Pearl Clutch Dari BeautyOne

      2 Comments on Pearl Clutch Dari BeautyOne

Pearl Clutch Dari BeautyOne!?? Hehehe. Sejak dah pandai bergaya ni. Ruby dah pandai mencari barang-barang yang bersesuaian ketika menghadiri ap-apa majlis. Dah taknak sarat-sarat dah dengan bag besar dan isi kandungan yang penuh satu bag. Melainkan kalau pergi meeting. Boleh bawa shoulder bag yang selalu ruby usung tu.

Semasa kesibukan untuk persediaan Party Of The Century. Ruby ada mencari aksesori untuk tema 1920’s Great Gatsby tu. Clutch adalah salah satu item dalam list tu. Masa ruby tanya pendapat rakan blogger berkenaan rekaan clutch 1920’s. Mereka cakap rekaan Pearl Clutch bentuk cengkerang cantik. Macam vintage.

Jadi ruby pun cari online shop di Malaysia yang jual dan boleh pos barang dalam kadar masa yang cepat. Sebab ruby ada 1 minggu sahaja sebelum majlis. Ruby jumpa website www.beautyone.com.my dan mereka jual Pearl Clutch dengan harga RM 89.00 sahaja! Hahaha.

image

Kemudian masa tanya-tanya pendapat kawan-kawan untuk pemilihan clutch, ruby dalam masa yang sama ada publish video ulangtahun perkahwinan di facebook. Kalau anda nak tengok video tu, boleh tengok di kanan sidebar blog ruby.my. Hehe.

Tiba-tiba cik NisaKay.com whatsapp ruby.

“Tahniah untuk ulangtahun perkahwinan kak ruby” dan tanya “apa lagi barang tak cukup untuk majlis Great Gatsby tu?”.

Ruby cakap “clutch je takda lagiii”.

Sekali dia jawab, “akak pilih mana-mana. Nisa nak hadiahkan kat akak.”

Hahahahaha. Gelak besar bila dengar berita gembira. Jadi, ruby pilih yang cengkerang juga setelah cik Nisa kita kira ukuran lebar tinggi clutch tersebut. Hahaha.

Tadaaaa. Inilah clutch yang dihadiahkan oleh NisaKay.com dan dibeli menerusi BeautyOne.com.my.

image

image

image

image

image

Pearl Beaded Clutch – RM 89

Ruby ambil clutch ini dan tertarik dengan bungkusan yang disediakan oleh BeautyOne. Siap dengan bubble wrap, wooven bag dan tali clutch ada 3 saiz. Nak pendek? Sederhana panjang? Panjang sampai ke pinggul? Semua ada. Hehehe.

Seronok sangat melihat perhiasan dan barangan dari mutiara, manik dan labuci. Terus mood happy sehari. Hahahaha.

Jika anda ingin beli pakaian, clutch dan aksesori lain. Sila terjah website www.beautyone.com.my

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

2 comments on “Pearl Clutch Dari BeautyOne

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge