Tips Untuk Mula Berhijab

      5 Ulasan pada Tips Untuk Mula Berhijab

Berhijab? Bertudung? Dua-dua ini sama sahaja, cuma lebih selesa dengan panggilan hijab. Tips untuk mula berhijab. Masa mula-mula ruby bertudung, adalah ketika darjah 3. Ustaz di sekolah tanya, “Rabiatul taknak pakai tudung ke?” masa tu budak-budak lagi kan. Umur 9 tahun, jadi tertanya-tanya kenapa kena pakai tudung. Bermula dari situ ustaz bercerita apa peranan muslimah di dunia ini.

Ustaz siap bertanya “Kenapa sewaktu pergi kelas mengaji Al-Quran, kawan-kawan semua pakai tudung dan pakaian menutup aurat?”. Setelah diberi penerangan, baru la faham. Jadi, balik sekolah terus cakap dekat mak “mak, along nak pakai tudung pergi sekolah boleh?”. Mak cakap, “boleh, jom kita cari kain ela hujung minggu ni”. Sebagai orang yang duduk di kampung, kain ela lagi murah dari membeli tudung sekolah yang dah siap. Hehehe.

Berbalik kepada perjalanan berhijab ni, tiada jalan mudah. Ada masa kita terikut-ikut dengan trend. Ada satu masa kita tiada pilihan dengan koleksi tudung yang pendek. Malah diameter lebar tudung juga tidak ikut syarak. Tiap badan wanita ni memiliki aset buah dada berlainan. Ada tudung atau selendang tidak dapat menutupi bahagian tersebut.

Masa dulu, tudung paling selamat adalah tudung bawal. Itu pun tidak cukup “wide”. Bila selendang pashmina memasuki pasaran, seronok bila ada tudung labuh. Kemudian kehadiran shawl pula. Potongan shawl kebanyakannya panjang tetapi tidak lebar. Jadi, sebagai pemakai hijab, anda perlu tahu kenapa anda berhijab dan hijab yang mana sesuai dengan anda.

Ruby berhijab pun masih belajar lagi dan lagi. Sehingga mati, akan ruby perbaiki. Diantara tips untuk mula berhijab adalah penyediaan barang-barang hijab.

image

1. Jarum peniti besi
2. Jarum peniti berbola
3. Safety Pin
4. Pin Keronsang
5. Pin kecil
6. Inner Magic / Inner Neck / Anak tudung
7. Shawl / Pashmina / Bawal

7 perkara diatas memang wajib ada di rumah ruby. Supaya tidak tercari-cari.

image

Permulaan pakai tudung, mulakan dengan inner neck dan pashmina. Sebab material pashmina sejuk dan lebar. Jadi anda tidak perlu gayakan keterlaluan.  Seperti gambar di atas, menutup dada dan rambut ditutup rapi. Hehehe. Gambar sumber dari zalora masa ruby beli pashmina dari mereka. Hehehe.

image

Oh ya jika anda suka shopping online pakaian, untuk hijab ni lebih elok anda pergi beli dekat kedai. Melainkan beli pashmina. Sebab ia memang sama saiz dari dulu sampai sekarang. Hehehe. Cuma corak tiap keluaran berlainan.

Jadi, untuk anda ingin mula berhijab. Tidak salah mencuba-cuba pelbagai gaya. Ada yang tidak selesa kerana panas. Pelan-pelan cuba. Cuba cari material seperi pashmina. Sebab kalau kita cari shawl nipis dan bercorak, kebanyakannya terlalu jarang sehingga nampak leher. Jadi, material kain memainkan peranan juga. Buat masa ni ruby suka pakai shawl crepe, bawal crepe dan pashmina. Sebab material sejuk dan tidak jarang. Kalau nak lagi mudah, beli tudung sarung tu je dan pin kiri kanan untuk nampak kemas.

image

image

Jom sertai World Hijab Day pada tiap 1 Februari setiap tahun dan inisiatif lain yang dianjurkan adalah kempen pada bulan Ramadhan selama 30 hari berhijab.

image

Ini kempen tahun 2014. Nantikan kempen pada tahun 2015 ni ya! Selamat berhijab ya wahai wanita sekalian alam.

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

5 comments on “Tips Untuk Mula Berhijab

  1. Shaima

    peraturan keluarga saya dulu, jika dah tiba akil baligh kena terus pakai tudung, no questions. dari bertudung bawal dengan baju lengan pendek, perlahan-lahan upgrade ke tudung akel dan stokin tangan. hehe..

    Reply
    1. Ruby Post author

      ha’ah tu bab menutup aurat. Itu lg satu perjalanan yang amat ruby suka kongsikan. Nanti berkelapangan ruby tulis. Bab hijab ni ramai tak mula dr akil baligh sebab mungkin bg ustaz ruby, ia terlalu lambat utk di didik. alhamdulillah awak mendengar nasihat dan didikan ibu bapa awak bagus. Kawan ruby kebanyakan free hair. Waktu sekolah je bertudung. balik sekolah tak bertudung. Ramai bertudung lepas nikah. Hurmm.

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge