Tonton Wayang Di Rumah Dengan BenQ Home Cinema

Tonton Wayang Di Rumah Dengan BenQ Home Cinema? Teringat dulu masa waktu zaman sekolah tonton filem baru semasa hari kantin. Hehehe. Cikgu benarkan kami gunakan projector untuk hari tersebut. Tetapi ketika itu gambar tidak cantik. Kabur dan bosan, sebab tonton di sekolah dengan ramainya orang. Kemudian ruby tonton filem di pawagam pula masa remaja, saat ini sangat annoying sebab orang sebelah ruby kebanyakannya suka gunakan telefon bimbit. Jika tidak berbunyi telefon tu, mereka akan gunakan henfon untuk sms. Lampu telefon bimbit juga mengganggu semasa menonton wayang!

Jadi bila dah berkeluarga pula nak menonton wayang dengan bayi kecil dan suami dah tidak selesa. Adam nak menyusu pun ruby kena sorok-sorok dan berharap dia tidak menangis di dalam panggung. Kemudian seleksi filem tidak epic macam ruby suka. Macam cerita magika ke kan. Sebab filem begini bunyi agak bising sebab sound effect berlawan perang-perang. Hahaha. Jadi selama setahun ni ruby kebanyakannya tonton cerita kartun dan animas. Huhuhuhu. Asalkan dapat menonoton wayang.

Baru-baru ini ruby berkesempatan untuk ketahui inovasi projektor terkini dari BenQ iaitu BenQ Home Cinema W1070+ dan W1080ST+. Menariknya disini adalah ia sesuai untuk kegunaan dirumah walau seluas mana ruang tamu anda. Anda boleh set segala fungsi jarak dan warna mengikut keselesaan mata anda.

BenQ Home Cinema

Pembekal dan peneraju produk digital gaya hidup dan projektor DLP global, BenQ memperkenalkan dua model baru dalam barisan projektor video rumahnya: W1070+ dan W1080ST+. Berikutan kejayaan syarikat tersebut dengan model semasa, pelancaran dua model baru generasi projektor video rumah ini disasarkan untuk menaikkan penguasaan pasaran BenQ kepada 12.6%* di dunia. Projektor video rumah W1070+ dan W1080ST+ didatangkan dengan pakej hiburan rumah penuh. Ia mengandungi kualiti imej dengan gred wayang, prestasi audio yang menakjubkan dan mudah dipasang, kedua-duanya boleh menukar mana- mana bilik kepada wayang rumah dengan pantas yang boleh dinikmati seisi keluarga.

BenQ Home Cinema

Dari kiri Grace Yang, Product Marketing Manager of BenQ Asia Pacific Corporation; Chaw Foo Hong, General Manager of BenQ Malaysia; Eason Lu, Product Marketing Manager,BenQ Asia Pacific Corporation dan Jin Lim a.k.a YouTube sensation JinnyBoy, bersama BenQ W1070+ and W1080ST+ Home Video Projectors.

“Kami lihat permintaan kukuh pasaran yang meningkat untuk projektor rumah HD Penuh. Sekarang, dengan penguasaan pasaran di seluruh dunia bagi segmen projektor 1080p,* kami mensasarkan untuk memenuhi permintaan dengan banyak lagi model baru yang akan masuk,” kata Chaw Foo Hong, Pengurus Besar BenQ Malaysia di majlis perlancaran projektor. “W1070+ dan W1080ST+ disasarkan kepada golongan ibu bapa usia muda yang mencari keseronokan dan cara mudah untuk berkongsi masa keluarga berkualiti dengan anak-anak mereka. Generasi baru projektor video rumah ini adalah  apa yang kami usahakan hasil kerja keras untuk menawarkan penyelesaian wayang rumah paling mudah kepada keluarga muda.” Demonstrasi projektor yang baru ini diadakan di ruang tamu, bilik panggung wayang serta bilik permainan, dalam sebuah “suasana rumah” yang disediakan khas untuk perlancaran produk ini.

BenQ Home Cinema  W1080ST+

BenQ Home Cinema W1080ST+ RM 4,299

BenQ Home Cinema W1070+

BenQ Home Cinema W1070+ RM 3,999

Warna Wayang Realiti untuk Pengalaman Tontonan yang Menakjubkan

Untuk pengalaman wayang yang benar-benar menakjubkan, BenQ melengkapkan W1070+ dan W1080ST+ dengan prestasi gambar “Cinema Color Reality”. Warna yang autentik dan hidup ini dijana dengan simulasi gamut REC. 709 dan penambahbaikan enam kali kelajuan, enam segmen warna RGB dan teknologi BrilliantColorTM. Tiada perincian yang akan terlepas dari mata anda dengan warna mendalam, warna hitam sejati dengan kontras asli yang tinggi yang akan meningkatkan kecerahan hasil 2200 ANSI lumen, DLP DarkChip3TM dan DMD. Kedua-dua W1070+ dan W1080ST+ dibina untuk menyokong projeksi 3D Full HD untuk memberi keajaiban ketika menikmati hiburan di rumah. Tambahan pula, ia disokong dengan pensijilan profesional ISFccc® daripada Imaging Science Foundation. Jadi anda mempunyai prestasi warna projektor yang memenuhi ciri custom untuk ruang anda.

Prestasi Audio yang Menggerakkan Anda

Selain hebat dalam prestai visual, projektor video rumah baru ini dibina berdasarkan pembesar suara 10W resonan chamber yang disesuaikan untuk mengikut jenis tontonan filem kegemaran, video atau muzik dengan kualiti audio yang sangat jelas dan ton bass mendalam. Terdapat juga empat preset mod audio dan tetapan equalizer yang ada untuk mengoptimumkan mana- mana muzik yang dipilih.

BenQ Home Cinema

Projektor Mesra Pengguna yang Mudah Dipasang dan Digunakan

Menetapkan projektor video rumah ini sangat mudah untuk sesiapa saja. Kedua-dua W1070+ dan W1080ST+ dilengkapkan dengan keupayaan sokongan ‘off-center’ untuk menempatkan projektor. Ia membenarkan  projektor diletakkan secara fleksibel di meja sisi berbanding meja kopi, yang boleh digunakan untuk meletakkan popcorn dan minuman. Untuk menetapkan projektor buat kali pertama, anda hanya perlu mengikut set-up wizard, yang akan memberi tunjuk ajar bagi proses setup dengan arahan berbentuk visual yang jelas dan rekaan mudah difahami.

Nikmat Wayang 100” Pada Jarak Dekat

W1080ST+ dibangunkan dengan teknologi dekat BenQ untuk menawarkan nikmat menonton wayang 100” pada jarak 1.5 meter, sementara W1070+ boleh menyediakan skrin 100” pada jarak 2.5 meter. Dilengkapi dengan keupayaan pancaran projektor jarak dekat, W1080ST+ sesuai untuk ruang yang kecil dan keupayaan permainan berasaskan pergerakan (motion-gesture) yang boleh ditempatkan berhampiran dengan skrin untuk mengelakkan bayang-bayang.

Dari Mudah Alih ke Hiburan Skrin Besar

W1070+ dan W1080ST+ telah sedia dengan MHL untuk memaksimumkan hiburan mudah alih. Dengan kabel MHL atau dongle MHL pihak ketiga, anda boleh strim kandungan digital ke dalam peralatan pintar yang menyokong MHL dan kemudiannya dipancarkan ke skrin besar secara ‘plug and play’.

3D HD Penuh; Cinema Color Reality; Teknologi Short-throw Technology; Side Projection, Pembesar Suara 10W Chamber. Tawaran khas untuk projektor video rumah juga kini didapati. Kedua-dua W1080ST+ dan W1070+ membolehkan anda memperoleh 2 pasang cermin mata 3D BenQ secara percuma. Tawaran khas ini sah di Malaysia menerusi rakan kongsi BenQ.

Dari fungsi yang disediakan oleh BenQ, Ruby rasa sudah tiba masanya untuk memiliki BenQ Home Cinema. Boleh baring-baring tonton wayang di rumah. Keluasan paparan pula 300 inchi lebar tinggi. Puas hati menonton dengan suami dan anak. Boleh menonton sambil buka sofa bed. Hahahahaha.

 www.facebook.com/BenQMalaysia

www.BenQ.com.my

#BenQHomeCinema

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 thoughts on “Tonton Wayang Di Rumah Dengan BenQ Home Cinema

    Rawlins GLAM

    (January 27, 2015 - 10:29 am)

    Kalau pasang nie, boleh la caj kawan2 yang datang ke rumah..
    Ala2 wayang gitew

      Ruby

      (January 30, 2015 - 2:18 am)

      Rawlins, memang patut cas. Sebab datang rumah bukan aje tengok filem tau. Pakej sekali dengan makan minum dan keselesaan bantal empokkkk. Hahahaha.

    akubiomed

    (January 26, 2015 - 1:17 pm)

    Puas hati kalau pasang diruang tamu. Barulah syiok menonton ala panggung diruang tamu.
    akubiomed´s last blog post ..Projek restore basikal BMX anakMy Profile

      Ruby

      (January 30, 2015 - 2:32 am)

      Tulah, best betul dapat tengok wayang dalam rumah sambil baring-baring bersama family kan. Kalah Gold Class. Hahaha. Makanan, minuman, blanket, air cond, toilet semua berdekatan. Mudah betul!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.