Kursus Pra Perkahwinan Naik Harga

      4 Ulasan pada Kursus Pra Perkahwinan Naik Harga

Assalammualaikum semua, tertarik untuk ruby mengulas isu semasa berkenaan Kursus Pra Perkahwinan Naik Harga. Bagi Ruby dengan keadaan semasa sekarang, harga RM 85 bertukar ke RM 130 adalah wajar. Sebabnya kos sara hidup kita tinggi dan pengusaha kelas pra perkahwinan, uztazah dan ustaz adalah manusia biasa. Sampai bila asyik nak benda FREE dan anggap semuanya DAKWAH??

Ya betul, JAWI dapat gaji dari kerajaan persekutuan. Tetapi cuba anda fikir kos sewaan rumah kedai, keselesaan anda semasa belajar. Ramai ustazah dan ustaz ini bertungkus lumus mencari idea agar pelajar tidak mengantuk di dalam kelas. Anda sedia maklum, bila kelas agama mesti mata tu berat je nak telan ilmu yang disampaikan.

Teringat pengalaman ruby sewaktu mengambil kursus perkahwinan pada tahun 2012. Masih lagi RM 85 dan ketika itu nak sangat datang ke kursus kahwin dengan tunang (sekarang suami la kan).  Sedangkan tunang sudah ada kursus kahwin kerana sewaktu belajar di Institut Kemahiran MARA di Balik Pulau ada kursus perkahwinan di jalankan untuk pelajar dan ia adalah PERCUMA. Jadi, peluang dia ambil. Kemudian beliau pergi lagi sekali kursus kahwin untuk menemani ruby. Kenapa ruby tidak pergi sorang-sorang? Sebab masa tu manisnya cinta, menggedik semuanya nak bersama. Bila difikirkan balik, kemana hilangnya sikap rasional ruby. Kesian dekat tunang dua kali belajar perkara sama. Sampai merah mata mengantuk. Hahahahaha.

harga kursus kahwin

Hari ini 7 Feb 2015 ruby lihat ramai status facebook tidak berpuas hati dengan kadar baru kursus perkahwinan ini. Hurmm. Ada yang cakap

“mahalnya!”
“ramai la anak-anak muda yang akan berzina sebab kursus kahwin mahal dah. Dah le wajib ambil”
“ruginya tidak ambil masa tahun 2014”
“cekik darah betul JAWI ni”
“RM 85 ke RM 130!!!”

Ni nak cerita masa ruby pergi kursus kahwin. RM 85 masa tu susah untuk ruby sediakan duit tau. Masa tu kerja gaji RM 800 sahaja. Tetapi dipermudahkan sebab nak langsungkan perkahwinan adalah perkara baik. Allah s.w.t membuka jalan untuk ruby bekerja sebagai blogger sepenuh masa. Dapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Sebabnya amalkan ayat seribu dinar.

RM 130 untuk zaman sekarang? Berapa ramai kita yang bekerja dan gaji lebih RM  1 ribu atau berapa ramai dari kita yang ibu bapa masih tanggung? Sangat ramai. Ada yang mencari rezeki dengan berniaga dan sebagainya. Isu RM 130 tidak ada halangan sebenarnya. Sekali seumur hidup sijil ini sah sehingga akhir hayat anda.

Baca pengalaman ruby disini http://ruby.my/2012/08/kursus-pra-perkahwinan-astana-mukmin/

Masa ruby belajar di Astana Mukmin kelas biasa je. Dengan projektor dan kerusi biasa. Tetapi ustazah dan ustaz berjaya membuat suasana seronok dan selesa.

RM120/seorang untuk Alatulis, Fail, Buku Gerbang Perkahwinan, Minum Pagi, Makan Tengahari, Minum Petang. Cuba kira kos catering? Makanan meriah sangat. Waktu solat juga ada masa untuk rehat dalam 30 minit.

Sabtu 9pg-6.45ptg
Ahad 9pg-1.30ptg

Kemudian RM 10 perlu bayar sewaktu ambil sijil. Minggu hadapan dah dapat sijil. Kelas hari sabtu dan ahad. Rabu dah dapat sijil. Efficient tak JAWI mengeluarkan sijil yang disahkan JAKIM amat-amat cepat dan segera!

Jadi untuk perkara baik dan HALAL. InsyaAllah kita akan rasa manisnya perkahwinan itu.

 

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

4 comments on “Kursus Pra Perkahwinan Naik Harga

  1. ahmad

    Pendapat ruby tak salah dalam hal ini dan pendapat orang di luar sana pun tak salah…
    Saya pun ada amik kursus kahwin memandangkan ada perkara positif yang dapat diambil tapi kakak ipar saya dulu kahwin tak amik pun kursus kahwin, just nikah je takde buat majlis persandingan atas masalah kewangan…

    Rezeki untuk masing-masing tak sama.. ada yang sikit di dunia tapi mungkin lebih di akhirat…yang lebih rezeki di dunia ni jaga-jagalah takut tersepit di akhirat…

    Reply
    1. Ruby Post author

      Ahmad, sebab tu lah ikut je apa yang wajib. Dari agama Islam dan dari undang-undang manusia. Kursus kahwin dari undang-undang manusia ni sebab banyak yang kawin terlupa apa rukun dan tanggungjawab. Kursus kahwin ini pon bab sensitif juga sebenarnya, ada yang tak ambil dan ada yang perlu ambil demi ilmu perkahwinan. Ada yang ambil kursus tapi bercerai juga. Semua tu Qada dan Qadar Allah s.w.t dan yang baik itu dari-Nya, yang tidak itu dari khilaf manusia. Kunci perkahwinan adalah sabar bak kata ustaz di kursus kahwin. Susah nak sabar ni. 🙁

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge