Suntikan MMR Wajib Untuk Bayi 1 Tahun

Suntikan MMR sering ruby dengar dan ada juga ibu bapa yang tidak mengambil vaksin ini. Walau apa pun ruby nak yang terbaik untuk Adam. Jadi, ruby hanya ikut jadual yabg diberikan oleh Kementerian Kesihatan. Baru ruby tahu bahawa suntikan MMR wajib untuk bayi 1 tahun!

Sebab ruby ada terlepas tarikh temujanji bulanan Adam. Sampai la Nurse KKIA yang hubungi ruby. Nurse tanya “puan, dah lama puan tidak datang KKIA, anak puan sihat? Sekarang umur Adam berapa ya?” Ruby jawab “Ha’ah saya terlupa temujanji tu, Adam dah genap 1 tahun bulan ni.. Nurse boleh buatkan tarikh temujanji baru?”. Nurse pun jawab “boleh tapi jumaat ni ya. Jam 8 pagi”. Sepantas kilat ruby jawab “okay”.

image

Jadi, hari ini ruby pergi KKIA untuk dapatkan suntikan MMR 1 tahun Adam. Nurse terangkan apa fungsi suntikan MMR. Measles (Demam campak), Mumps (beguk) dan Rubella ( rubela) adalah 3 penyakit yang mudah berjangkit. Kemudian nurse tanya dekat ruby sama ada “Adam alah kepada telur tak?” Ruby cakap “Adam tak makan telur banyak lagi, sikit-sikit ada la dia makan. Tapi tak nampak pula merah-merah dekat kulit dia. Mungkin Adam tidak alergik dengan telur kot Nurse?”

Jadi boleh dapatkan suntikan MMR hari ni di bilik nombor 1 setelah timbang berat,  panjang dan ukur lilit kepala Adam. Bila di bilik nombor 1 ada pula bayi umur 18 bulan ambil suntikan. Dia menangis kuat-kuat. Ruby cuba elakkan Adam dari tengok, sebab bayi ni macam ada satu telepati signal yang akan membuatkan bayi lain menangis juga. Ibu-ibu perasan tak keadaan tu? Hehehe. Jadi ruby pun sebolehnya tak bagi Adam tengok. Hahaha.

Bila sesi Adam, nurse ajar cara duduk kan Adam dan pegang kepala dan tangan. Agar bayi tak bergerak masa jarum masuk. Nurse pun manusia biasa. Mesti mereka kesian tengok bayi nangis-nangis. Jadi, ruby sebagai ibu kena la tenangkan anak dan bagi Adam selesa di pangkuan ibu. Hahaha.

Alhamdulillah Adam tidak meronta. Dia hanya tengok mata ruby dan tertanya-tanya kenapa kena duduk macam ni? Hahahaha. Kemudian dah selesai, ruby diberi ubat demam. Andai kata Adam demam, boleh la makan ubat tu.

image

Lepas selesai di KKIA ruby mandikan Adam dan bagi dia makan. Dia meronta-ronta nak apa pun ruby tak tahu. Asyik nangis. Sakit ke apa ke. Cek suhu takda apa-apa. Ruby ambil dia dan dukung. Rupanya nak tidur! Oh ya pagi ni keluar ke KKIA jam 7pagi waktu Adam tidur. Jadi, bila dia balik nak sambung tidur le tu. Adam tidur dari jam 12 tengahari sampai le sekarang dah 3 petang belum bangun lagi. Penat sangat gamaknya.

Untuk ilmu berkenaan suntikan MMR, anda boleh baca di blog doktor budak. Bagus penerangan yang mereka bagi.

http://www.doktorbudak.com/2013/09/15/adakah-vaksin-mmr-selamat/

Doakan Adam membesar dengan baik dan sihat selalu.

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Suntikan MMR Wajib Untuk Bayi 1 Tahun

    Najwa

    (January 5, 2017 - 10:05 pm)

    Salam sis ruby..nak tanya lah..ari 2 anak cucuk mmr di lengan atau di paha..

    dahayu

    (September 30, 2015 - 2:39 pm)

    asalamualaikum.. hi ruby… 1st time masuk blog ruby. saya baru lepas masuk blog doctor budak tadi. jumpa pulak blog ruby. saya mempunyai seorang anak (sulung) autisme. sebagai ibu bapa siapa yang tak risau kan.. tawakal dan serahkan semuanya kepada Allah. saya pernah terfikir untuk tidak ambil mmr untuk anak ke 2. sehingga hari ni umurnya 1tahun 10 hari. baru tadi nurse call minta ke kk minggu depan. runsing hati Allah saja yang tahu. doakan semoga anak ke 2 saya sihat boleh menjaga abangnya ya…
    dahayu´s last blog post ..Masa bersama anak-anakMy Profile

    akubiomed

    (February 1, 2015 - 9:30 am)

    Ibubapa perlu prihatin jadual berkala suntikan imunisasi anak-anak demi kesihatan anak-anak pada masa hadapan.
    akubiomed´s last blog post ..Projek restore basikal BMX finalMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.