Minuman Detox ByTara Nightrim

      Tiada Ulasan pada Minuman Detox ByTara Nightrim

Minuman Detox ByTara Nightrim ni ruby dah cuba 2 minggu, sangat efektif dan sesuai untuk anda yang ingin langsingkan tubuh badan. Hehehe. Apa yang penting produk ByTara adalah mendapat pensijilan HALAL Jakim Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, GMP, Certified HACCP, Certified ISO 22000, 100% Natural dan 100% Vegetarian.

ByTara menyediakan siri pelangsingan, kecantikan dan produk penjagaan diri. Semua bahan-bahan ByTara adalah dari Jepun. Syarikat ini telah ditubuhkan sejak tahun 2000 di Tokyo, Jepun dan lesen usaha sama diedarkan di lebih 35 negara lain.

ByTara telah ditubuhkan dengan visi untuk menyediakan produk berkualiti tinggi untuk memastikan kepuasan pelanggan. Ia adalah produk suplemen menurunkan berat badan terkemuka, produk utama menurunkan berat badan ByTara adalah Fastrim.

Fastrim adalah produk pelangsingan yang memberi keputusan dengan kadar cepat. Tetapi kali ini ruby ingin share produk kedua yang panas dipasaran iaitu ByTara Nightrim. Ia berfungsi sebagai detox dan mengandungi serat. Kebaikan serat adalah dapat mencuci saluran usus kecil dan besar.

Pengalaman ruby mengamalkan ByTara Nightrim adalah rasa bahagian perut kelihatan mengempis dan ramping. Hahaha. Dari kecil sampai besar umur 28 tahun tak pernah detox, bila minum Nightrim baru tau betapa gigih usus kita bekerja selama hari ini.

Produk ni bagus diamalkan sebelum tidur dengan segelas air suam 150ml dan sepaket Nightrim. Goncang dan minum terus, kemudian pergi tidur. Esok pagi pasti anda akan ke tandas untuk melabur saham yang dah lama simpan tu. Hahaha.

image

image

image

image

image

Ruby kebiasaannya bangun je tidur terus mingum segelas air kosong. Tak sempat nak melangkah ke ruang tamu untuk switch on televisyen, tandas dah panggil. Hehehe. Perut selesa dan seronok pula bila hari-hari cuci perut. Sekotak ByTara Nightrim mengandungi 15 sacet sahaja. Anda boleh beli lagi jika rasa masih ingin detox dan detox. Bagi ruby 15 sacet sudah memadai. Hahaha. Sebab 15 hari berterusan detox.

image

image

Kandungan utama ByTara Nightrim adalah Psyllium Husk, L-Carnitine Fumarate, L-Arginine dan Garcinia Cambogia. Kita sedia maklum keberkesanan Garcinia Cambogia dalam proses pelangsingan, ini kerana “asam keping” telah menjadi viral tahap keberkesanannya sebagai agen menurunkan berat badan! Walaupun anda terbayangkan perisa yang agak kemasaman, jangan risau kerana Nightrim berperisa Mangga. Sedapppp.

Dapatkan ByTara Nightrim bernilai RM 118 sekarang! Pasti anda suka!

www.bytara2u.com
www.facebook.com/bytara2u

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge