Okay setelah 4 bulan menggunakan Sony Xperia Z3, ruby ingin kongsikan ciri-ciri dan fungsi-fungsi yang kerap ruby guna. Ini adalah pengalaman pertama ruby menggunakan telefon pintar menggunakan nano sim. Hahaha. Tetapi bila membeli kad sim di kedai, rilek je cakap nak micro sim. Mana ku tahu Sony Xperia Z3 menggunakan Nano Sim. Serius tak tahu.
Pada ketika itu pula ruby travel ke Jawa Tengah, Indonesia. Beli micro sim dari telco simPATI. Nak pergi beli kad sim di lapangan terbang paling mudah kan. Sepanjang perjalanan dah runsing ni. Macam mana nak update facebook, instagram dan blog ni. Whatsaap nak mesej macam mana? Adui..
Kemudian Mas Danang bantu ruby. Dia gunting micro sim tu. Micro sim kad lebih kecil dari sim kad biasa. Kesian tengok dia gunting tiap sisi micro sim untuk dijadikan nano sim. Terima kasih Mas Danang.
Sepanjang 6 hari trip Jawa Tengah, ruby dapat melayari internet dan update social media. Hehehehe.
Sebelum nak beli telefon pintar, bahagian sim kad juga penting untuk anda tahu. Bukannya hanya 4G, megapixel kamera dan lebar skrin sahaja. Jangan jadi macam ruby. Dah memiliki baru la sibuk nak godek-godek. Hahahaha.
xoxo!
Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3
Saya beli sim kad, rupanya phone saya pun gunakan nano sim, pastu kedai tu xda alat pemotong, adehhh, dah la keluarkan duit beli sim kad pastu x leh nak potong plak, last last potong sendirikat rumah, memang buruk la sim kad saya, tp berfungsi juga, hehee
eBook Bisnes Online´s last blog post ..Bagaimana Lulus Pinjaman Rumah Tanpa Slip Gaji
Satu yang saya suka pasal Sony adalah rekabentuknya. Sentiasa menarik. Cuma kalau di KK, service after salenya kureng sikit. Byk barang2 Sony kalau rosak, kena hantar ke KL. Lepas tu tunggu sebulan, baru dapat balik 😀
Masalah juga kalau henda bertukar telefon apabila saiz sim kad yang berbeza-beza,
akubiomed´s last blog post ..Dengan Overnight oats sarapan pagi tidak lagi membosankan
tulah, dulu ingat iPhone je yang bernano ni. hahahaha. Sekarang dan pada masa akan datang pasti Nano Sim menjadi kewajipan. kan..