Salon Muslimah Peekaboo The Curve

Cara sebutan Peekaboo adalah peek-a-boo. Hehehe. Ruby baru dua kali cuba perkhidmatan salon Peekaboo ni. Alhamdulillah so far ini yang terbaik dan akan jadi salon kegemaran ruby. Betul ke ada Salon Muslimah Peekaboo The Curve? Iya betul! Ada ada ada! Ceritanya begini. Pada 23 Jan 2014 ruby last minute kena cari salon rambut untuk suami. Untuk dia nampak segak apabila memakai tuxedo. Takkan la nak rambut serabai kan?

Jadi, ruby google salon yang berdekatan Damansara Perdana dan dapat la peek-a-boo cawangan The Curve!

image

image

image

image

image

Kan handsome kacak bergaya bila rambut dah potong dan style. Pekerja peek-a-boo yang uruskan suami ruby ni nama dia Sam. Sam tanya ruby nanti pakai baju apa dan cuba tunjuk gambar pakai tuxedo tu. Dia terus “ehhhhh, ni husband you ke?” “ehhhh” lepas tu kami gelak.

Yelah, Naim ni bab rambut mesti dia malas nak style. So, jalan mudah serahkan dekat Sam. Selesai je cuci, gunting dan style oleh Sam. Tetiba terus suami ni penuh confident jalan keluar dari Salon. Eh amboi, kemain terus naik keyakinan diri bila tengok diri tu handsome. Hahaha.

image

Cuci, Gunting, Style – RM 60

Kemudian pada 30 Jan 2015, Ruby pula pergi ke salon peek-a-boo The Curve. Nak cuci dan gunting. Sebab dah serabut rambut asyik kena tarik dengan si Adam. Kalau ikutkan rasa nak botakkan je. Tapi, nanti suami dan anak takut pula kan. Hahahaha.

Masa ke peek-a-boo ni, ruby tanya di kaunter “untuk muslimah ada room tak?” Staff yang bertugas cakap “ada, stylist pun perempuan” sambil senyum. Hehehe. Kemudian beliau bawa ruby ke bilik. Wahhhh curlasss bilik dia.

image

image

image

Cantik kan? Dalam bilik ini semua aktiviti cuci, gunting dan style dilakukan. Jika nak buat treatment pun mereka buat disini. Ini adalah “private room” untuk muslimah dari peek-a-boo. Stylist Ruby nama dia Evian Teh. Cantik rambut dia. Dia juga cadangkan Ruby gunting rambut paras mana dan siap buat ombak lagi kat rambut ni agar nampak style. Al maklumlah selain untuk elak Adam tarik rambut, dalam masa yang sama nak berhias untuk suami juga kan. Gitewww. Hehehe.

Cuci dan Gunting – RM 75

Jika anda mencari salon yang menawarkan servis tip top dengan harga berbaloi-baloi. Peek-a-boo lah salonnya! Selain dekat dengan IKEA. Anda boleh shopping di The Curve atau e@Curve atau IKANO atau ke Kidzania? Bagus kan lokasinya!

www.facebook.com/PeekabooMalaysia
www.instagram.com/peekaboomalaysia
www.peekaboo.com.my

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Salon Muslimah Peekaboo The Curve

    Ukhtys

    (May 5, 2016 - 3:56 am)

    Visit Ukhtys Lounge @ masjid Kota Damansara for your next hair cut are real Muslimah salon experience ya ?

    akubiomed

    (February 1, 2015 - 9:35 am)

    Masa bujang dahulu rajin pergi saloon untuk cuci rambut dan potong rambut. Best cuci rambut terasa kuku yang panjang mengaru kulit kepala. 🙂
    akubiomed´s last blog post ..weBoost mampu merangsang isyarat selular lemahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.