Demam

      2 Ulasan pada Demam

Demam, macam-macam demam ada. Kalau orang dewasa demam, kita boleh makan ubat dan berehat. Jika bayi? Sama ke kondisi mereka ni. Sakit kepala juga ke? Lemah juga ke? Baru-baru ni Adam demam lagi.

image

Hurmm. Rumit juga menjaga bayi demam. Badan yang sangat kecil dan suhu 39.5. Pergi klinik, pergi hospital, berjaga malam dan kecil lagi dah makan ubat. Dah tak tahu ikhtiar macam mana dah. Ada yang cakap gunakan teknik natural dengan makan sayuran dan buah-buahan. Ketika demam ni selera tiada. Susah nak beri makanan berkhasiat. Nasih baik Adam masih nak menyusu.

Ketika anak demam atau mana-mana ahli keluarga demam. Pastinya kita akan lebih memberi tumpuan kepada mereka. Ambil cuti tanpa gaji, jaga mereka, beri makan ubat ikut masa. Hurmm. Ini lebih baik, dari di pejabat kita serabut memikirkan bagaimana keadaan anak. Tetapi sebagai ibu bapa yang bekerjaya, mana boleh ambil cuti selalu. Ini akan menjejaskan prestasi dan ketika Appraisal tahunan kena la hadap dengan kehadiran yang tidak sedap mata memandang. Walau pun hasil kerja anda memuaskan. Kehadiran ke pejabat sangat di ambil kira.

image

Sedaya upaya mana kita menjaga persekitaran agar tidak terkena jangkitan penyakit. Pasti akan demam juga kerana tidak semua orang sekeliling menjaga etika ketika sakit. Batuk tutup mulut dengan tisu, selsema guna tisu, bersin guna tisu, basuh tangan dan asingkan diri sementara sakit. Rehat di rumah adalah yang terbaik.

image

Banyak kerja ruby tertangguh bila Anak dan suami demam. Nak menulis blog pun tak ada masa, sebab anak nak dukung, menyusu badan dan tidur nak berdodoi. Suami juga nak perhatian, nak makan dan dirapikan.

Alhamdulillah mereka kembali sihat. Cuma Adam masih batuk berkahak pula. Suhu semua dah okay. Bertabahlah. Hehehe.

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 comments on “Demam

  1. ruggedmom

    Kesiannya adam. Kalau ikut orang tua diorang suruh pakaikan baju tebal2 tapi kat hospital mereka tak bagi. Pakaikan baju nipis supaya suhu turun. Akak lebih suka ikut cakap doktor..

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge