Salon Muslimah Afiya, Taman Melati

Setelah pencarian bertahun-tahun Salon Muslimah di lokasi yang berdekatan rumah, akhirnya ada salon baru dibuka di sini. Salon Muslimah Afiya, Taman Melati kini beroperasi. Di tingkat 1, Melati Utama. Salon diatas De Templer Restoran dan bersebelahan Felissa Cosmetics Spa yang dah tutup tu. Mudah untuk cari kan? Hehehe. Alhamdulillah!

Pada 7 Feb 2015 telah diadakan majlis doa selamat Salon Muslimah Afiya. Turut hadir selebriti Ana Raffali dan Rafidah Ibrahim.

image

image

Jom kita lihat-lihat fasiliti yang disediakan di Salon Muslimah Afiya. Pada ruang hadapan selepas pintu masuk, pihak salon menyediakan ruang menunggu untuk suami, ahli keluarga dan kawan-kawan berlainan jantina. Jadi ia amat selesa untuk cik habang menanti kita sedang buat rawatan rambut, facial muka atau berurut. Hahahaha.

image

 

Ruang rawatan rambut dan gunting rambut.

image

image

 

Ruang untuk mencuci rambut.

image

Bilik untuk facial dan berurut. Ada dua katil di dalam bilik ini. Satu untuk urut dan satu untuk facial.

image

Selesai doa selamat, acara dirasamikan dengan memotong pulut kuning oleh Puan Nana; Pemilik Salon Muslimah Afiya.

image

Selebriti Ana Raffali dan Rafidah Ibrahim turut hadir.

image

image

image

 

Blogger yang hadir adalah Ruby, Uzu, Fuad, Yanty dan Sue Izza

Perkhidmatan yang ditawarkan di Salon Muslimah Afiya  sangat lengkap untuk kita semua. Harga juga amat berpatutan.

image

Semuanya ada di sini dan ruby pasti Salon Muslimah Afiya akan menerima ramai pengunjung. Tidak kira anda berlainan agama dan budaya, asalkan anda wanita. Anda dialu-alukan ke Salon Muslimah Afiya.

Tahniah di atas pembukaan Salon Muslimah Afiya. Semoga terus sukses dan ruby adalah pelanggan tetap nanti! Hahaha. Sebab dekat sangat dengan rumah. Mudah le nanti nak ke sini.

Salon Muslimah Afiya,
Tingkat 1, Melati Utama
Kuala Lumpur
Waktu beroperasi: 10 AM – 7 PM
No Telefon: +60122466775 (Puan Nana)

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Salon Muslimah Afiya, Taman Melati

    Azeni Ahmad

    (February 15, 2015 - 4:58 am)

    Nampak makin kurus la Ana Rafali kan.
    Makin berseri je.

    Senang kalau pergi satu tempat yang semua ada. All in one.

    Semoga sukses salon muslimah afiya.

    akubiomed

    (February 8, 2015 - 9:34 pm)

    Wanita sesama wanita pun perlu ada aurat perlu jaga juga tau.
    akubiomed´s last blog post ..Resepi biskut Cheese melelehMy Profile

      Ruby

      (February 9, 2015 - 10:00 pm)

      ia betul, cuma sebab tu kena perhati kot ada yang teransang. Ada wanita yang bernafsu bila melihat wanita lain. Mintak dijauhkan dari orang sekeliling berperasaan begitu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.