Persiapan Luggage Bag Versi Ruby

      3 Comments on Persiapan Luggage Bag Versi Ruby

Hahahaha. Topik persiapan luggage bag versi ruby ini memang sangat payah untuk ruby tulis sebabnya?? Ruby pun kadang-kadang tidak konsisten dalam menyediakan barang keperluan ketika bercuti.

Kejap lagi jam 5 pagi (1 Feb 2015) ruby akan bertolak ke KL Sentral. Kali ini akan bercuti bersama Intratama Travel iaitu Pelayaran Islamik 3.0 menaiki Superstar Cruise Libra di Penang. Kemudian akan meneruskan perjalanan ke Phuket dan Krabi. Kali ini kerja liputan media dari 1 Feb 2015 hingga 4 Feb 2015.

Setiap kali travel, pasti tidak reti nak kemas luggage bag ni. Takut tidak cukup pakaian. Haha. Orang kata biar lebih jangan kurang, tetapi kadang-kadang lebih banyak pakaian pun ada. Hahaha.

Cara mudah adalah bawa apa yang penting lagi banyak. Seperti pakaian dalam dan tudung shawl. Baju dan seluar bawa sikit dan ulang pakai je. Kalau taknak berbau pakaian tu, pastikan wajib sembut deodorant kat ketiak dan pakai sedikit perfum. Hahaha.

Apa ada dalam luggage bag ruby?

Bag Toiletries (sabun, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, mesin Philips VisaPure, shampoo rambut, mekap dan getah rambut)

Bag Gadget (breast milk pump, charger kamera, charger henfon, usb cable, universal plug, dan bateri)

image

image

Pakaian pula ruby suka bawa tshirt nipis warna gelap dan mudah lipat gulung-gulung. Tshirt begini tidak perlu seterika walaupun dah lipat kecik cenonet. Seluar sehelai dan skirt labuh 4 helai gitu. Kemudian baju tidur yang anda suka. Macam ruby, bawa set pajama je. Baju tu ulang-ulang pakai tiap malam. Hahaha. Lastly pakaian dalam. Ini bawa lebih. Kot kot piyet ke kan atau badan berpeluh lebih ke. Hahaha. Extra kena bawa biar la sempit bag tu.

Lepas tu bag sandang kena bawa. Nak bercuti ke negara orang kan, kalau boleh bawa bag yang tidak menjadi perhatian peragut atau perompak. Melainkan kalau anda bercuti berkumpulan dan semua lelaki sado lindungi anda. Hahahaha. Jadi, please jaga diri ya kawan-kawan semua.

Itu je lah yang ruby bawa. Simple kan? Persiapan ruby nampak simple, tapi yang paling champion simple adalah suami ruby. Kalau bercuti macam tak bawa apa-apa. Yang paling rumit adalah packing luggage bag Adam. Baju semua extra extra. Kot pampers bocor ke kan. Pastu pampers 1 pek bawa terus. Wipe tissue. Toys lagi dan etc etc.

Doakan business trip ruby dengan Pelayaran Islamik berjalan lancar, selamat pergi dan pulang.

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

3 comments on “Persiapan Luggage Bag Versi Ruby

  1. Pojiegraphy

    Wah, pergi Krabi tu yang best part. Memang penuh dengan aktiviti la ni kan. Apa pun, packing is always my fav part (Sebab excited nak travel) but when it comes to unpack (balik dari travel), malas teramat. Tak ada motivation. Tak puas travel. Sometimes, ada juga lepas empat hari baru ada kekuatan untuk unpack. Hehe. Anyway, nice sharing!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge