Hari Keluarga Dynasty Tok Tan

Hari Keluarga Dynasty Tok Tan. Hehehehe. Ini adalah hari keluarga kami buat setelah beberapa tahun tidak berkumpul bersama. Nama Dynasty Tok Tan di ambil bersempena dengan sejarah keluarga atok ruby yang bernama Haji Tan Idris. Tanah Melayu ni penuh dengan pelbagai kaum dan suatu ketika dulu moyang moyang moyang kita semua mungkin berasal kaum Cina, Arab, Jawa dan lain-lain.

Maka terhasillah wajah Pan Asian macam kami semua. Kahkahkahkah. Jemputan ke Hari Keluarga telah dipanjangkan kepada ruby awal 4 bulan oleh mak ruby. “Jangan mengada-ngada cakap ada kerja, event, meeting eh. Along kena datang!!!”. Hah nampak seruan mak ruby tu. Hahahaha. Terus jawab okay. Walaupun ada event kat Melaka pada 21 March 2015. Ku reject sebab dah RSVP kat mak lagi awal dari event tu. Nanti mak ruby merajuk lagi susah. Bukan setakat mak je merajuk. Pakcik, pakmat, paksu, maksu, makteh, pakteh, sepupu dan kakak sedara semua merajuk. Camana nak pujuk! Takkan nak tunggu raya kan?

Alhamdullillah perjumpaan kali ini sangat meriah. Makanan banyak! Permainan best! Semua sporting. Pelik la kalau keluarga tok tan tak sporting. Hehehe. Kami memang havoc.

Ruby tumpang Pak Cik ke Slim River. Perjalanan menaiki Hilux memang cepat dan pantas. Bertolak jam 7.15 pagi dari Damansara dan tiba di Slim River jam 9 pagi. Kemudian kami sarapan pagi. Mak Su masak nasi lemak 100 bungkus dan siap bawa kuih Wadeh!

image

image

Lepas tu semua saudara mara tiba sekitar jam 11 pagi. Kami adakan majlis tahlil untuk saudara yang telah kembali ke rahmatullah. Jam 2pm kami siap-siap untuk daftar sukaneka dan beli hadiah. Permainan mudah je kerusi berirama, tiup belon paling besar, bawa bola ping pong dalam sudu dan belon berair. Hehehe. Waktu malam sesi karaoke sambil makan satay.

image

AJK Hari Keluarga Tok Tan. Gelak ajer kami ni.

image

Permainan tiup belon paling besar dimenangi oleh Naim. Hahahaha. Suami ku banyak angin.

image

20 orang peserta kerusi berirama. Bayangkanlah berapa lama kami main. Pemenangnya adik sedara ku Ayub. Cepat betul dia grab kerusi tu dan duduk. Dah macam kartun dah tengok. Gelak mengekek je kami semua. Ruby awal-awal dah tersingkir. Hahaha.

image

Bawa bola ping pong dalam sudu mengundur. Tahu siapa menang permainan ni? Atok-atok yang menang. Tok Chik, Tok Mat, Tok Lang dan Tok Chu.

image

Untuk belon berair ni, sambutan hangat sampai 7 kumpulan. Yang masuk final Atok vs Cucu. Hahahaha. Kemenangan dimiliki oleh Cucu! Hahahahaa.

Lepas semua aktiviti, semuanya pengsan mencari bantal. Hehehe.. Malam siap-siap untuk karaoke. Pertandingan karaoke tu. Pemenang untuk Vokal Tersedak pun ada.

Sekitar jam 11 malam kami buat acara penyampaian hadiah. Ini lah muka-muka juara bertanding.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Berakhirnya Hari Keluarga Dynasty Tok Tan. Jumpa lagi pada masa akan datang. Ikatan siratulrahim ini tidak akan putus sampai bila-bila.

image

image

Mak ruby ada 9 orang adik beradik. Bayangkan berapa ramai ahli keluarga kami. Hehehe. Meriah betul bila semua dapat berkumpul.

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.