Sponsored Video : Scott’s Momazing

Jenama Scott’s® tidak asing lagi bagi ibu bapa di Malaysia. Malah ia digemari oleh Ruby dan adik-beradik. Hahaha. Ruby teringat masa kecil dan ketika itu arwah abah beli Scott’s Emulsion Cod Liver Oil Original warna putih. Perggghh nak minum siap main kejar-kejar dengan abah sebab kami adik beradik tidak suka perisa itu. Hahaha. Kemudian abah beli Scott’s Emulsion Cod Liver Oil Orange, masa tu emak bagi satu sudu pun tidak cukup. Nak lagi nak lagi. Hahaha. Walaupun abah yang beli, urusan memberi Scott’s Emulsion adalah dari emak Ruby. Hehehe. Bila ruby sudah bergelar ibu dan disaat menulis berkenaan Scott’s Momazing ni, Ruby rasa sebak pula. Video ini juga membuatkan Ruby sebak.

Membesarkan anak tidak mudah, kalau diikutkan zaman emak Ruby lagi la payah. Sebagai suri rumah tangga, kerja sentiasa banyak dan tidak akan habis. Macam mana la emak Ruby boleh memberi Scott’s Emulsion ikut masa yang sama setiap hari. Mungkin ada jam loceng? Hehehe.

Bila ruby dah ada anak, Ruby rasa kehidupan banyak berubah. Ruby dah pandai rancang masa depan dan lebih fokus demi Adam. Setiap hari Ruby lihat perkembangan Adam, sampaikan tidak sedar dia dah makin berat dan makin tinggi. Hehehe. Tetapi yang membuatkan Ruby sedar yang Adam telah meningkat perkembangan pembesaran dia adalah apabila dia mula meniarap. Rasa macam nak menangis sebab Adam lahir awal 32 minggu. Bayi Pra-matang agak lambat sedikit sebab dua bulan pertama itu dia bagaikan masih di dalam perut ibu. Cuma dia membesar di atmosfera dunia, luar rahim. Pada usia Adam 9 bulan baru dia mula meniarap, usia 12 bulan dia merangkak, bertateh dan tumbuh gigi 2 batang di bawah. Semua serentak! Rasa gembira dan menakjubkan sangat! Sampai menangis. Hahahaha.

Sekarang Adam dah 1 tahun 1 bulan iaitu 13 bulan. Dia dah berjalan. Hehehehe. Rasa teruja itu ruby je faham, bagi orang lain, hanya ayat “lambatnya Adam”. Mereka tidak tahu kena tolak dua bulan umur Adam dan Ruby tidak mahu perkara itu mengganggu Ruby dan Adam. Jadi, Ruby kuatkan semangat dan ikut je umur waktu Adam dilahirkan. Lagi satu, perkembangan tiap bayi berbeza dalam masa 2 tahun pertama ini. Jika doktor sarankan untuk ke pakar kanak-kanak, ruby akan pergi. Tapi setiap kali jumpa doktor, mereka tak cakap apa-apa. Semuanya okay. Hehehe. Alhamdulillah.

scotts emulsion

Masih ingat lagi botol Scott’s Emulsion yang botol kaca tu? Hehehehe. Masa ruby kanak-kanak Scott’s Emulsion guna botol kaca. Sekarang dah guna botol bentuk lain kan. Ruby baru nak cuba-cuba beri Adam Scott’s Emulsion. Jadi boleh la cuba sertai peraduan #Momazing.

Pihak Scott’s Emulsion iaitu GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK CH) telah menganjurkan peraduan pencarian ibu-ibu di luar sana dengan muat naik gambar kreatif #Momazing moment. Kita sedia maklum tiap moment tidak akan berlaku hari-hari. Even bila Adam panggil Ibu pun sekali setahun je. Seterusnya dia merepek ma ma ma ma ma. Nak panggil mama ke ibu?

Cara-cara menyertai kempen ini adalah melalui Facebook, Twitter, Instagram dan menggunakan hashtag wajib iaitu #Momazing dan #ScottsMY. Muat naik gambar kreatif #Momazing anda bersama kapsyen yang sesuai. Juri tetap akan menilai Top 10 Most Momazing Moments dengan melihat sendiri kehidupan seharian ibu agar para pemenang dapat memberi inspirasi kepada ibu-ibu di luar sana demi perkembangan yang bagus anak-anak.

IMAGE 4_Scotts Momazing Media Launch_Group shot
(from L-R) Ms Gay Li Tan (in red), the Global Expert Marketing Manager for Nutrition Category of GlaxoSmithKline Consumer Healthcare (GSK CH); Ms Katharine Chen (in blue), Marketing Director of GlaxoSmithKline (GSK) Consumer Healthcare Malaysia.

Scott’s® membantu memastikan kanak-kanak mempunyai asas paling kuat untuk membesar sihat dan kuat. Scott’s® Emulsion mengandungi Vitamin A untuk menyokong fungsi imun yang sihat, Vitamin D untuk menyokong pertumbuhan tulang dan Omega-3 dengan DHA menyokong pembangunan otak. Sesudu Scott’s® Emulsion setiap hari membantu pertumbuhan, pembangunan dan imunisasi kanak-kanak untuk ibu menikmati saat yang Momazing!

www.facebook.com/ScottsMalaysia

www.youtube.com/channel/Scotts

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

 

Artikel ini ditaja oleh Scott’s Momazing, isi kandungan penulisan ini dari pengalaman peribadi Ruby.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Sponsored Video : Scott’s Momazing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.