Panel Penceramah Pelayaran Islamik 3.0

Setelah seminggu tamat Pelayaran Islamik 3.0. Ruby rasa rindu sangat untuk berlayar lagi. Ilmu dan suasana di laut amat berbeza bila kita berada di sana. Tambahan pula barisan Panel Penceramah Pelayaran Islamik 3.0 sangat bagus dan pengisian yang mereka berikan sesuai dengan setiap lapisan masyarakat.

image

Dato‘ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Penceramah dan pakar motivasi yang paling ruby sanjungi sehinggakan berjumpa beliau terasa segan. Sebab ruby membesar dengan nasihat motivasi beliau. Dalam hati seronok dapat jumpa tetapi ruby berasa “adakah aku testimoni berjaya Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah? Aku membesar dengan nasihat beliau”. Ibarat macam anak buat salah sebab tak pasti apa silap dan salah, tetapi takut. Mungkin ini adalah perasaan rasa hormat kepada idola yang ambil berat tentang keharmonian institusi kekeluargaan. InsyaAllah kalau ada rezeki untuk berjumpa Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, ruby ingin berbual panjang dengan beliau tentang perjalanan hidup ruby. Mesti beliau bangga. Hahaha.

image

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah adalah pakar motivasi ruby sekeluarga minat sebab cara penyampaian beliau. Walaupun apabila kejayaan demi kejayaan dan banyak panggilan untuk memberi ceramah di mana-mana, pasti ada yang tidak menyenangi. Ada yang membongkar kisah kehidupan peribadi beliau. MasyaAllah masa itu ruby rasa sedih bukan sebab Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, tetapi sedih sebab penyakit masyarakat. Pernah dengar lagu nasyid kumpula Raihan? Iman Mutiara tu?

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai

Ruby bagi video dan gambar Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah kepada mak. Siap mak cakap “Along, pergi la berterima kasih dekat Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Sebab mak dulu tak pandai nak beri kata-kata semangat masa along exam, mak pasang je video dan kaset nasihat motivasi Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.” Sedih pula bila mak cakap macam tu.

facebook.com/fadzilahkamsah

Ustaz Badli Shah Alauddin

Pertama kali ruby mendengar ceramah beliau di Pelayaran Islamik 3.0. Tidak tahu sejarah dan cara beliau berceramah. Tetapi di Pelayaran Islamik 3.0 ruby terus suka dengan ceramah beliau. Beliau rajin mengkaji sejarah, sejarah tentang nabi dan rasul. Sejarah ilmu yang ada di dalam filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan paling best adalah sejarah Wali Songo. Maksud Wali Songo adalah sejarah Sembilan Orang Wali.

image

Bila bab sejarah Islam dirungkai dan diceritakan semula, kita teruja untuk tahu perjalanan agama Islam pada zaman dulu, kini dan akan datang. Rasa bersyukur di lahirkan sebagai umat Islam.

facebook.com/pages/Ustaz-Badli-Shah-Alauddin

Imam Muda Miril

Rancangan Imam Muda di Astro Oasis 106 telah melahirkan imam muda Miril dan imam muda yang lain. Rancangan Imam Muda ini telah membuka mata rakyat Malaysia bahawa masih ramai anak muda yang ingat bergelar Imam di Masjid dan apabila mereka menjadi juara rancangan Iman Muda, mereka akan mendapat tajaan biasiswa belajar Al-Madinah International University. Baguskan? Diantara peserta Iman Muda 2010 adalah Imam Muda Miril.

Ruby tidak berapa mengikuti tiap satu persatu peserta Imam Muda, tetapi kehadiran Imam Muda Miril di Pelayaran Islamik 3.0 membuka hati ruby untuk mencari siapa beliau setelah mendengar tiap bacaan surah surah Al-Quran, Zikir dan Selawat sewaktu 3 hari Qiyamulail.

Dah lama sangat ruby tidak menangis semasa mendengar bacaan surah Al-Fatihah dan surah Al-Quran yang lain. Zikir dan selawat juga ruby rasa sebak. Bak kata Imam Muda Miril ketika di temu ramah, “mungkin suasana di tengah laut memberi kita perasaan sangat kecil di hadapan Allah s.w.t” Terus menitis air mata ruby. Cepat-cepat lap mata.

facebook.com/ImamMudaMiril

Penceramah lain yang turut hadir adalah Dr Sheikh Mohamed Abdel Aziz Mahmoud Ghonim Pensyarah Universiti Tanta / Ahli Majlis Fatwa Mesir
(penceramah fasih berbahasa melayu), Pencetus Ummah Faiz dan Pencetus Ummah Lokman. Mereka berdua adalah pemenang tempat kedua dan ketiga di rancangan Pencetus Ummah 2014 Astro Oasia 106.

image

Dari kiri bawah Pencetus Ummah Faiz, Tuan Haji Suhaimi,  Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Badli Shah Alauddin, Imam Muda Miril dan Pencetus Ummah Lokman.

Dari kiri atas Kak Sue (Utusan – Majalah Iman), Ruby (Blogger – www.ruby.my), Kak Zana (Utusan – Majalah Saji), Kak Aishah (Utusan – Majalah Harmoni), Kak Lily (Blogger – www.lilyrianitravelholic.blogspot.com).

Pelayaran Islamik tidak akan berjaya jika tiada barisan penceramah dan imam yang bersungguh-sungguh ingin berkongsi ilmu dan amalan kepada kami semua.

InsyaAllah bertemu lagi.

Sekretariat Pelayaran Islamik

INTRATAMA TRAVEL CONSULTANT & TOURS (M) SDN BHD (631893-A) (KPL 4104)

No 2.08, Jalan Prima SG 1,
Prima Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

+603-6185 0010

www.pelayaranislamik.com

www.facebook.com/PelayaranIslamik

#pelayaranislamik

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.