Jom Masuk UNITEN (Universiti Tenaga Nasional)

      6 Comments on Jom Masuk UNITEN (Universiti Tenaga Nasional)

Bila dah dapat keputusan SPM, ruby berharap sangat adik-adik yang baru dapat keputusan SPM tidak berlengah-lengah untuk mencari tempat untuk sambung belajar. Kabiasaanya masa tamat je sesi persekolahan, ramai pelajar sekolah menengah akan mencari pekerjaan secara separuh masa. Ada juga ibu bapa yang tidak membenarkan dan lebih ingingkan mereka berehat di rumah sambil menanti panggilan mana-mana universiti. Tetapi sambil bersenang lenang di rumah, ibu bapa akan bawa ke Open Day Universiti kegemaran. Jom Masuk Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), mahu tak?

uniten-20 uniten-21

UNITEN telah mengadakan Hari Terbuka 2015 atau “OPEN DAY 2015” di Bangunan Pengurusan, Kampus Putrajaya pada 7 March 2015 yang lalu dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Acara ini merupakan acara tahunan UNITEN yang ke 13, sejak penubuhannya pada tahun 1997. Pelbagai acara menarik telah disediakan untuk para pengunjung seperti pameran pendidikan dan kerjaya dari Kolej Pengajian Asas dan Umum, Kolej Kejuruteraan, Kolej Teknologi Maklumat, Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan serta Kolej Pengajian Siswazah. Kaunter khidmat nasihat dan kaunseling serta kaunter bantuan pembiayaian dari institusi kewangan juga turut disediakan.


uniten-13 uniten-16 uniten-17 uniten-22 uniten-15 uniten-7 uniten-6 uniten-5

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia. Kampus utamanya terletak di Kajang, Selangor. Manakala kampus kedua terletak di Bandar Muadzam Shah, Pahang. Program universiti ini menumpukan kepada jurusan kejuruteraan, teknologi maklumat, pengurusan perniagaan dan bidang-bidang yang berkaitan.

Di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), 5 fakulti ditawarkan untuk anda. Iaitu :

College of Engineering (COE)

  • Department of Electronics and Communications Engineering
  • Department of Electrical Power Engineering
  • Department of Mechanical Engineering
  • Department of Civil Engineering

College of Information Technology (COIT)

  • Department of Software Engineering
  • Department of Information Systems
  • Department of Systems & Networking
  • Department of Graphics & Multimedia

College of Business Management & Accounting (COBA)

  • Department of Accounting
  • Department of Management and Human Resource
  • Department of Finance and Economics
  • Department of Marketing and Entrepreneur Development

College of Foundation & General Studies (CFGS)

  • Department of Science & Mathematics
  • Department of Language & Social Sciences
  • Department of Business & Social Sciences
  • Department of Accounting & Finance
  • Department of Engineering
  • Department of Computer Science & Information Technology

College of Graduate Studies (COGS)

Tawaran istimewa juga turut disediakan untuk pengunjung pada Hari Terbuka seperti pemohon akan menerima surat tawaran yang dikeluarkan serta-merta untuk bakal pelajar yang memenuhi syarat-syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan. Paling menarik, pemberian diskaun 100% bagi yuran memproses permohonan dari para pemohon. Selain dari itu, pengecualian Bayaran Menunjukkan Kesungguhan (BMK) sebanyak RM 300 akan diberikan kepada 100 orang pelajar pertama yang berjaya ditawarkan semasa Hari Terbuka UNITEN.

UNITEN-2

UNITEN mensasarkan seramai 3030 pelajar baru bagi kemasukan Jun 2015. Ini meliputi pembelajaran diploma, ijazah dan pasca ijazah. Jadi, anda sebagai lepasan SPM jangan lepaskan peluang untuk sambung belajar ke UNITEN kerana ia salah satu pusat pengajian tinggi terbaik di Malaysia. Nanti dah habis belajar, pada hari konvokesyen anda akan memakai jubah graduan. Best kan?

Convocation

Tips: Setiap kali ke Open Day, pastikan anda membaca salinan keputusan SPM dan salinan kad pengenalan yang telah disahkan bagi tujuan pendaftaran.

UNITEN, Putrajaya Campus,
Jalan IKRAM-UNITEN, 43000 Kajang, Selangor. Tel: 603-8921 2020, Fax: 603-8928 7166.

UNITEN, Sultan Haji Ahmad Shah Campus,
26700 Bandar Muadzam Shah, Pahang. Tel: 609-455 2020, Fax: 609-455 2000.

www.facebook.com/uniten

www.uniten.edu.my

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

6 comments on “Jom Masuk UNITEN (Universiti Tenaga Nasional)

  1. khairul

    saya dulu yakin nak masuk uniten disebabkan ada pinjaman MARA tapi sadis, harapan hancur …. mau tak ye yuran uniten mahal…kalau tau awal pergi uitm je…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge