Sambut Ulangtahun Perkahwinan Di Novotel KLCC

Wah lama juga ruby kepam artikel sambut ulangtahun perkahwinan di Novotel KLCC ni. Bukannya apa, ruby tunggu semua setel. Yay video pun dah siap. Weehuuu. Tapi sebelum nak tunjuk video tuuuu. Nak suruh anda semua baca kejutan yang ruby buat untuk encik suami. Kahkahkahkah. Macam tak berapa menjadi je kejutan tu sebab ruby tak dapat lihat riak muka terkejut encik suami. Nak tanya anda semua juga, lelaki terkejut teruja macam mana ekspresi mereka??? Hahahahaha.

Walau apa pun, sebenarnya kejutan yang ruby buat ni berjaya la juga. Hehehe. Selepas selesai semua dan lepas mandi bunga, baru la sesi bersembang heart to heart gitu. Soalan pertama dari mulut ruby, “abang tak happy ke tadi?” Soalan berbunyi macam nak tanya ke tak ni kan? Boleh gaduh ni. Hahahaha. Encik suami pun dengan gigih bercerita dari A sampai Z macam mana dia punya perasaan. Macam mana ruby dan Novotel KLCC rancang supaya encik suami tidak menghidu apa-apa yang sedang berlaku.

Kononnya ada food review di hotel. Hahahahahahaha! Ruby gelak besar la kan, sebab master plan kan. Encik suami muka dah merah dah masa di ruang menunggu di lobi hotel. Siap whatsapp “Ayang kat mana? kenapa tak sampai-sampai lagi ni? Takda pon food review? kenapa abang sorang je ni?”. Nampak tak bertalu-talu soalan dia? Hahahahaa. Jawapan ruby “Kejap ye bang, jalan jem kat Jalan Tun Razak ni. :)”. Hahahaha. Nampak tak permainannya disitu. Wakakaka.

Apa yang ruby plan? Ruby plan nak makan malam romantis dihiasi dengan bunga rose. Sebuah kamar indah ada itik bentuk love. Superior Room ada katil saiz king. hahahaha. Kemudian sarapan pagi di hotel. Indah kan? Walaupun sehari sahaja, dapat juga berehat-rehat. Selain itu ruby nak hadiahkan kepada encik suami sebuah telefon pintar yang dia suka. Tak habis-habis dia sembang berkenaan Honor 6. Hari-hari dia bercerita. Jadi, mudah lah ruby nak belikan hadiah kan? Hahaha. Tapi, Honor 6 ni boleh beli secara dalam talian di vmall je. Gigih juga tunggu jam 11.55am untuk klik BUY! Hahahaha.

Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-4

Sebenarnya abang, Adam dah rasmikan telefon abang awal 1 bulan. Hahahahaha.

1 bulan ruby plan, buat perjumpaan untuk bincang bagaimana plan. Ruby guna khidmat Feeq untuk videographer. Nasib baik ada Feeq, dia yang banyak pinch idea. Orang dah biasa rakam video, mesti la dah bagus. Jadi, mudah sikit kerja ruby. Hehehehe. Masa perbincangan ni pun bawa Adam.

Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-3 Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-2

Masa ni berbincang bagaimana flow nak rakam video. Persediaan dan kemungkinan cuaca hujan? Lighting semua mana nak pacak. Elektrik soket di mana. Penyusunan kerusi meja nanti. Ruby nak menyorok kat mana? Kemudian menu makanan. Weehuuuu. hahaha.

Hari Kejadian… Jeng Jeng Jeng.. 10 November 2014

Ruby sebenarnya dah sampai di hotel sekitar jam 4.30 petang. Masa tu, panik tak ada lagi. Susun atur yang ruby, Puan Chin Sing, Feeq buat adalah pada jam 4.30 petang rakam video suasana bilik yang sudah dihias dan interview ruby. Kemudian selepas itu ke bahagian dapur hotel untuk rakam video Executive Sous Chef Huzaidy sedang membuat persiapan. Apabila encik suami telah tiba di lobi, kita lengahkan masa supaya jam 8 malam boleh mula. Hehehehe. Dah gelap elok la lilin tu kan. Kahkahkahkah. Bajet nak romantis sangat jadi lawak kelakar pula ruby rasa.

Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-12 Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-13 Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-11 Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-5 Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-6 Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-7 Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-8 Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-9 Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-16 Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-14 Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-15

Ni gambar semasa menyorok, masa ni tiba-tiba angin nervous menyapa. Tak duduk diam menyorok, mengintai lagi tu. Hahahaha. Bila dah encik suami sampai dan duduk, ruby rasa taknak keluar lagi. Nak biar dia tertunggu-tunggu lagi. Wakakakaka. Nakal sungguh. Memandangkan Adam dah tidur, bagi encik suami ambil nafas 15 minit. Hahahaha. Dari kejauhan nampak dia terpinga-pinga “kenapa aku seorang sahaja disini? mana food reviewnya? mana media lain? kenapa food review di swimming pool dan ada banyak bunga rose????” hahahahahahaha!

Bila encik suami nampak ruby, ruby tersengih-sengih la pergi salam cium tangan dan ucap “selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 30 tahun” hahahahaha! Tapi dia jawab “yelah, meh abang pegang Adam”. Lerrr itu je? Hurrmmmm.

Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-17 Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-18 Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-19

Selfie untuk kenang-kenangan. Hehehehehe.

Ini menu makanan kami pada malam itu. Sedap sangat! Executive Sous Chef Huzaidy ada tanya nak makan apa untuk main course, ruby cakap nak daging. Hehehehe. Sebab encik suami suka sangat makan daging! Daging masak kicap pun boleh juga Chef. Hahahaha.

Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-20 Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-21

Saat-saat yang ditunggu, masa buka hadiah. Hehehehehe.

Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-22 Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-23 Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-24 Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-25 Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-26
Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-27

Terima kasih Executive Sous Chef Huzaidy. Mission accomplished! Hehehe.

Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-29 Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-30

Bilik kami dihiasi dengan bunga rose. Awww.. Siap dalam bath tub lagi. Ulangtahun perkahwinan kami bertiga. Adam rasmikan. Permandangan dari bilik kami adalah Pavilion KL. Encik suami kena masuk kerja di Mutiara Damansara, jadi sarapan dan terus pergi kerja. Ruby dan Adam continue kroh kroh kroh. Penat plan semalam pun tak habis lagi. Kita rehat dulu. Hahaha.

Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-31 Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-32

Terima kasih banyak-banyak kepada Puan Chin Sing dan pihak pengurusan Novotel KLCC. Pengalaman ini ruby simpan sampai bila-bila dan terima kasih kena merialisasikan prank ruby. Susah payah pihak hotel jayakan plan nak bunga la, nak buat fake food review la, nak dinner jam 8pm la, nak makan daging la,  nak bilik wangi la. Awww. Terima kasih banyak-banyak Novotel KLCC.

Nak tahu bagaimana ekspresi muka encik suami dan gigihnya pihak pengurusan Novotel KLCC, sila tonton video ini. Hehehe.
Kejutan-Ulangtahun-Perkahwinan-Di-Novotel-KLCC-34

Jika anda juga ingin melakukan perkara yang sama untuk suami atau isteri anda. Hubungi pihak Novotel KLCC! Mereka sedia membantu anda! Effort mereka bagi 100%! Ruby sangat terharu! Pakej ini juga amat berpatutan!

Novotel KLCC

Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

+60 3-2147 0888

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

16 thoughts on “Sambut Ulangtahun Perkahwinan Di Novotel KLCC

    Shaima

    (January 26, 2015 - 8:57 am)

    I’m scrolling and reading and keep on saying ‘aww….’ ‘oh my god!!’ dan ‘sweetnya’..

    it’s beautiful with the right elements (especially part belikan en.hubby gadget2 nih).haha

    will get the idea for my own 5th anniversary this year (Nov gak) ^^v
    Shaima´s last blog post ..Mula Memasak Lepas Tercabar Tengok MasterchefMy Profile

      Ruby

      (January 30, 2015 - 2:33 am)

      Hehehehe. Terima kasih. Malu sebenarnya nak rekod video. Tapi untuk kenangan apa salahnya kan. 🙂

    HASYANAURAH

    (January 18, 2015 - 10:54 am)

    teringinnnnnnn gak giniiii

      Ruby

      (January 30, 2015 - 2:50 am)

      Jom rancang untuk hujung tahun 2015? Hahaha.

    Imran

    (January 17, 2015 - 6:53 pm)

    Tahniah semoga bahagia selalu
    Imran´s last blog post ..Sebab tak boleh tidur malamMy Profile

      Ruby

      (January 30, 2015 - 3:01 am)

      Amin, Alhamdulillah. Terima kasih. 🙂

    Mawardiyunus

    (January 17, 2015 - 3:12 am)

    Waaa. Kita plak tetiba teruja
    Mawardiyunus´s last blog post ..HARGA PASSPORT TERKINI 2015My Profile

      Ruby

      (January 30, 2015 - 3:11 am)

      Heheheeh Madi. Awwwwwww..

    kak mieja

    (January 16, 2015 - 6:02 pm)

    tahniah ruby & hubby, moga kekal hingga ke jannah:)

      Ruby

      (January 30, 2015 - 3:12 am)

      Terima kasih kak. Amin. InsyaAllah.

    akubiomed

    (January 16, 2015 - 5:30 pm)

    Encik Saiful macam control jer. 🙂
    akubiomed´s last blog post ..Jemputan makan malam bersama Person Edge sempena tahun 2015My Profile

      Ruby

      (January 30, 2015 - 3:13 am)

      Itulah lelaki. Atau memang dia sebegitu? Hahahaha.

    sal

    (January 16, 2015 - 4:54 pm)

    Tetiba sebak lak nonton…Tahniah Ruby…moga jodoh hingga ke akhir hayat…amin.

      Ruby

      (January 30, 2015 - 3:19 am)

      Kak Sal, ruby pun sebak. Huwaaaaaaaaa

    zuriey

    (January 16, 2015 - 4:47 pm)

    wah bestnya dengan bunga2 bertaburan.. romantik u alls.

      Ruby

      (January 30, 2015 - 3:19 am)

      Zuriey, awwwwwww…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.