Tony Roma’s Crave The Kick

Bagi penggemar setia Tony Roma’s, pasti anda sedia maklum kempen hidangan istimewa mereka yang sering berlangsung selama 6 minggu. Kali ini kempen Tony Roma’s Crave The Kick telah bermula dari 16 Februari hingga 29 March 2015 di semua cawangan Tony Roma’s. Hidangan kali ini menyediakan menu yang menjadi kegemaran pelanggan setia Tony Roma’s dan dijual dalam bentuk kombo set istimewa.

Crave The Kick

Tony-Roma’s-Crave-The-Kick-9

Chipotle Caesar Salad – RM 23.90

Romaine Salad digaul bersama sos Southwest Caesar, jeruk Southwest, kepingan tortilla, keju campuran, daun ketumbar dan hirisan ayam.

Tony-Roma’s-Crave-The-Kick-8

Salmon & Chipotle Garlic Shrimp – RM 55.90

Salmon panggang ditambah lagi dengan udang tumis lembut dalam “chipotle” mentega bawang putih. Dihidangkan bersama nasi dan brokoli. Chipotle adalah bahasa Mexican yang bermaksud kepedasan dari cili kering.

Tony-Roma’s-Crave-The-Kick-6

Kickin’ Shrimp – RM 28.90

Ini adalah menu kegemaran wanita yang sedang menjaga diet harian. Udang lembut digoreng sehinga warna keemasan dan digaul bersama sos pedas berkrim. Sangat sedap!

Tony-Roma’s-Crave-The-Kick-7

Filet Medallions & Smoky Apple Beef Ribs Combo – RM 75.90

2 keping Filet Medallions dimasak bersama bawang BBQ. 2 keping Bountiful Beef Ribs dilapisi dengan sos Smoky BBQ. Dihidangkan bersama kentang putar dan brokoli segar.

Tony-Roma’s-Crave-The-Kick-12

Pina Mango Swirl – RM 13.90

Pina Colada Swirl bersama mangga dan bahagian atas mempunyai hirisan nenas hancur. Pina Colada adalah ais krim dari jenama yang bermutu tinggi.

Tony-Roma’s-Crave-The-Kick-11

Pina Strawberry Swirl – RM 13.90

Pina Colada Swirl bersama strawberry dan bahagian atas mempunyai hirisan nenas hancur.

Tony-Roma’s-Crave-The-Kick-10

Pina Colada – RM 10.90

Pina Colada dicampur bersama jus nanas dan bahagian atas mempunyai hirisan nenas hancur. Ketiga-tiga minuman ini lazat dan sedap seperti smoothies.

Keseluruhan hidangan Crave The Kick sangat menyelerakan dan menjimatkan. Jimat dari segi harga dan kuantiti. Kebiasaan kita makan dalam satu hidangan besar dan ia mampu dikongsi untuk 2 orang. Kali ini, hidangan ini untuk anda seorang sahaja! Bagus kan? Anda boleh nikmati makanan kegemaran secara kombo!

Hidangan Sampingan “Pencuci Mulut”

Tony-Roma’s-Crave-The-Kick-5

Dessert TRIO – RM 23.90

Tony-Roma’s-Crave-The-Kick-4 Tony-Roma’s-Crave-The-Kick-3 Tony-Roma’s-Crave-The-Kick-2 Tony-Roma’s-Crave-The-Kick-1

 

TR’S Chocolate Avalanche – RM 14.90

Ini adalah hidangan wajib ruby order apabila menjamu selera di Tony Roma’s. Molten chocolate cake, ais krim vanilla dan taburan oreo! Arggghh best!

Selamat menjamu selera!

www.facebook.com/TRMALAYSIA

www.tonyromas.com.my

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.