Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash

Khasiat manjakani sangat bagus. Ruby tahu khasiatnya semasa berpantang tahun lepas. Mak bawa balik buah manjakani kering yang di beli dari kedai bunga tepi jalan. Kebiasaannya di jual oleh makcik berbangsa India. 3 biji RM 1. Mak tumbuk halus manjakani dan bagi kat ruby untuk sapukan di bahagian miss v. Seram nak sapu. Hahaha. Sekarang dah tidak perlu susah-susah sebab ruby gunakan Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash.

image

image

Inilah manjakani. Kita di Malaysia panggil Manjakani, tetapi di negara India panggil Majuphal.

Kajian saintifik menunjukkan ciri-ciri antiseptik semulajadi yang berkesan dalam menghapuskan bakteria dan kulat yang menjadi punca utama kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan di kawasan miss v.

Diantara kebaikan pengamalan buah manjakani adalah mengecutkan tisu-tisu miss v selepas bersalin, menghilangkan kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan, membantu melambatkan penuaan, meningkatkan tenaga dalaman dan mengembalikan keintiman.

Selain itu penggunaan manjakani turut digunakan untuk perubatan kanser dan ulser bahagian luar dan dalaman badan.

Okay berbalik kepada Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash. Ruby telah gunakan selama 1 bulan selepas tidak selesa dengan jenama hygiene wash sebelum ini. Pada asalnya tertanya-tanya apakah penyebab kegatalan dan tidak selesa miss v. Adakah disebabkan tuala wanita. Jadi ruby tukar tuala wanita beberapa kali. Dalam 5 bulan ni memang bertukar-tukar jenama tuala wanita. Tapi masih tidak selesa.

Dalam masa yang sama bertukar-tukar hygiene wash juga untuk tahu punca ketidakselesaan ni. Gatal dan mengenyam tak tahan. Ruby siap bawa hygiene wash dalam bag tangan. Kemudian cuba Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash, dalam sehari dah rasa perbezaannya. Sebab hanya yang mengalami je boleh tahu perubahan.

Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash diberi oleh rakan blogger untuk ruby cuba. Ruby tak bagi tahu pun masalah ruby. Dia bagi november 2014, ruby guna februari 2015. Nampak tak betapa acuh tak acuh nak menggunakan produk Cosmoderm? Bila dah cuba, terus melekat nak guna.

image

Ruby pakai Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash saiz 100ML. Guna sedikit je, dah mampu membersihkan seluruh miss v. Cecair Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash tiada bau pun, tetapi bila dah bilas, tetuba bau tangan wangi pula. Hahaha. Selesa betul.

Cara menggunakan Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash.

1. Tuang sedikit Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash.

image

2. Campurkan Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash dengan air.

image

3. Ramas-ramas agar jadi seperti gambar dibawah dan terus cuci miss v anda.

image

4. Bila dengan air bersih.

Ada juga cara lain.

1. Tuang sedikit Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash
2. Sapu di sekitar bahagian luar dan dalam Miss V
3. Bilas dengan air bersih

Diantara manfaat Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash
 
• Membantu mengetatkan dan menegangkan dinding faraj
• Mencerahkan kulit celah peha
• Rasa dingin dan segar yang berpanjangan
• Merawat keputihan
• Melicinkan kulit
• Wangian feminin yang menggoda
• Membantu mempercepatkan penyembuhan luka

Diharap perkongsian ini bermanfaat.

www.cosmoderm.com.my
www.facebook.com/Cosmoderm

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

6 thoughts on “Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.