Uniknya Kasut FIQS

      4 Comments on Uniknya Kasut FIQS

Uniknya Kasut FIQS! Pernah dengar kasut jenama FIQS? Pernah tengok kasut ballerina? Kasut FIQS seperti ballerina tetapi lebih praktikal untuk anda, anda, anda di luar sana yang suka kasut yang selesa dan mudah dibawa kemana-mana.

Kasut FIQS adalah idea dari Cik Fiqa Chong yang mereka sendiri kasut ini. Rekaan, kualiti dan warna sangat menarik. Malah top kualiti kulit telah digunakan untuk memberi keselesaan maksimum.

image

image

image

image

image

Kelebihan kasut FIQS adalah :

1. Boleh dilipat
2. Bag khas untuk kasut FIQS disediakan
3. Warna menarik
4. Selesa
5. Mudah dibawa kemana-mana

Bagi ruby, kasut FIQS ni banyak memberi ruby kemudahan di saat-saat diperlukan. Contohnya semasa ruby pergi event yang perlu memakai kasut tinggi 5 inchi. Sakit kaki kalau pakai high heels lebih 3 jam. Jadi kasut FIQS ni sentiasa ada di dalam hand bag ruby. Bag FIQS juga boleh dibuka besar untuk masukkan high heels pula. Bag pula warna hitam. Jadi tiada siapa tahu anda bawa kasut. Hahahaha.

Kemudian disaat hendak memandu kereta, ruby mesti tukar ke kasut FIQS supaya lebih selesa memandu. Bagi kaki rehat dengan flat shoes macam FIQS ni. Dulu pakai selipar, bila pergi isi minyak dan nak masuk kedai serbaneka je mesti nampak tak bergaya. Yelah, pakaian dah cantik, mekap dah cun. Kaki? Kaki pula berselipar. Tak cun lah kan. At least standby FIQS pun dah okay, pakai bila nak keluar dari kereta. Hehehe.

Baru-baru ini ruby ke Krabi dan Phuket naik Superstar Libra. Keadaan dalam kapal mewah takkan nak pakai high heels kan. Jadi, ruby bawa FIQS. Selesa sangat! Jalan-jalan di sekitar kapal dan ambil gambar dari top deck rasa selamat sebab tapak FIQS ni grip bagus. :D:D:D

image

Dapatkan kasut FIQS segera! Harga RM 199. Kadang-kadang mereka ada promosi sehingga sepasang kasut bernilai RM 150. Best kan! Sekarang ruby dah ada Neon Pink. Nanti nak beli White Smite pula. Hehehe.

www.fiqs.co
www.facebook.com/fiqs.co
www.instagram.com/fiqs.co

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

4 comments on “Uniknya Kasut FIQS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge