Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pelayaran Islamik

Ramai yang ingat naik kapal besar iaitu Kapal Star Cruise Libra adalah untuk bersuka ria hu ha hu ha sepanjang masa. Tetapi kita lupa bahawa kita adalah manusia yang boleh mengubah apa sahaja majlis kepada majlis yang berguna. Tiap lokasi majlis blogger yang ruby pernah kunjungi pastinya melibatkan lokasi “minuman keras dan pork free”. Tetapi pihak penganjur bijak mengubah lokasi majlis dengan menghiasi dengan hiasan pentas, langsir panjang, ruang yang gelap dan pencahayaan yang bagus tetapi makanan dan minuman dari catering halal. Mereka menggunakan lokasi sahaja. Mungkin ini dapat memudahkan jemputan tetamu kerana lokasi yang bagus. Dari suasana kelab malam kepada perasmian kosmetik bersama selebriti. Jadi, sama tak situasi dengan pelayaran islamik yang ramai mengatakan ia menjual agama sedangkan tidak sama sekali. Jadi, disini ruby ingin rungkaikan perkara yang anda perlu tahu tentang Pelayaran Islamik.

Pelayaran Islamik

Pelayaran 3.0 pada 1 Februari hingga 4 Februari 2015(Hari Cuti Wilayah & Thaipusam), para penceramah adalah

  • Ustaz Badli Shah
  • Sheikh Abdelaziz Ghonim
  • Dato Hassan Mahmud
  • Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah
  • Imam muda Miril 
  • Penampilan Istimewa Finalis Pencetus Ummah Musim Ke-2

Apabila mengetahui berkenaan Pelayaran Islamik, ruby teruja ingin bersama mengikuti semua jadual acara yang pihak penganjur sediakan. Kerana barisan penceramah dan aktiviti yang dilakukan adalah memberi ilmu kepada kita sebagai umat Islam. Sebelum pelayaran islamik dimulakan, Kapal Star Cruise Libra akan di samak terlebih dahulu beberapa hari sebelum pelayaran bermula. Ruang ibadat dan ruang tazkirah yang disediakan di atas kapal bersih dan 100% kawasan itu adalah kepunyaan Pelayaran Islamik. Tiada non muslim akan berada di kawasan tersebut dengan berpakaian seksi atau pun tidak menutup aurat. Malah poster-poster yang mencolok mata akan diturunkan.

Pelayaran Islamik juga akan membawa sendiri chef dan chef tersebut akan menyediakan makanan HALAL untuk semua peserta selama 4 hari 3 malam. Aktiviti yang dilakukan bukan sahaja beribadat tetapi kita juga akan beramal di Phuket dan Krabi. Kita akan menziarah sekolah pondok di Phuket dan melawat masjid di Krabi. Jangan risau, jika anda ingin membeli-belah di Phuket dan Krabi, Pelayaran Islamik akan memberi masa kepada anda untuk shopping di Phuket Premium Outlet dimana kapal akan turunkan anda di Patong. Di Krabi pula kita akan ke Ao Nang.

Pelayaran Islamik

Harga yang ditawarkan amat berpatutan. Sebagai contoh, pakej RM 1,677 seorang. Anda akan mendapat bilik seperti gambar diatas dan Harga Pakej adalah bersih termasuk Cukai Pelabuhan & Surcharge. Harga Pakej juga Termasuk Lawatan & Program @ Phuket & Krabi. Anda juga akan menerima “door gift” dari pihak penganjur Pelayaran Islamik iaitu kompas arah kiblat, sejadah berkualiti tinggi, 2 helai t-shirt Pelayaran Islamik untuk dipakai semasa ke Krabi dan Phuket.

Pelayaran Islamik Pelayaran Islamik Pelayaran Islamik

Butiran Tentatif Program selama 4 hari 1 malam adalah seperti berikut

Hari Pertama – 1 FEBRUARI 2015 (AHAD) (Penang-Phuket)

6.30am Coach standby @ Luar Departure Hall (KL Sentral)
12.30pm Berkumpul di Port Star Cruise, Penang
Pendaftaran & Daftar Masuk
Penyerahan Sejadah,Kompas,Tasbih, Tag Leher & Tshirt
2.00-3.30pm Bacaan Doa Sesi Suai Kenal Ustaz bersama peserta @ Stardust Lounge
(Deck 5)
4.00pm Safety Drill (Deck 5 & 6)
6.00-10.00pm Makan Malam BBQ @ Deck 9
Menikmati Sunset serta santai
Solat Maghrib & Isya’ berjemaah(Surau Sementara) (Basketball Court –
Deck 6)
8.30-11.00pm Photo Session & Night Market (Trek Joging – Deck 6)
Bersantai (Aktiviti Sendiri)

Hari Kedua – 2 FEBRUARI 2015 (ISNIN) (Phuket)

5.30am Qiyamulail @ Deck 9
6.35am Solat Subuh berjemaah (Deck 9)
Tazkirah subuh (Sambil Melihat Matahari Terbit)
7.15-9.00am Sarapan Pagi @ Mariners Restaurant (Deck 9)
8.00-9.00am Aktiviti Cruise (Kelas Memasak / Menghias Buah) (Deck 9)
9.30 -10.30am Kuliah Dhuha (Ceramah Agama) @ Stardust (Deck 5)
12.00pm Makan Tengahari @ Mariners Restaurant (Deck 9)
1.00pm Berkumpul @ Stardust Lounge (Deck 5)
1.30pm Lawatan Ke Sekolah Pondok @ Phuket, Solat Zohor & Asar(Jama’),
Minum Petang,
Lawatan ke Premium Outlet Phuket (POP)
Bertolak ke Jetty Star Cruise, Membeli belah @ Patong Jetty(Makan Malam
diluar jika tidak pulang sebelum 6pm-Sendiri)
11.00pm(Malaysian
time)
Bertolak balik ke Cruise (10.00pm Thai)
(Solat Maghrib & Isya’ sendiri)
Santai & Rehat

Hari Ketiga – 3 FEBRUARI 2015 (SELASA) (Krabi)

5.30am Qiyamulail @ Deck 9
6.33am Solat Subuh berjemaah (Deck 9) (Qiyamulail Ust Miril)
Tazkirah subuh (Sambil Melihat Matahari Terbit)
7.15-8.30am Sarapan Pagi @ Mariners Restaurant (Deck 9)
8.30am Berkumpul @ Stardust Lounge (Deck 5)
Lawatan sekitar Krabi
Bertolak ke Masjid @ Krabi untuk Ceramah Perdana
10.15pm Bacaan Al Quran oleh Tahfiz
10.30pm Ceramah Perdana di Masjid @ Krabi
11.30am Makan Tengahari disediakan (Kenduri Rakyat)
Persembahan dari Krabi
Zohor & Asar (Jama’) @ Masjid
1.30-4.00pm Membeli belah @ Aonang Beach
Kembali ke Cruise
7.30pm Solat Maghrib & Isya’ berjemaah @ Deck 10
8.00pm Makan Malam Kesyukuran @ Deck 9 (Istimewa & tertutup hanya untuk peserta
program)
Zikir & Selawat (TBA)
Permainan Pentas
Pertunjukan Silap Mata
Cabutan Bertuah
Majlis Penyampaian Sumbangan
Sesi Bergambar
10.30pm Bersantai (Aktiviti Sendiri)
Rehat

Hari Keempat – 4 FEBRUARI 2015 (RABU) (Krabi-Penang)

5.30am Qiyamulail @ Deck 9
6.17am Solat Subuh berjemaah (Deck 9) (Qiyamulail Imam Muda Miril)
Tazkirah subuh (Sambil Melihat Matahari Terbit)
7.15-9.00am Sarapan Pagi @ Mariners Restaurant (Deck 9)
9.00am Pembayaran Bil Individu (Stardust Lounge) (Jika ada) (Deck 5)
Tuntutan Passport @ Stardust Lounge (Deck 5)
10.00-11.00am Daftar Keluar Cruise
Bersurai

Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut tentang siri Pelayaran Islamik, anda boleh lawati laman sesawang seperti berikut. Pelayaran Islamik adalah pelayaran yang mengumpulkan umat Islam. Bercuti sambil beribadat dengan pendekatan dakwah yang berbeza iaitu dimana-mana sahaja.

INTRATAMA TRAVEL CONSULTANT & TOURS (M) SDN BHD (631893-A) (KPL 4104)
No 2.08, Jalan Prima SG 1,
Prima Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
+603-6185 0010

www.pelayaranislamik.com

www.facebook.com/PelayaranIslamik

#pelayaranislamik

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

6 thoughts on “Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pelayaran Islamik

    Shazery Nasir

    (July 29, 2016 - 12:17 pm)

    wow. menarik ni. ada post update tentang admin pegi berlayar ke?

    Fendy

    (January 28, 2015 - 12:58 am)

    Tak dinafikan kita perlu mentaati perintah Allah di mana sahaja walaupun di atas laut. Boleh dikatakan Madrasah di atas laut lah ni.
    Fendy´s last blog post ..Malaysia Best Blog 2015My Profile

      Ruby

      (January 30, 2015 - 2:10 am)

      Salam Fendy, konsepnya berdakwah sambil bercuti. Hehehe. Ruby akan berlayar ahad ni. Ingin mencari diri. InsyaAllah akan tulis berkenaan trip ini selepas pulang. 🙂

    Shaima

    (January 19, 2015 - 4:16 pm)

    Tengok orang bersolat di kapal, feeling nya sangat lain..mesti terasa bunyi ombak n angin masa tu.. 😀
    Shaima´s last blog post ..Mula Memasak Lepas Tercabar Tengok MasterchefMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.