Bayi Takut Bila Ibu Bapa Tinggikan Suara

Ada satu masa tu, ruby terperanjat lipas lalu. Menjerit sekuat hati dan ketika itu Adam sedang bermain LEGO. Dia punya takut sampai panggil Mama, Mama, Mama, Mama sambil datang dekat ruby. Pada mulanya ruby ingatkan Adam pun takut lipas ke. Ada lipas dekat sekitar dia juga ke. Hahaha. Kemudian Adam datang dekat ruby, gaya dia macam “protector”. Peluk ruby kuat-kuat. Baru ruby tahu bayi takut bila Ibu Bapa tinggikan suara.

image

Bila Adam dengar suara terjerit macam tu, terus dia panggil mama dan peluk. Supaya kita stop dari terkejut dan menjerit lagi. Moment yang tidak akan ruby lupakan. Harap-harap sampai bila-bila Adam jaga ibu macam tu tau. Jangan bagi ibu marah atau bertekak dengan ayah ye. Sentiasa ingatkan ibu tau sayang. Hehehe.

Bila bayi dah mula usia 1 tahun, perjalanan dia sangat menyeronokkan. Sebab dia mula faham dengan persekitaran dan orang sekeliling. Tambahan Adam bukan jenis banyak songeh, ruby bersyukur dia jadi peneman ruby. Kemana aje, menemani ibu. Kadang bila dengar orang bergaduh atau jiran bergaduh, dia duk sebelah ruby dan peluk. Mama mama mama dan ajak ruby main sama-sama LEGO dia.

image

Adam ni mengajar ruby lebih sabar dan ignore perkara yang tidak mendatangkan faedah. Suka peluk Adam, tengok dia senyum, dengar apa yang dia bebelkan.

image

Semoga Adam terus membesar sihat dan jadi anak yang soleh.

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Bayi Takut Bila Ibu Bapa Tinggikan Suara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.