MILO® Cans Next Games Badminton

MILO® Cans Next Games Badminton? Sebelum ini kempen MILO® Cans Next Games telah memberi sentuhan baru kepada permainan sukan kegemaran ramai dengan memperkenalkan elemen unik dan memasukkan beberapa peraturan tambahan untuk merancakkan permainan. Pendekatan berani ini telah mengilhamkan pelbagai elemen yang benar-benar kreatif, khususnya MILO® Cans Twisted Football dengan tiang goal “berpintal” dan berlapis, dan Futsal 3 pihak, yang membabitkan tiga pasukan dalam gelanggang bulat dengan tiga tiang gol.

MILO® Cans Next Games Badminton

Dengan kempen terbaru MILO® Cans Next Games, rakyat Malaysia bakal melihat dimensi baru dalam permainan badminton. Seperti yang kita semua tahu, badminton adalah permainan menggunakan raket di gelanggang segi empat tepat yang dipisahkan oleh jaring di tengah. Tunggulah kejutan yang akan dibawakan oleh kempen MILO® Cans Next Games untuk permainan kegemaran rakyat Malaysia ini.

Kali ini kempen MILO® Cans Next Games memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencipta gelanggang badminton mereka sendiri dan juga peluang untuk memenangi wang tunai RM5,000 dan melihat gelanggang ciptaan mereka menjadi kenyataan. Perkara ini telah diumumkan petang ini di majlis pelancaran kempen yang diadakan di Talent Lounge, PJ Trade Centre.

MILO® Cans Next Games Badminton MILO® Cans Next Games Badminton

Peraduan “Reimagine Badminton” akan diadakan dari 19 Januari hingga 1 Mac 2015 dan peserta yang berminat perlu ke laman www.milo.com.my/nextgames untuk mendaftar dan mencipta gelanggang unik mereka. Aplikasi MILO® Cans Next Games yang mesra pengguna mudah alih ini boleh diakses dari komputer dan alat mudah alih yang membolehkan mereka mencipta dan menamakan gelanggang badminton mereka sendiri.

Mereka akan dapat menentukan jenis gelanggang, jaring dan tekstur serta menyelitkan elemen khusus yang boleh diperolehi dengan pembelian varian Minuman Tin MILO® yang berlainan. Peraduan MILO® Cans Next Games “Reimagine Badminton” dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas.

MILO® Cans Next Games Badminton MILOCans_KJC_7523

Pihak Penganjur MILO® Cans Next Games akan memilih 10 pemenang mingguan untuk selama enam minggu, dengan setiap seorang pemenang bakal menerima Peti Sejuk Mudah Alih Minuman Tin MILO® Edisi Terhad dan dua karton Minuman Tin MILO®. Para pemenang mingguan ini secara automatik layak bersaing untuk memenangi Hadiah Utama RM5,000 tunai dan 10 karton Minuman Tin MILO®, atau satu daripada 10 hadiah sagu hati berupa wang tunai RM800 dan lima karton Minuman Tin MILO®.

Nama finalis akan dipaparkan di laman web MILO® Cans Next Games dari 16 hingga 29 Mac 2015 untuk tatapan dan undian umum. Pengundian orang ramai akan membentuk 40% markah finalis, dengan baki 60% ditentukan oleh panel hakim. Finalis yang mendapat undi dan markah paling tinggi akan menerima hadiah utama RM5,000 yang menjadi rebutan dan melihat gelanggang badminton mereka menjadi kenyataan.

“Minuman Tin MILO® telah merombak sempadan sukan tertentu sejak tahun 2012, untuk memberi cabaran baru dan positif yang boleh dialami oleh belia Malaysia,” kata Jasmmine Wong, Pengurus Eksekutif Perniagaan, Nestlé Products Sdn Bhd.

“Lupakan perlawanan badminton di atas gelanggang segi empat tepat – kami akan merombak cara permainan. Badminton boleh dimainkan di atas gelanggang pelbagai bentuk atau menggunakan jaring yang unik. Kemungkinannya tidak terhad dan kita hanya memerlukan sedikit kreativiti,” tambahnya.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen MILO® Cans Next Games dan “Reimagine Badminton” Minuman Tin MILO®, sila ke www.milo.com.my/nextgames atau hubungi NESTLÉ di 1-800-88-3433 antara 9 pagi dan 5 petang dari Isnin hingga Jumaat.

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “MILO® Cans Next Games Badminton

    akubiomed

    (January 20, 2015 - 9:37 am)

    Peluang budak-budak sekolah mencuba mencipta gelanggang imaginasi mereka sebab umur 16 tahun keatas boleh menyertai peraduan MILO ini. 🙂
    akubiomed´s last blog post ..RM5000 menanti pemenang Milo Cans Next GamesMy Profile

      Ruby

      (January 30, 2015 - 2:38 am)

      Suka lah mereka bila dapat reka gelanggan virtual kan. Nak tengok kreativiti mereka. Tak sabar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.