Perkembangan Adam 12.0

Alhamdulillah dah 12 bulan dah anak ibu. Ini bermaknan Adam dah 1 tahun! Hehehe. Perkembangan Adam masa usia 12 bulan ni agak mencabar bagi ruby. Jom baca perkembangan Adam 12.0 ni. Hehehe.

Bulan Disember kebiasaanya ruby buat kerja tutup report untuk blog ni. Yelah tahun 2014 ni memang banyak sangat kerja. Bila dah ada anak, baru ruby nampak hala tuju kehidupan. Kalau dulu kumpul duit untuk bayar bil dan beli barang keperluan lain. Sekarang ruby dah tahu menabung. Hahaha.

Jika orang cakap mereka boleh menabung masa bujang, bagi ruby memang tidak lah. Bila dah kahwin dan ada anak, rasa menabung tu wajib. Bukan main-main lagi. Hehehe. Nak menabung camana pula? Kena lah usaha bekerja. InsyaAllah ada rezeki job advertorial. Rajin dan usaha. Jangan malas!

Adam dah sambut hari lahir dia pada 12 Januari 2015 yang lalu. Tapi ibu dia baru nak kemaskini kisah umur 12 bulan dia. Hehehe.

Ertikata umur 12 bulan ni adalah umur ikot tarikh lahir Adam. Kalau yang sebetulnya dia umur 10 bulan. Adam ada 3 tarikh lahir. Tarikh lahir ibu bersalinkan Adam 12 Januari 2014, Tarikh lahir kalendar Hijrah 10 RabiulAwal 1435, Tarikh Lahir Ikut Ramalan Doktor setelah 40 minggu hamil adalah 9 March 2014. Hehehe.

Masa umur 12 bulan ni perkara paling ruby ingat dan resah adalah Adam demam. Suhu 40.1 darjah celcius. Panas betul. Tidur meragam, menyusu meragam, semua jadi tak kena. Sebagai ibu bapa kami usahakan bertanya saudara mara apa perlu buat. Google simptom demam Adam ni dan bawa ke klinik Idzham. Kemudian ke Hospital Selayang 2 kali. Risau sangat.

Dalam sebulan ni Adam selsema selepas terdedah dengan asap rokok. Selsema bayi ni susah nak keluarkan mukus dia. Ruby direct je sedut hingus dari hidung Adam. Ayah Adam gigih guna penyedut hingus pigeon tu. Hahaha. Katanya geli. Hurmmmm. Lepas tu pergi klinik Idzham untuk ambil NEB. Adam tak nangis pun. Malah dia rasa segar je lubang hidung dia mudah bernafas.

image

Dah baik selsema, minggu seterusnya Adam demam yang suhu 40.1 darjah celcius tu. Ya Allah jenuh tuam dia dengan tuala basah. Pakaikan pampers aje dan tanggal baju. Mandikan dia dengan air sejuk. Tampal Cool Fever. Lepas tu pergi hospital selayang, doktor cakap selagi Adam aktif tiada apa-apa masalah. Then doktor bagi ubat demam je.

image

image

Selang beberapa hari badan Adam ada keluar bintik-bintik merah. Ah sudah kenapa pula ni. Takkan Adam kena Chickenpox tu. Bergegas ke Hospital Selayang dan doktor cakap merah-merah ni keluar bila demam nak baik. Ohhhhhhh. Lepas tu doktor bagi Calamine Lotion untuk sapu nipis kat kulit Adam.

image

Tahu bila Adam baik demam? Elok pada 12 Jan 2015 pada hari lahir dia. Kemudian tahu apa yang ruby nampak kat badan dia? Ruby nampak gigi sebatang keluar dibahagian bawah gusi. Subhanallah Adam. Hehehe.

image

Doakan kesihatan Adam baik-baik ya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Nanti ruby update cerita kejutan hari lahir Adam.

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Perkembangan Adam 12.0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.