Shell easiGO American Express Prepaid Card

Shell easiGO American Express Prepaid Card diisukan oleh Maybank ini sangat membantu dan mudah untuk digunakan. Ia bukan sahaja untuk digunakan di stesen minyak sahaja. Tetapi sebagai kad debit American Express® juga!

image

image

Ruby dapatkan kad Shell easiGO American Express® Prepaid Card hanya untuk isi minyak di Shell sahaja. Sebab minyak ni penting untuk ruby. Nak pergi event kadang-kadang duit tiada, jadi kena belajar buat peruntukan untuk minyak. Jadi solusinya adalah dengan memiliki Shell easiGO American Express® Prepaid Card. Ruby tidak akan keluar wang melalui ATM dengan kad ini.

Selain itu dengan mempunyai kad Shell easiGO American Express® Prepaid Card, ruby lagi relax dan tidak panik untuk mengisi minyak. Ruby sering keluar ke mana-mana berdua dengan baby Adam. Tiap kali nak isi minyak, mesti kena bawa baby Adam keluar sekali dan berjalan ke kaunter. Kemudian kembali ke kereta, letak baby Adam dalam car seat, buka tingkap baby Adam dan kunci pintu. Sebab tidak memulakan enjin. Kalau ramai pekerja di stesen minyak, pasti ada yang membantu. Tetapi taknak menyusahkan mereka.

image

Jadi, Shell easiGO American Express® Prepaid Card ni memudahkan hari-hari ruby. Isi minyak sekejap je.

1. Berhenti kereta di pam minyak Shell
2. Buka tangki minyak kereta
3. Masukkan kas Shell easiGO American Express® Prepaid Card dan tunggu pengesahan
4. Ambil kad Shell easiGO American Express® Prepaid Card
5. Angkat corong pam minyak RON 95
6. Isi minyak ikut berapa ringgit nak.
7. Ambil Resit

Mudahnya kad ini kerana anda boleh dapatkan ia di stesen minyak Shell dengan harga RM 15. Balik rumah isi borang dan scan kad pengenalan. Kemudian hantar melalui fax, email atau pos.

Fax: 03-2070 6868
Email: prepaidcard@maybank.com.my
Post: Maybank Card Centre, 7th floor, Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur

Mudahkan? Selepas dokumen anda diterima oleh pihak Maybank. Anda akan menerima sms yang menyatakan bahawa kad anda sudah aktif untuk digunakan.

image

Cara untuk tambah nilai adalah dengan cash deposit di Maybank ATM, Maybank CDM atau di laman sesawang Maybank2u. Jika anda mempunyai akaun simpanan di Maybank, anda boleh terus tambah nilai melalui www.maybank2u.com.my

Semak Baki Shell easiGO American Express® Prepaid Card.

1. Melalui SMS

Taip PCBAL6 digit pertama dihadapan kad <#>4 digit terakhir kad<#>customer ID. Hantar ke 66628.

Contoh: PCBAL375987#1001#801231009876 dan hantar ke 66628

Customer ID adalah nombor NRIC atau nombor passport yang telah anda hantar semasa permohonan. Cas telco akan dikenakan untuk setiap SMS

2. Di kaunter stesen minyak Shell

Beri kad Shell easiGO American Express® Prepaid Card kepada staff bertugas di kaunter dan mereka akan semak baki untuk anda.

3. Laman sesawang www.maybank2u.com.my

Log in ke www.maybank.com.my dan klik “prepaid card number” untuk semak baki.

4. Maybank ATM / CDM

Masukkan kad Shell easiGO American Express® Prepaid Card dan Personal Identification Number (PIN). Di bahagian menu utama, pilih Prepaid Card dan baki kad akan terpapar.

TREATS Points

1 x TREATS Points untuk setiap RM3 dari kad Shell easiGO Prepaid. Anda boleh tebus TREATS Points melalui www.maybankard.net.my

Tempoh sah Treats Points adalah 3 tahun.

Diskaun eksklusif dari Shell

Enjoy 10% diskaun untuk produk pelincir Shell di on kedai Shell Select.

Ingin mengeluarkan wang dari Shell easiGO American Express® Prepaid Card melalui Maybank ATM?

Kad ini adalah kad debit yang ruby dapatkan di stesen minyak dan pemprosesan melalui email. Ruby submit dokumen semua melalui email. Jadi jika inginkan pin kata kunci untuk pengeluaran di mesin ATM, ruby perlu ke cawangan maybank berdekatan bersama dokumen pengesahan diri seperti kad pengenalan. Agar dapat mengesahkan identiti dan pihak bank akan beri no pin sementara ATM.

Kad ini mempunyai yuran tahunan bernilai RM 6 yang akan dicas secara bulanan pada tiap bulan iaitu RM 0.50. Untuk memohon kad ini, tiada syarat minimum pendapatan tahunan diperlukan. Jadi, tidak perlu tunjuk slip gaji atau EA form tu. Hahaha.

www.shell.com.my/shelleasigo

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Shell easiGO American Express Prepaid Card

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.