Jumaat lalu ruby berkesempatan ke majlis Party Of The Century yang bertempat di Empire City Damansara Perdana. Party Of The Century Empire City sangat meriah dengan tetamu kehormat, selebriti dan barisan selebriti yang membuat persembahan juga tidak kurang hebatnya. Tema pada hari tersebut adalah “1920’s Glamour” ala-ala Great Gatsby tu. Ramai selebriti yang membuat persembahan selain Paris Hilton. Tidak sangka beliau jadi DJ dah sekarang. Apa bidang yang dia ceburi pasti seronok. Enjoy betul kehidupan dia ni. Hehehe.
Semasa hari tersebut, Ruby mengenakan busana long dress dengan jahitan benang warna keemasan. Nak cari baju dah suntuk sangat masa. Nak sewa nanti ramai pula pakai baju sama dengan ruby. Hahahaha. Tudung pula ruby pakai tudung shawl flapper warna hitam.
Kemudian aksesori ruby pakai semua dari koleksi mutiara. Rantai labuh mutiara dan gelang mutiara. Kemudian untuk headbands pula pakai yang batu berkilau. Hehe. Semua ni beli di Lovisa dan Forever 21.
Untuk kasut high heels 5 inch ruby pakai kasut masa ruby wedding 3 tahun lalu. Wakakakaka.
Untuk suami, beliau memakai tuxedo dari Padini. Padini Sunway menawarkan tuxedo, seluar, kemeja, vest. Bow tie dan hanky warna merah hati ruby beli di My Tie Shop di Sunway.
Ini adalah pertama kali ruby dan suami menghadiri majlis berprestij begini. Jadi persiapan pun tip top. A lot of effort. Dengan google dan research semua. Usaha yang amat-amat membanggakan. Sebab lepas ni dah pandai nak bergaya kalau ada jemputan majlis begini atau ke majlis perkhawinan.
Makanan di Party Of Century di sediakan oleh BERJAYA University College. Makanan sedap dan halal. Minuman pula adalah Coca Cola dan Ice Lemon Tea dari Heaven & Earth.
Ada satay, baked potato, nasi pulut, salad, ayam boxing, chocolate cake dan pastries lain. Kenyang!
Persembahan di Party Of Century ruby dapat lihat 2AM, Aries, Paris Hilton, Mark dan Taboo. Happening betul pada malam tu. Tapi ruby dan suami sibuk makan. Wakaka.
Terima kasih Empire City kerana sudi menjemput ruby dan suami. Next time ruby nak lalu di red carpet puas-puas. Hehehe.
www.meh.com.my
#PartyOfTheCenturyMY
#potcMY
#EmpireCityMY
xoxo!
Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3
4 thoughts on “Party Of The Century Empire City”
Sunshine Kelly
(January 27, 2015 - 9:25 am)Glamour Giller malam itu, semua pakai elegant and smart. Gambar Ruby kat meja registration awesome 😀
Sunshine Kelly´s last blog post ..Review: iMiirage @ Ipoh SoHo – World’s 1st Ambience Dining Experience
Ruby
(January 30, 2015 - 2:20 am)Kelly, ya betol. Semuanya cantik-cantik. Even i pun tergamam. Dekat registration kaunter hari tu i siap greet ” cantiknya you! cantiknya baju you!!!!” tak boleh tahan cantik glamer semua blogger. hahahaha.
akubiomed
(January 26, 2015 - 5:23 pm)Wah masih boleh pakai lagi kasut tinggi kahwin. 🙂
akubiomed´s last blog post ..Projek restore basikal BMX anak
Ruby
(January 30, 2015 - 2:26 am)Hahaha! Tapi sakit kaki. Sebab kasut tu tinggi sangat.