Tips Pakai Heels Dan Penjagaan

Kenapa tetiba nak update blog tips pakai heels dan penjagaan? Sebabnya ruby dah kembali pakai heels 5 inch ni. Wakakaka. Masa hamil sehinggalah Adam dah umur 1 tahun, mana ada ruby pakai heels. Bila ada event Party Of The Century, ruby gigih buka gobok kasut heels. Banyak sangat dan sayang sangat-sangat.

Ruby bab heels ni kan takda la pro sangat. Tapi ini berdasarkan pengalaman. Masa mula-mula dulu memang merana la kaki tu. Tapi dah praktis selalu, jadi dah pandai.

image

1. Heels Bukan Untuk Lebih 3 Jam
Ya betul, penggunaan heels ni tak boleh lebih dari tiga jam. At least anda rehatkan kaki dengan duduk or lunjur kaki. Tapi, takkan la nak lepak dekat starbucks buka heels dan melunjur kaki? Masuk cafe kemain cantik, sekali buka kasut pula. Adui. Hahahaha.

2. Sentiasa bawa selipar nipis sebagai back up.
Inilah fungsi selipar atau kasut flats ke. Tak pun beli kasut jenama FIQS tu, kecik cenonet je lipat kasut. So bila nak tukar kasut, masuk rest room / toilet. Lepas tu baru ke starbucks. Hahaha. Melunjur la puas-puas.

3. Shoes Bag kemana sahaja.
Kita tak tahu apa akan berlaku. Kadang 1 jam dengan heels pun rasa nak patah kaki. Jadi prepare bag untuk heels ya. Jangan ketara sangat anda bawa bag kasut tau.

4. Heels mesti simpan di dalam kotak atau bekas kasut.
Beli je bekas kasut ni kat DAISO. Murah je. Sebab persekitaran di Malaysia ni jenis yg berhabuk. Sekejap je heels dah berhabuk jika dibiarkan dekat rak kasut. Better semalaman selepas event anda biarkan heels dan esok pagi simpan dalam bekas kasut. Tahan lama heels tu bila dijaga rapi.

5. Material heels tidak sama dengan wedges
Kadang-kadang macam pro je boleh pilih kasut hanya dengan pilih-pilih aje dekat kedai. Anda pastikan material apa yg digunakan. Jika untuk wedges, ruby lebih suka full cover wedges dari material kulit. Manakala untuk heels bertutup pula ruby lebih suka dari kain baldu. Nampak seksi dan kemas. Heels juga selalunya jika kita tersalah pilih material akan mengakibatkan kaki melecet teruk.

6. Dimana sesuai pakai heels?
Kebanyakan yang pakai heels ni selalunya di red carpet, event dan ke office. Waktu ke pejabat dan balik pejabat anda akan tengok wanita bekerjaya ni dengan penampilan confident dan cantik. Tapi bila di kawasan meja kerja. Mereka hanya pakai selipar. Ruby masa kerja dulu mcm tu la. Hahaha. Kemudian jika ke event dan red carpet hanya bawah 3 jam je ruby pakai. Hehehe. Lepas tu ruby balik rumah. Dalam kereta ada lagi kasut dan selipar. Tukar selipar pula. Jadi boleh rehatkan kaki semasa memandu. Ada kalanya ruby nampak ada gegadis pakai heels masa di lokasi majlis perkahwinan ala-ala garden. Pijak rumput heels tenggelam dah. Check kemana destinasi anda dan baru pilih kasut atau heels atau wedges.

7. Heels beri keyakinan
Heels ni memang beri keyakinan kepada anda bila pakai. Sebabnya anda rasa tinggi. Bukannya rasa tinggi diri, cuma rasa keyakinan dengan penampilan diri.

8. Heels dari Jenama Bagus
Kadang kala kita takut nak cuba heels yang tinggi sebab tak pasti sama ada memerlukan ke tidak. Pilih heels dari jenama yang bagus. At least simpan sepasang di rumah. Jenama yang bagus sudah tentunya mahal. Tetapi ia menjaga kaki anda. Untuk permulaan, cuba heels dari jenama Jimmy Choo. Rasakan perbezaannya.

Jadi, jika anda peminat tegar heels dan suka kumpul heels. Jangan lupa jaga kesihatan kaki dan simpan ditempat yang sesuai heels anda.

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Tips Pakai Heels Dan Penjagaan

    akubiomed

    (January 25, 2015 - 11:09 pm)

    Kalau tak biasa pakai kasut tumit tinggi mahu tumit tersebut pipih diseret selalu.
    akubiomed´s last blog post ..Projek restore basikal BMX anakMy Profile

      Ruby

      (January 30, 2015 - 2:35 am)

      A’ah betul tu. Boleh jahanam kasut. Beli dah le mahal. Better jaga elok-elok. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.