AmMetLife Dream For My Child, Impian Untuk Adam

      7 Comments on AmMetLife Dream For My Child, Impian Untuk Adam

AmMetLife Dream For My Child? Apakah impian ruby untuk adam? Kalau dah bergelar ibu bapa, masa ini adalah kita akan banyak berfikir. Tentang perkembangan anak, persediaan pendidikan untuk anak, persekitaran kehidupan untuk anak, Universiti untuk anak. Sebab.. Ruby sudah lalui waktu ketika semuanya susah untuk dikecapi. Terutama impian ruby sendiri. Jadi, Ruby ingin kongsikan impian Ruby untuk Adam. Artikel ini ruby rasa wajib untuk ruby kongsikan kepada pembaca blog ruby.my kerana kita sebagai manusia sering lupa untuk melaksanakan impian yang telah dirancang.

Sehinggalah ruby menonton video “Kisah Ayah saya” dari AmMetLife. Semua perancangan dan impian satu-persatu memenuhi ruang minda apabila melihat seorang bapa sanggup melakukan lebih dari satu pekerjaan untuk membahagiakan anak. Walaupun penat dan tidak cukup tidur, seorang bapa tetap akan berusaha memberi masa untuk anak perempuan dia. Dengan masalah tiada wang dan kerja tidak tetap. Makan pun sering ikat perut, tetapi masih memberi yang terbaik untuk anak. Situasi begini buat ruby sedih sangat.

 

Masa ruby kecil, Mak dan arwah abah sangat sibuk bekerja. Sebagai anak, apa yang ibu bapa kita lakukan sebagai kerja hakiki sememangnya kita tidak tahu. Sehinggalah pada darjah 4 baru ruby bertanya kepada abah dan mak “mak kerja apa ya? abah kerja apa? Cikgu suruh isi borang ini sendiri tetapi along tidak tahu nak tulis apa”. Masa tu baru ruby tahu abah bekerja sebagai kerani dan mak sebagai juruwang pada ketika itu. Tetapi untuk mereka membahagikan masa dengan anak-anak bagaimana pula? Mereka gigih berusaha dan akhirnya berjaya bekerja sendiri demi memberi lebih masa bersama keluarga dan demi pendidikan ruby dan adik-adik.

Jadi, untuk merealisasikan impian. Wang amat diperlukan. Bukan untuk bergelar orang kaya di dunia, tetapi untuk persiapan anak-anak. Ruby sudah lalui keadaan tidak mempunyai wang untuk sambung belajar dan tidak ada wang untuk beli pampers Adam. Gara-gara hanya bergantung kepada tarikh gaji. Seperti biasa tarikh gaji 25hb tetapi ikut pejabat yang kita bekerja ada suatu ketika yang mereka ada masalah diantara bank, jabatan akaun dan tandatangan orang atasan yang tidak sign cheque.

Gaya-Travel-Turns-10-Bagasta-7

Bila perkara tersebut telah berlaku lebih dari 10 kali, ruby terfikir “kenapa aku tidak menabung dan bersedia dengan kemungkinan yang akan datang?”. Buatnya masa Adam sekolah nanti cikgu nak suruh beli buku extra, cikgu suruh masuk persatuan pakaian seragam yang memerlukan wang tambahan untuk beli uniform atau kelas piano Adam mahal ke nanti. Rasa macam terduduk sangat, bila memikirkan pasal kewangan yang tidak pernah mencukupi. Sekarang ruby bekerja sebagai blogger dan suami sebagai engineer, kami pun tidak pasti sama ada boleh memberi segala keperluan untuk Adam.

a

#DreamForMyChild Impian Ruby untuk Adam sebenarnya ruby sudah rancang dari hari pertama ruby disahkan hamil. Tidak kira ia bayi perempuan atau lelaki. Ini adalah ruby dan suami inginkan. Kehadiran anak, membuatkan kami inginkan yang terbaik.

Umur 1 hari hingga 2 tahun – Ruby ingin susukan Adam secara esklusif. Masa ini ruby perlu jaga pemakanan dan mengambil suplimen untuk perbanyakkan susu ibu. Kos untuk makanan milk booster adalah RM 150 sebulan. Darab 2 tahun, RM 3600.

Genap umur Adam 2 tahun ibu ingin masukkan Adam ke tadika Brainy Bunch International Islamic Montessori yang memerlukan RM 8580 bayaran setahun. Di sini banyak perkara Adam boleh belajar, dari berkaitan agama Islam, bahasa Arab, aktiviti harian dan seterusnya belajar bahasa Mandarin.

Pendaftaran tahunan RM 600

Bayaran bulanan RM 530 x 12 = RM 6360

Bayaran Semester Pertama RM 520

Bayaran Semester Kedua RM 520

Bayaran Aktiviti RM 580

Total RM 8580

Kemudian umur adam 5 tahun ibu nak masukkan adam ke Tadika Cina. Boleh Adam belajar bercakap bahasa Mandarin dengan lebih kerap. Pada umur 7 tahun masuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina sampai lah tingkatan 5 iaitu umur 17 tahun. Setelah tamat Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina, Adam akan sambung belajar di universiti. Masa ini pasti banyak juga wang yang diperlukan. Mungkin Adam ambil jurusan kedoktoran? jurutera? undang-undang? akaun? pengurusan bisnes? Sebagai Ibu, Ruby akan bantu Adam untuk berjaya dalam kehidupan. Ini tanggungjawab Ruby. Anak adalah Amanah Allah s.w.t.

Tamat belajar, semoga dapat pekerjaan yang bagus ye Adam. Sediakan aset yang sewajarnya agar bila sudah berumahtangga tidak susah macam ibu dan ayah sekarang.

wpid-dsc_0016.jpg

Ini baru bab pendidikan, belum lagi bab persediaan kesihatan dan kos hospital? bab makanan? bab pakaian? bab beriadah nak bawa Adam bercuti? semua tu belum masuk lagi. Tetapi sebagai ibu bapa, kita tahu dengan pendidikan akan membawa kemana kita berada sekarang. Kan?

Inilah impian Ruby untuk Adam. Semoga ia terlaksana dan ruby menabung untuk merealisasikannya.

“Apakah impian anda untuk anak anda?” Cerita yang paling memberi inspirasi akan berpeluang memenangi 1 iPad Air 2 baru yang yang mempunyai aplikasi sokongan pendidikan untuk anak anda. Satu iPad seminggu dan keseluruhan adalah 10 iPad Air 2 untuk dihadiahkan. Kempen bermula dari 27 Januari hingga 3 April 2015.

#DreamForMyChild

www.dreamformychild.com/my/bahasa

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

7 comments on “AmMetLife Dream For My Child, Impian Untuk Adam

    1. Ruby Post author

      Mohd Ridzwan, ruby merancang, Allah s.w.t yang menentukan. Mungkin ada perubahan selepas melihat apa yang Adam minat dan apa yang Adam lebih sesuai ke. Kot masa sekolah dia minat olahraga, aduii kena bersukan pulakk. hahaha.

      Reply
  1. kak Anie

    Assalamualaikum Ruby.Kak Anie baru dalam dunia blogging.Salam perkenalan. Beruntungla Adam sebab mempunyai ibu bapa yang sudah ada planning untuk masa depan nya.Alhamdullilah.apa pun pendapat kak Anie pastikan juga Adam mendapat pendidikan dan pendedahan ugama yang secukup nya dari umur yang awal…agar Adam menjadi anak yang soleh berjaya dunia dan akhirat.aamiin
    kak Anie´s last blog post ..Persahabatan Hingga ke JannahMy Profile

    Reply
    1. Ruby Post author

      Kak Anie, ya memang pendidikan agama dari rumah yang ruby terapkan. Cuma untuk pendidikan yang duniawi ni mak ai mahal benorrrrrrr. Lagi pula tadika ada kelas tahfiz juga. Masa sekolah rendah dan menengah belajar bahasa arab. Kot nak masuk Al-Azhar ke senang Adam dekat sana. Amin..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge