boleh variasikan resepi anda dengan buah-buahan lain juga. Selamat mencuba!

Kemudian menu seterusnya adalah Creamy Tomato Mint with Masala Herb Chicken with Thick Cucumber Raita dan Creamy Yogurt Pear Berries Pizza.

Memasak Bersama Fonterra Foodservice Memasak Bersama Fonterra Foodservice 806A4911 Memasak Bersama Fonterra Foodservice 806A4868

Siap dah beberapa hidangan dengan produk Fonterra Foodservice. Resepi sangat panjang! Nanti ruby kongiskan ya. Gunakan bahan-bahan yang ada di rumah untuk hasilkan makanan dan minuman lazat. Guna susu Anlene yang ada kat rumah tu.

Walaupun anda minum susu Anlene, tetapi ia enak dimakan begitu sahaja. Ruby makan susu tepung, bukan minum. Aiyooo. Hahaha. Sebab ia sangat sedap!

www.fonterrafoodservices.net

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

1 comment on “Memasak Bersama Fonterra Foodservice

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge