30 minit Front Outward Bersama Ergobaby 360

      7 Ulasan pada 30 minit Front Outward Bersama Ergobaby 360

Seronok bila ada bayi kan?. Waktu ni kita sebagai ibu bapa teruja untuk berkongsi semua pengalaman dan perjalanan kehidupan bersama si kecil. Dari bayi sampai umur 6 tahun, si kecil sangat teruja dengan apa sahaja perkara yang ibu bapa sedang lakukan. Waktu ini si kecil juga mengikut banyak perkara yang dilakukan oleh ibu atau bapa. Sebagai contoh bila ruby bersiap dan memakai kasut, Adam pasti merangkak laju-laju untuk ambil kasut dia di rak. Bila berjalan, ruby beli barang dapur atau pakaian mesti Adam excited nak tengok. Melihat gelagat Adam tiap kali begitu, ruby pun cuba 30 minit Front Outward bersama Ergobaby 360 Baby Carrier.

image

image

Posisi dihadapan seperti ini sesuai untuk bayi berusia 5 bulan hingga 12 bulan. Sekiranya kepala dan leher bayi dah kuat. Adam mula menggunakan posisi ini semasa umur dia 11 bulan. Jadi, bergantung kepada kekuatan badan bayi. Jangan pula ibu bapa beriya-iya nak bagi bayi front outward masa tulang lembut lagi tu. Itu memang sangat bahaya!!!!!!

Kebanyakan ibu bapa melenting yang Front Outward ini tidak bagus. Mungkin kerana baby carrier yang mereka miliki tidak begitu ergonomik atau mereka ada sejarah hitam kot. Bagi ruby, ruby akan beri sedikit ruang kepada Adam untuk merasai nikmat dunia. 30 minit front outward pun jadi la. Sebab bila dia dah tengok ramai manusia di pusat membeli-belah, Adam akan mengantuk dan tidur. Masa ini ruby akan tukar posisi inward pula. Jadi, Adam akan terus tidur lena sepanjang ruby membeli-belah.

Selain di tempat membeli-belah, Ruby akan pakaikan Adam front outward begini ketika travel. Contohnya di tepi pantai, taman rama-rama, kawasan bendang di kampung dan sewaktu tunggu train. Adam suka tengok gerabak keretapi dan kebiasaannya selepas dah kena angin laut, Adam akan lelap. Hehehe.

Jika anda tidak pasti nak beli baby carrier atau dah beli tetapi tidak pasti fungsi keseluruhan baby carrier. Sila semak kotak baby carrier anda. Macam Ergobaby Four Position 360 Baby Carrier ada maklumat terperinci di bahagian tepi kotak. Ini juga tips bila membeli mainan atau barang keperluan anak-anak. Sila jangan buang kotak bungkusan, agar anda mudah untuk rujuk pada masa akan datang.

Ruby dapatkan Ergobaby Four Position 360 Baby Carrier dari Bloom & Grow Asia. RM 689.00 sahaja. Pengedar utama Ergobaby adalah Bloom & Grow Asia.

facebook.com/bloomandgrowasia

xoxo!

7 comments on “30 minit Front Outward Bersama Ergobaby 360

  1. adyani ahmad

    Hi sis.. Interesting review.. Sis ada interest nak sewakan? Cuba cari org nak sewakan ergo 360 for travelling bln 1 ni tak jumpa dalam group baby wearing. In case sis sudi..

    Reply
  2. AZENI AHMAD

    Saya guna BOBA nye.
    Memang best dan selesa sangat.
    Dari dalam pantang hingga sekarang dah 15 bulan still lagi ok.
    Anak pun suka duk dalam tue.
    Selesa dan senang nak bagi tidur kalau pergi jalan-jalan

    Reply
    1. Ruby Post author

      Ruby ada bob wrap tu juga. sesuai untuk dari lahir sebab adam premature dan perlu kangaroo care. Tapi jenuh la lilit satu badan. Kalau nak slim, bob wrap tu best pakai. ketat je ikat. hehehe.

      Reply
        1. Ruby Post author

          hahahaha! berpeluh kak pakai lilit-lilit tu. kalau anak dah berat, fuhhh leh berpeluh nak melilit dan bila anak dah masuk terus lepas nafas panjang. mana-mana baby carrier ok je kak. boba ke brand tempatan ke. asalkan faktor keselamatan dan material di utamakan. ni dah pakai ergobaby 360 buckle je. senang. terus boleh keluar rumah. cuma.. bila dah bertambah berat ni. saya suka suh ayah dia pakai. ahhahahahaa.

          Reply
          1. AZENI AHMAD

            Hahaha.
            Saya kalau keluar memang ayah dia yang pikul pakaikan.
            Megah kalau nak bawa jalan2.
            So memang ayah dia selalu bawa.

            Yup asalkan material semua ok untuk keselamatan, pun dah bagus dah.
            Yang penting senang dan mudah mama dia nak shopping. Hahaha

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge