Pizza San Francisco Kota Damansara

Citarasa Itali dan Oriental Asia di Pizza San Francisco Kota Damansara.? Kebiasaannya jika ke restoran yang menawarkan menu makanan barat, pasti kita tidak boleh mevariasikan rasa yang kita ingin kan kerana di menu sudah tertera tahap pedas dan isi kandungan makanan tersebut. Ini adalah kali pertama ruby mencuba PSF. Jadi, tiap dari hidangan memberi keistimewaan berbeza. Konsep restoran ini adalah, “eat what you want”!

Appetizer & Salad

Citarasa-Itali-Dan-Oriental-Asia-Di-Pizza-Sans-Francisco-Kota-Damansara-4
Caesar Salad – RM 11.90

Citarasa-Itali-Dan-Oriental-Asia-Di-Pizza-Sans-Francisco-Kota-Damansara-5
Nachos Ayam Sour Cream + Avocado – RM 16.90

Soup & Bread

Citarasa-Itali-Dan-Oriental-Asia-Di-Pizza-Sans-Francisco-Kota-Damansara-7
Seafood Soup – RM 15.90

Seafood soup yang ruby pertama kali suka! Sedap tidak terkata. Biasanya kalau bau seafood ruby dah tolak mangkuk soup tu, tetapi ruby cuba yang ini! Dannnn ruby habis kan juga! Sotong segar, udang segar.

Citarasa-Itali-Dan-Oriental-Asia-Di-Pizza-Sans-Francisco-Kota-Damansara-8
Mushroom Bruschetta – RM 7.90

Hidangan ini sangat sedap! Adam pun boleh makan sebab tidak pedas. Sos dan cendawan melimpah-limpah.

Pizza San’s Francisco Special

Pizzaido

Pizzaido RM 21.90 (R) / RM 28.90 (L)

Inilah Pizzaido kegemaran rakyat Malaysia! Dikenali sebagai Pizza Cili Padi! Hahaha. Sekali tergigit menyengat! Tetapi memang sedap! Pertama kali cuba pizza dengan idea begini. Well done Chef!

Citarasa-Itali-Dan-Oriental-Asia-Di-Pizza-Sans-Francisco-Kota-Damansara-12

San Special RM 31.90 (besar)

San Special yang kami pesan ada juga terselit cili api. Sedap!

Chicken & Fish

Citarasa-Itali-Dan-Oriental-Asia-Di-Pizza-Sans-Francisco-Kota-Damansara-2
Santa Barbara – RM 27.90

Hidangan ini pada mulanya ruby ingat ia adalah Cordon Bleu, tetapi tidak! Hahaha. Kerana Cordon Bleu cheese dia tidak semeriah ini!

Citarasa-Itali-Dan-Oriental-Asia-Di-Pizza-Sans-Francisco-Kota-Damansara-3
Chicken Chop – RM 18.90

Chicken Chop di sini sangat sedap. Ruby ingatkan ayam yang frozen food tu, sekali haaa isi ayam yang disaluti tepung dan serbuk roti di goreng garing! Minyak juga tidak ada! Bagus kan?

Beef & Lamb

Citarasa-Itali-Dan-Oriental-Asia-Di-Pizza-Sans-Francisco-Kota-Damansara-1
Baked Lamb – RM 59.90

Daging di import dari negara New Zealand ini dimasak sempurna oleh Chef. Perapan yang sempurna membuatkan daging ini lazat malah dagingnya lembut! Anda boleh tarik tulang tersebut dan makan begitu sahaja!

Braised Lamb Shank

Braised Lamb Shank – RM 22.90 (small) RM 27.90 (Medium) RM 32.90 (Large)

Kambing yang diperap sempurna dan dimasak dengan sos. Siapa boleh menolak untuk sepinggan Lamb Shank?

Pasta

Citarasa-Itali-Dan-Oriental-Asia-Di-Pizza-Sans-Francisco-Kota-Damansara-11
Baked Fish – RM 17.90

Pasta kering begini memang kegemaran ruby. Dengan ikan yang diperap dan pasta yang well cooked. Anda wajib cuba!

Citarasa-Itali-Dan-Oriental-Asia-Di-Pizza-Sans-Francisco-Kota-Damansara-6
Cioppinno with seafood – RM 21.90

Ruby bukan penggemar makanan laut, tetapi bila makan Cioppino ni rasa nak tambah lagi. Hahahaha. Jika inginkan pasta ini dihidangkan bersama ikan juga ada. Cioppinno with fish RM 17.90 sahaja.

Dessert

Tiramisu

Tiramisu – RM 7.90

Kek Tiramisu ini berbeza dengan kedai bakery lain yang ruby cuba. Di sini terasa kepekatan kopinya dan rasa puas hati dapat makan kek lazat. Macam mak ruby cakap “tidak kedekut”. Ya tidak kedekut isi kandungan yang berkualiti.

Citarasa-Itali-Dan-Oriental-Asia-Di-Pizza-Sans-Francisco-Kota-Damansara-10
Crème Brûléé – RM 4.90

Bagi ruby, saiz Creme Brulee ini sangat besar. Harga amat berpatutan, ruby kongsi dengan suami. Hahaha.

Minuman

Citarasa-Itali-Dan-Oriental-Asia-Di-Pizza-Sans-Francisco-Kota-Damansara-9
Kiri Jus Kedondong RM 7.60 dan kanan Ice Kasturi RM 8.90

Seperti biasa, minuman kegemaran adalah Jus Kedondong, memang sedap dan menyegarkan. Manakala Ice Kasturi ini adalah campuran limau kasturi dan ais krim vanila. Tidak masam dan manis. Rasa masa limau kasturi ada, cuma bila dah campur dengan ais krim ia jadi sesuatu yang berbeza. Senang cerita ia sangat sedap! Hahaha.

P/S : Tiramisu, Pizzaido and Lamb Shank – Photo Courtesy from http://frogwhisper.blogspot.com/2015/01/pj-pizza-san-francisco-psf.html

Pada Jun 2001,  Pizza San Francisco telah membuka cawangan pertamanya di Taipan USJ. Kemudian diikuti cawangan Bangi, Wangsa Maju, Bukit Jelutong, Kota Damansara dan KL Festival City. Konsep restoran ini adalah Italian Food dan Oriental Asia Food. Mereka membawa dua konsep ini agar ia serasi dengan citarasa rakyat Malaysia yang gemar makan makanan barat. Jadi, satu usaha murni apabila pihak PSF ingin mevariasikan resepi dengan menambah beberapa isi kandungan makanan tempatan. Contohnya cili padi, manis, masam, pedas dan kepekatan sesuatu rasa makanan.

Sebagai contoh kek Tiramisu, ia menjadi kegemaran pelanggan Pizza San Francisco setelah Chef mengolah resepi dengan lebih baik! Menambah lagi kepekatan serbuk kopi. Perancangan akan datang pihak PSF, mereka plan ingin menambah cawangan di luar Lembah Klang. Mungkin selepas ini pihak PSF boleh fokus membuka cawangan di ibu negeri di Malaysia. Ipoh, Melaka, Kuantan, Penang, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor, Kuching, Sabah dan Pulau Langkawi.

Nama restoran ini adalah nama kota San Francisco yang diminati oleh pengusaha restoran, dan ia bukan francais dari mana-mana negara.

B1-1-1 Block 1 Jalan Teknologi 2/1C
Kota Damansara Signature Park, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya Selangor
Waktu Operasi : 12 PM – 10 PM
xoxo!
wpid-sign5-1.png.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

5 thoughts on “Pizza San Francisco Kota Damansara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.