Pelayaran Islamik Bersama Star Cruises SuperStar Libra

Pelayaran Islamik Bersama Star Cruises SuperStar Libra!!! Pertama kali menaiki Cruise untuk berdakwah. Selama hari ni kalau berkenaan Cruise mesti untuk berseronok aje. Pelayaran Islamik 3.0 memberi ruang kepada ruby untuk meneroka sisi lain Star Cruises, SuperStar Libra . Dari mula sampai di Jeti sampai la ke makan malam. Semuanya lengkap.

Ini pengalaman ruby menaiki Star Cruises, SuperStar Libra dengan rombongan. Jadi ruby nak share dari awal turun bas di Jeti sampai lah perut dah kenyang untuk hari pertama ni. Hehehe.

Seawal jam 7 pagi ruby dah berada di KL Sentral menanti bas bertolak ke Penang bersama kak Lilyriani.

image

image

image

image

image

image

image

Jeti Swettenham Pier Cruise Terminal adalah lokasi dimana kami akan daftar diri untuk menaiki Star Cruises, SuperStar Libra. Disini lah passport bertukar menjadi kad kredit, disini dokumen pengesahan perlu di submit, disini juga proses pengesahan imegresen Malaysia dan imegresen Star Cruises, SuperStar Libra.

Nampak macam rumit kan? Tetapi jika anda beratur dan tunggu giliran pasti ianya mudah. Mood bercuti perlu ada, supaya anda lebih relax dan ikut sahaja arahan Crew Pelayaran Islamik.

image

image

image

image

Dah daftar masuk, anda akan melalui beberapa fasa. Hahaha. Pertama bagi passport dan simpan kad Star Cruises, SuperStar Libra. Kad ini anda akan simpan ibarat nyawa. Kerana ia seperti debit kad dan kad ini juga sebagai passport bila anda berada di Phuket dan Krabi.

Kemudian anda akan melalui bahagian bagasi. Bagasi ruby tak boleh bawa naik cabin sebab besar. Sudah tentu tidak boleh masuk mesin scan imegresen di dalam Star Cruises, SuperStar Libra. Hahahaha. Jadi akak ni bagi ruby baggage tag dan nanti mereka hantar terus ke bilik. Lenggang kangkung la ruby berjalan. Setelah ambil goodie bag yang berisi sejadah, kompas, poncho, tasbih dan tshirt 2 helai (putih dan kuning) anda teruskan perjalanan untuk melalui imegresen Star Cruises, SuperStar Libra sebaik sahaja masuk dalam cruise. Seterika dan benda tajam adalah tidak dibenarkan bawa. Malah dalam cruise pun tiada seterika. Hahahaha. Seterika baju dari rumah ye.

image

Jom tinjau bilik ruby di Star Cruises, SuperStar Libra.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Subhanallah cantik permandangan dari bilik. Lautan samudera terbentang luas.
Sesi taklimat dan suai kenal bersama panel penceramah Pelayaran Islamik 3.0

image

image

Kemudian sesi Safety Drill di Deck 5 & 6

image

image

image

image

Selesai taklimat kami balik ke bilik untuk berehat dan solat. Kemudian pada jam 6 PM makan malam BBQ di Deck 9. Sedap sangat makan sambil disapa angin laut. Dah le ruby pakai skirt labuh. Bahaya betul terbang-terbang ni. Hahaha. Hari ini ombak agak kuat, sampaikan boleh terasa goyang-goyang tu. Ingatkan ruby mabuk laut ke apa ke. Tetapi staff Star Cruises, SuperStar Libra maklumkan ruby yang hari ini hari kedua ombak agak kuat.

image

image

image

image

image

Bila dah berada di tengah lautan, baru lah reti bersyukur dengan apa yang ruby miliki. Internet tak ada! MasyaAllah mati kutu duduk dalam bilik tengok rancangan AXN. Hawai Five O ruby layan sepanjang hari ni. Hahaha. WIFI di Star Cruises, SuperStar Libra ada ditawarkan cuma pakej 24 jam RM 38 tak sesuai untuj ruby sebab esok siang nak ke Phuket. Jadi ruby gunakan pakej 2 hours FREE WIFI dengan membeli Bevanda Coffee RM 9. Tapi bila kira balik macam rugi pula. Wakakaka.

image

Okaylah itu cerita perjalanan hari ini. Esok sambung lagi.  😀

Sekretariat Pelayaran Islamik

INTRATAMA TRAVEL CONSULTANT & TOURS (M) SDN BHD (631893-A) (KPL 4104)

No 2.08, Jalan Prima SG 1,
Prima Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

+603-6185 0010

www.pelayaranislamik.com

www.facebook.com/PelayaranIslamik

#pelayaranislamik

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Pelayaran Islamik Bersama Star Cruises SuperStar Libra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.