Tips Sunscreen Dari Dr Alice Total Wellness Specialist

      3 Ulasan pada Tips Sunscreen Dari Dr Alice Total Wellness Specialist

Ruby berkesempatan menimba ilmu dengan bertanyakan sendiri apakah tips sunscreen Dr Alice Total Wellness Specialist. Kebiasaannya bila kulit dah terbakar baru nak menyesal kerana tidak pakai sunscreen. Hahaha. Nasihat Dr Alice, dapatkan sunscreen yang sesuai dengan gaya hidup anda. Jika anda kerap travel, gunakan SPF yang bersesuaian dan sapu sunscreen secara konsisten. Jika perlu sapu selepas 2 jam, sapu lah. Agar terjaga kulit kita. Jika anda jenis yang duduk di dalam pejabat juga tidak terkecuali untuk memakai sunscreen, kerana sinar UVB ada di lampu kalimantang. Tambahan pula cuaca di luar makin panas. Lebih elok kita mulakan memakai sunscreen dari rumah, 30 minit sebelum menggunakan mekap. Manakala untuk tangan sapu 30 minit sebelum keluar rumah. Bagi sunscreen serap ke kulit dengan baik.

Dr Alice sarankan kepada ruby untuk gunakan Sunscreen Lotion SPF 45 PA++. Sesuai untuk ruby yang kerap travel dan untuk muslimah. Jika solat, fungsi sunscreen ini masih lagi berterusan. Sunscreen jenis ini tidak terlalu tebal dan sapu tipis sahaja. SPF 45 PA++ bermaksud perlindungan sinar UV selama 450 minit bersamaan 7 jam 30 minit. Bagus kan?

Tips Pemilihan Sunscreen Dari Dr Alice Total Wellness Specialist

Tips Pemilihan Sunscreen Dari Dr Alice Total Wellness Specialist

Tips Pemilihan Sunscreen Dari Dr Alice Total Wellness Specialist

Dr Alice Day Protector SPF 45++ Sunscreen Lotion with UV Protection – RM 250

wpid-dsc_1091.jpg

Walau kemana aja, sunscreen wajib pakai! Tanpa mekap pun masih cantik dengan hanya sapu sunscreen nipis-nipis.

Apa itu sunscreen?

Kebiasaannya kita semua panggil sunblock, sun screen, suntan lotion, sunburn cream, sun cream atau krim pelindung matahari? Ia adalah krim yang berfungsi untuk menghalang pancaran matahari terus ke kulit anda. Gabungan bahan-bahan di dalam sunscreen dapat membantu mencegah ultraungu (UV) dan sinaran matahari dari mencapai kulit. Dua jenis sinaran ultraungu iaitu UVA dan UVB dapat merosakkan kulit anda dan meningkatkan risiko kanser kulit. Jadi, apakah sunscreen yang sesuai untuk kulit anda?

Banyak pilihan sunscreen di pasaran, tetapi tahukah anda sama ada ia sesuai atau tidak? Suatu ketika dulu, ruby pernah membeli sunscreen tanpa mengetahui kesesuaian SPF dan keperluan yang bagaimana sesuai untuk kulit ruby. Dulu juga ruby ingat sapu sekali sunscreen sudah memadai. Hahahaha. Jom kita belajar sama-sama bagaimana ingin mengetahui sunscreen yang sesuai dan maksud SPF dan PA+/PA++/PA++ itu juga.

Apakah UVA dan UVB?

UV adalah Ultraviolet iaitu sebahagian daripada  elektromagnetik (cahaya) spektrum yang berada di bumi menerusi sinaran matahari. Ia gelombang cahaya yang lebih nipis dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ultraviolet A (UVA) adalah gelombang sinar UV yang mengakibatkan kerosakan kulit, penuaan kulit yang berpanjangan, dan punca kanser kulit. Ultraviolet B (UVB) adalah gelombang sinar UV yang lebih nipis yang mengakibatkan selaran matahari iaitu sunburn kepada kulit. Ia juga mengakibatkan kerosakan kulit, penuaan kulit yang berpanjangan, dan punca kanser kulit.

Apakah SPF?

SPF singkatan kepada Sun Protection Factor iaitu perlindungan matahari untuk mencegah UVB dari merosakkan kulit. Berikut adalah cara memilih SPF untuk rujukan anda.

Jika anda terdedah dengan cahaya matahari selama 20 minit, dan kulit anda tidak dilindungi. Kulit anda akan mula bertukar menjadi merah. SPF 15 sunscreen dengan menggunakan teori mencegah kemerahan 15 kali lebih lama iaitu 150 minit. Iaitu 2 jam 30 minit. Kebanyakan pelindung matahari dengan SPF 15 atau lebih tinggi dapat melindungi anda dari UVA dan UVB dengan lebih bagus. Sentiasa beringat, anda perlu pakai lebih dari sekali sunscreen agar anda mendapat perlindungan berterusan.

Apa pula PA+/PA++/PA++?

PA+/PA++/PA++ merujuk kepada The Protection Grade of UVA (PA) berfungsi untuk menilai berapa banyak pelindungan UVA yang disediakan oleh pengeluar krim sunscreen. Perlindungan UVA untuk PA+ adalah dua dan empat, PA ++ antara empat dan lapan, dan PA +++ lebih daripada lapan. Semakin banyak ++++++, semakin bagus tahap perlindungan untuk UVA. Ada juga yang tiada PA ni kan? Jadi lepas ni wajib cari sunscreen ada PA+ tau.

Dr Alice Prethima Michael

Beliau adalah Pakar Perubatan Estetik, Pakar Bedah Kosmetik Anti-penuaan dan Total Wellness Specialist. Berbekalkan pengalaman pakar perubatan selama 25 tahun, 10 tahun ini ditujukan kepada perubatan estetik dan pembedahan kosmetik yang serasi dengan kepakaran beliau. Dr Alice sentiasa bersemangat untuk mengetahui apakah yang terbaik untuk berkongsi ilmu kecantikan. Penyelidikan demi penyelidikan dilakukan agar memberi manfaat kepada kesihatan diri beliau dan juga pelanggan beliau.

Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery / MBBS, India • Licentiate Member of Faculty of Occupational Medicine / LFOM • Royal College of Physicians, Ireland • Member of Faculty of Occupational Medicine / MFOM • Royal College of Physicians, Ireland • Master in Family Medicine (Clinical ) / MFM, Australia • Diploma in Reproductive Medicine / DRM – Malaysia • Member of American Society for Laser Medicine and Surgery • Member of American Board of Laser Surgery • Diploma in Dermatology, Cardiff, UK • Postgraduate Diploma in Clinical Hypnosis/ LCCH • Member of Australian College of Aesthetic Surgeons • Diploma from American Academy for Restorative and Aesthetic Medicine • ASM Fellowship in Anti-Aging, Regenerative and Functional Medicine • Master Certificate in Botox and Fillers • Committee Member, Society for Anti-aging Medicine Malaysia • Fellowship in Integrated Sports Medicine • Member of European College of Aesthetic Medicine. Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan FDA

  • Ageless Medi Spa
  • 257, Jalan Maarof, Bangsar Baru,
  • 59100 Kuala Lumpur
  • Tel: +603-20950458
  • Fax: +063-20961458

 

  • Dr.Alice Total Wellness Specialist
  • 46, Lrg Batu Nilam 21A, Bdr Bukit Tinggi 2,
  • 41200 Klang, Selangor D.E.
  • Tel: 03-33246994
  • Fax: 03-33240748

 

  • Alice Anti Aging
  • 62-1, Jln Maarof, Bangsar Baru,
  • 59100, Kuala Lumpur
  • Tel: 03-22820994
  • Fax: 03-22840994

 

  • Email: aliceageless@gmail.com
  • Hotline: 1300 88 3234

www.facebook.com/Dr.AliceTotalWellnessCenter

www.aliceantiaging.com

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

3 comments on “Tips Sunscreen Dari Dr Alice Total Wellness Specialist

  1. syuhada

    wow sangat mahal tapi berbaloi. saya guna SPF 45 + jugak tapi guna product DR Hasenah.
    Harga RM95 je. sangat worth. best xpayah make up ^^

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge