Pliko Car Seat Dari Manjaku Baby Mall

      8 Ulasan pada Pliko Car Seat Dari Manjaku Baby Mall

Assalammualaikum semua, nak kongsikan pengalaman ruby beli car seat untuk Adam. Kali ini dah pandai beli car seat. Beli Pliko Car Seat Dari Manjaku Baby Mall. Brand Pliko? Ruby pun tak tahu brand tu dari mana. Tetapi tengok keselesaan car seat dan cara memasang di kereta amat-amat mudah. Jadi ruby beli terus. Sebab tali pinggang keledar dan keluasan kereta agak limit. Jadi yang Pliko ni mudah ya amat!!

image

image

image

image

Masa Adam usia 3 bulan, ruby menacari car seat di AEON Big Wangsa Maju. Dengan tiada sales assistant, kami beli baby carrier jenama Fair World Disney Mickey warna biru bernilai RM 200++. Masa tu tiada tapak untuk car seat baby carrier tu. Ruby memang nak beli baby car seat. Tapi nak buat camana, ilmu tak berapa nak ada berkenaan baby car seat. Hahahaha.

Lepas tu bila Adam dah 11 bulan ruby tengok di laman sesawang Lazada. Harga baby car seat fair world disney mickey tu bawah RM 200 dan siap ada tapak semua untuk car seat. Nak rasa geram dan menyesal dah terlambat la kan. Terpaksalah berpeluh-peluh pasang baby carrier dekat kerusi sebelah.

image

Alhamdulillah setelah bincang dengan suami, kami beli car seat baru untuk Adam. RM 159.90 jer. Tak berpeluh pasang car seat dah sekarang ni. Cepat siap. Adam pun happy. Cuma mula-mula di tengok car seat dia warna lain dia emo skit. Kereta ruby takda air bag. Jadi Adam boleh duduk sebelah ibu sambil menikmati permandangan.

Sejak dah hamil, beranak dan ada anak dah usia 1 tahun. Ruby rasa cara pemanduan agak berhemah juga. Sabar pun banyak. Faham-faham la pemandu di KL ni. Ada yang bawa macam siput tapi bila kita nak pintas siap dengan signal, kita pula kena horn. Tadi nak slow sangat siap main henfon bagai. Tetiba marah pula. Duniawi duniawi. Sabar je la.

Tidak kira jenama apa barang bayi anda. Pasti ada satu yang berjenama kerana kualiti dan bukan sengaja untuk beli. Contohnya BabyZen YOYO. Ruby beli untuk mudahkan ruby untuk travel.

Murah atau mahal, berjenama atau tidak. Sekurang-kurangnya kita menjaga keselematan anak kita.

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

8 comments on “Pliko Car Seat Dari Manjaku Baby Mall

    1. Ruby Post author

      Aretikz, Hehehehe. Nanti sedar-sedar anak dah besar dah. Dah boleh duk seat belakang. Hehehehe. Just ajar dia pakai tali pinggang keledar je.

      Reply
  1. Yana Yassin

    Beli carseat memang penting untuk kita ibu-ibu yang gigih bawak anak kemana-mana . Now carseat Qaireen sesuai untuk berat dia , kalau dah bertambah tambah berat nanti . Memang kena beli yang baru lah . Macam dekat sgt ngan umah kita manjaku yang ruby pi tue .
    Yana Yassin´s last blog post ..Makanan Murah , ada lagi ke ?My Profile

    Reply
    1. Ruby Post author

      Ini berat dari 9kg sampai 18kg Akubiomed. Beli yang ni sebab nak bagi Adam selesa, sebelum ni baby carrier 0 – 13kg. hehehe.

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge