Teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta

Sepatutnya hari ini ruby bersama #kelabbloggerbenashaari akan ke Istana Budaya untuk menonton Tayangan Perdana Teater Teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta. Tetapi disebabkan ada perkara lain perlu diselesaikan, Ruby terkocoh-kocoh dan akhirnya lupa tentang teater ini. Aduyai. Tetapi tidak mengapa, wakil rakan blogger turut hadir. Ben, Fatin, Angah, Ida, Yaya dan Nadia.

Mereka kata teater ni sesuai sangat bersempena Maulidur Rasul. Kisah Nabi Muhammad S.A.W diangkat dalam teater ini sangat bagus sekali. Dari baginda dilahirkan sehinggalah wafatnya baginda. Penonton juga hiba dengan kisah baginda sehingga mereka minitiskan air mata. Sebagai umat islam, kita tahu kisah baginda. Susah payah perjalanan hidup baginda demi memperjuangkan agama yang satu iaitu agama Islam. Dakwah baginda yang tidak kenal jerih perih. InsyaAllah ruby akan menonton teater ini pada 7 Januari 2014.

image

A photo posted by Budiey (@budiey) on

Teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta

Berikut adalah informasi berkenaan Teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta :

Amazon Entertainment dengan kerjasama Istana Budaya membangkitkan semula SIRAH JUNJUNGAN yang pentas di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada tahun 2008 dan 2009, bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati kelahiran Junjungan Besar RASULULLAH MUHAMMAD S.A.W.

Dengan barisan pencinta seni seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Tegar, Datin Sri Umie Aida, Remy Ishak, Beto Kusyairy, Elly Suryati, Dato Rahim Razali, Shiha, Sahronizam, Jessie Lim dan ramai lagi, pementasan drama muzikal tahun ini dibawakan pada 3 hingga 6 Januari 2015.

Tajuk : Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta
Tarikh : 3 Hingga 6 Januari 2015
Waktu : 8.30 Malam
Lokasi : Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Penerbit : Amazon Entertainment Productions Sdn Bhd

SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan sebuah drama muzikal riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W dari kelahiran sehinggalah kewafatan baginda diiringi selingan lagu- lagu kisah Nabi dan Selawat.

SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan satu-satunya produksi pementasan teater Islam yang pertama di Asia Tenggara yang akan memaparkan sejarah hidup Rasulullah S.A.W bersempena menyambut MaulidurRasul. Malah skrip dan konsep persembahan ini telah pun diluluskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain membariskan nama-nama besar industry seni tempatan dan Indonesia, SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA menggabungkan 20 orang pelakon utama, 80 orang pelakon tambahan, 15 orang pemuzik yang akan bermain secara ‘live’ dan 6 orang penyanyi latar. Set dan props pentas pementasan ini akan mengikut keadaan sezaman yang terdiri dari 12 set pentas dan 20 jenis props.

ARTIS DAN TARIKH PERSEMBAHAN:

3 & 4 Jan : Dato Siti Nurhaliza
5 Jan : Awie
6 Jan : Amy Search
7 Jan : Semua artis terlibat sempena malam amal sumbangan mangsa-mangsa banjir

• Pada 7 Januari 2015, mulai pukul 2 petang, orang ramai boleh datang ke Istana Budaya bagi pengumpulan makanan kering, pampers, selimut, wangtunai atau barangan-barangan keperluan buat mangsa banjir. Artis-artis seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search dan ErraFazira akan terlibat dalam inisiatif pengumpulan barang-barang ini.

• Untuk hasil jualan tiket dari 3 hingga 6 Januari 2015, sebahagian hasil akan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir ini dan pada 7 Januari 2015 kesemua hasil jualan tiket akan diserahkan kepada mereka.

SINOPSIS SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA

Dalam pada kerosakan dan kejahiliahan kaum Quraisy lahir bayi yang amat molai rupawan, bayi inilah yang menjadi cahaya menerangi gelitanya kesesatan. Di saat bayi ini dilahirkan, tangisannya menyebabkan dinding Istana Kisra retak dan beberapa menaranya runtuh. Api di kuil Parsi padam. Air di tasik sawah menjadi kering. Berhala-berhala di sekeliling Kaabah tumbang. Bayi yang kelak menjadi perkasa, mengukuhkan empat tembok tinggi kisah.

Dalam masa yang cukup singkat, Baginda Berjaya dengan cemerlang untuk membentuk Madinah menjadi Daulah Islamiyah yang bertamadun tinggi. Tidak pernah rugi bagi seorang yang beriman, diberi nikmat dia bersyukur maka syukur menjadi kebaikan. Diberi ujian dia bersabar maka sabar menjadi kebaikan.

Perjalanan untuk menunaikan kewajipan yang pasti penuh dengan pengorbanan tetapi tidak pernah ada kerugian bagi orang-orang yang mahu berkorban ke jalan yang diredhai Allah S.W.T

PENJUALAN TIKET UNTUK SIRAH RASULULLAH TAHAJUD CINTA

Tiket tiket untuk menyaksikan drama muzikal SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA pada 3 hingga 6 Januari ini telah mula dijual sejak 26 Disember 2014. Harga tiket adalah seperti berikut :

RM 53.00 |RM 103.00 |RM 153.00 |RM 203.00 |RM 253.00 |RM 403.00 |

Untuk tempahan secara online : www.airasia.redtix.com

Informasi ini ruby ambil dari blog abang budiey.

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

P/S : Artikel ini dikemaskini menggunakan Sony Xperia Z3.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.